CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 275|Reply: 0

Belasungkawa: Lenyap sebutir bintang

[Copy link]
Post time 21-2-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Latiff Ibrahim terus aktif menyanyi, berlakon hingga ke akhir hayatPENYANYI dan pelakon popular era 70-an dan 80-an, Latiff Ibrahim, atau nama penuhnya Abdul Latiff Ibrahim, 62, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), di sini, jam 6.06 petang semalam, berikutan komplikasi jantung.\n\n\n\nKakak penyanyi itu, Sophia Ibrahim berkata, jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kediaman keluarganya di AU3, Keramat, pada malam tadi, manakala urusan pengebumian pula dijangka disempurnakan hari ini.\n\n\n\n\n“Buat masa ini keluarga terdekat sedang menguruskan jenazah untuk dibawa pulang ke rumahnya. Jenazah berkemungkinan dikebumikan sebelum Zuhur esok (hari ini), namun lokasinya masih belum dapat dipastikan,” katanya ketika dihubungi.Allahyarham yang dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari, IJN, sejak Sabtu lalu difahamkan terpaksa bergantung kepada mesin hayat dan menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri, anak serta adik-beradiknya.Beliau meninggalkan seorang balu, Masria Mahadan, 54, serta dua anak, Haznally, 32, dan Hazriq, 34. Kali terakhir pelantun lagu Nora itu dimasukkan ke IJN adalah pada Disember lalu. Allahyarham yang pernah menjalani pembedahan pintasan jantung 12 tahun lalu turut menghidap kencing manis.\n\n\nKetika hayatnya, selain menyanyi Allahyarham membintangi 15 filem termasuklah Ribut Di Hujung Senja dan Senja Merah, manakala kemunculan terakhirnya di layar perak adalah menerusi filem 4 Madu arahan A Razak Mohaideen, dua tahun lalu. Antara kemunculan terakhirnya di pentas pula menerusi program Inilah... terbitan RTM pada Oktober 2011, selain teater muzikal yang pernah mengundang kontroversi, Terima Kasih Cinta, pada Februari tahun sama.Mengimbas zaman kegemilangan anak seni kelahiran Jasin, Melaka itu, Allahyarham yang juga cucu kepada pelakon era 50-an, Aman Belon, memulakan kerjaya seni sebagai pelakon drama terbitan RTM bermula pada 1975.Setahun kemudian beliau ‘terjun’ ke dunia layar perak buat kali pertama menerusi Hapuslah Airmatamu, arahan M Amin.Antara drama lakonannya pula ialah Di sini Cemerlang Bintangku yang turut dibintangi arwah Mahmud June, selain Berenang Dalam Lumpur dan Panggung RTM, Anak Seluang Jauh Melukut.Popularitinya semakin memuncak selepas filem pertama, hingga dijemput menjadi artis undangan dalam program Hiburan Minggu Ini (HMI) yang dihoskan arwah Normadiah.Sejak memperdengarkan vokal emasnya dalam program hiburan itu selain kemampuan membawakan lagu Inggeris dan joget, artis seangkatan Datuk DJ Dave dan Hail Amir ini juga pernah diundang menjayakan konsert Anita Sarawak.Bintangnya terus menyinar pada 1978 apabila ditawarkan bernaung di bawah label EMI dengan merakamkan album EP yang memuatkan empat lagu termasuk Mengharap Kasihmu dan Mengenang Dikau Kembali.Ketika zaman kegemilangannya, Allahyarham pernah bekerjasama dengan komposer Datuk Ahmad Nawab, malah sempat menghasilkan dua lagi album (LP) yang memuatkan dendangan popular seperti Pilihanku, Nora dan Manis Kata Di Bibir Saja.Selain disukai ramai dek lagu serta vokalnya yang unik, beliau terus mencipta nama sebagai bintang filem menerusi Sumber Ilhamku, Bintang Pujaan dan Dendang Perantau.Bagaimanapun, kegawatan ekonomi pada 1997 pernah memaksanya mengundurkan diri buat sementara dari dunia seni dengan menceburi bidang berkaitan pelancongan, termasuk menjayakan kempen penggalakan pelancongan di Melaka dan Negeri Sembilan, sebelum aktif semula beberapa tahun kemudian.Walau kini Allahyarham yang cukup rapat dengan sembilan lagi adik-beradiknya itu sudah tiada, sumbangan serta jasanya terhadap industri hiburan tetap akan dikenang sampai bila-bila.Legasi seninya kini diteruskan adik-beradiknya seperti Sophia, Datuk Khadijah, anak saudaranya, Hairee Kool dan Firdaus. Malah darah seninya juga turut mengalir dalam diri kedua-dua anaknya.INFOLATIFF IBRAHIM (1950-2012)Filem:2010 : 4 Madu 2005 : Tak Ori Tapi OK2000 : Pasrah1994 : Simfoni Kasih1992 : Sahabat1992 : Konstabel Mamat1990 : Sejati1989 : Ragam Pemandu1982 : Esok Untuk Siapa?1982 : Ribut Di Hujung Senja1982 : Senja Merah1981 : Bintang Pujaan1979 : Sumber Ilhamku1979 : Dendang Perantau1976 : Hapuslah Air MatamuTeater:2011: Terima Kasih Cinta

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.041848 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list