CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 157|Reply: 0

Britain bantu mangsa Islamofobia

[Copy link]
Post time 23-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
LONDON: Talian khidmat bantuan pertama dilancarkan di Britain bagi membantu mangsa Islamofobia berikutan kebimbangan   jenayah kebencian terhadap masyarakat Islam tidak dilaporkan atau ditangani secara wajar.\rTahun lalu  2,000 kes jenayah kebencian direkodkan membabitkan pelbagai fahaman di England, Wales dan Utara Ireland.\r\n\n\n\n\r   Faith Matters, pertubuhan bukan kerajaan berharap dapat membuktikan skala masalah dan memberikan bantuan kepada mangsa.\r\r\n\n\n\n\n   “Kebanyakan penduduk berpendapat,  jenayah Islamofobia tidak wujud.\r“Jika seseorang yang beragama Islam dianiaya, diserang atau menerima  risalah dengan komen  menghina mengenai agamanya, saya mahu dengar dan melihatnya,” kata pengarah Faith Matters, Fiyaz Mughal.\rBerdasarkan laporan itu, Faith Matters akan memantau insiden selama 12 bulan sebelum melaporkan keputusannya.\rSementara itu,   ahli akademik  di Universiti Lancaster, Dr Leon Moosavi, menjalankan kajian terhadap Islamofobia menyatakan penduduk Islam kian ramai di Britain.\r\n\n\n\r“Ia adalah  masalah yang semakin merebak di Britain. Lebih banyak pendidikan diperlukan di sekolah dan masyarakat Islam juga perlu membimbing penduduk Kristian mengenai agama mereka,” katanya.\rPada masa ini, media melaporkan bahawa insiden anti Islam dipantau oleh Islamphobia Watch, Engage dan Suruhanjaya Hak Kemanusiaan Islam tetapi tiada yang mampu menawarkan khidmat peribadi kepada mangsa. – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:48 AM GMT+8 , Processed in 0.045711 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list