CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 268|Reply: 0

Bank Negara tangani isu garis panduan pembiayaan kenderaan

[Copy link]
Post time 25-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
BANK Negara Malaysia akan menyelesaikan isu berbangkit berhubung pelaksanaan Garis Panduan Mengenai Amalan Pembiayaan Bertanggungjawab dalam pembiayaan kenderaan dengan institusi kewangan bagi memastikan pengguna yang berkemampuan dan berkeupayaan membayar balik pembiayaan terus mendapat akses pembiayaan.Ia berkata, isu berbangkit yang akan diselesaikan itu termasuk keperluan dokumentasi bagi tujuan pengesahan pendapatan.\n\n\n\n  “Penyelesaian isu berbangkit berkenaan akan  menyumbang kepada prosedur dan proses pembiayaan kenderaan yang lebih cekap,” kata bank pusat itu dalam  kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.\n\n\n\n\n\n  Kenyataan itu dikeluar selepas pertemuan dengan peserta industri automotif termasuk pegawai kanan Proton Holdings Bhd, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA), Persatuan Pengedar Proton Edar dan Persatuan Pengedar Perodua serta DRB-HICOM. Ia bagi membincangkan isu berkaitan dengan industri berkenaan yang dibangkitkan ekoran pelaksanaan garis panduan itu yang berkuat kuasa pada 1 Januari lalu.Bank Negara menjelaskan, maksud sebenar garis panduan itu  untuk menggalakkan amalan pembiayaan runcit  berhemat, bertanggungjawab dan telus serta memastikan sektor isi rumah dan pasaran kredit kekal berdaya tahan. Ia  menegaskan, individu dan isi rumah perlu membuat pinjaman mengikut kemampuan.\n\n\nDalam pelaksanaan garis panduan berkenaan, Bank Negara juga sudah memaklumkan institusi kewangan untuk memastikan pengguna yang mempunyai kemampuan dan keupayaan membayar balik pinjaman terus mendapat akses kepada pembiayaan.Sejak lima tahun lalu, jumlah pembiayaan kenderaan daripada jumlah pinjaman kepada sektor isi rumah secara purata  20 peratus, iaitu yang kedua tertinggi selepas pembiayaan harta kediaman.Meskipun  permohonan pembiayaan kenderaan  diterima  rendah  antara Disember 2011 hingga Januari 2012 kerana jumlah hari bekerja yang pendek, kadar kelulusan bagi pembiayaan kenderaan kekal stabil kira-kira 54 peratus untuk Januari 2012.     Pinjaman isi rumah mencatatkan aliran meningkat lebih 10 tahun lalu dengan kadar peningkatan tahunan 12.5 peratus setakat Disember lalu. Hutang isi rumah kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berada pada paras 76.6 peratus.Pengalaman negara lain menunjukkan pinjaman berlebihan dan meningkatnya hutang isi rumah mempunyai kesan tidak diingini terhadap ekonomi. Bagi memastikan sektor isi rumah tidak menjadi kelemahan kepada sistem kewangan dan ekonomi, Bank Negara mengambil langkah berjaga-jaga merangkumi penerbitan Garis Panduan Mengenai Amalan Pembiayaan yang Bertanggungjawab.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.034981 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list