CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 186|Reply: 0

Tak perlu minta maaf: Gingrich

[Copy link]
Post time 25-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Bekas Speaker Kongres anggap Obama mengaku kalah isu bakar al-Quran\rSPOKANE: Bekas Speaker Kongres Amerika Syarikat, Newt Gingrich menyuarakan kemarahannya atas langkah pentadbiran Presiden Barack Obama meminta maaf kepada kerajaan Afghanistan kerana kejadian al-Quran dibakar di markas tentera Bagram.\r\n\n\n\n\r   Sambil menganggap tidak perlu mengambil langkah itu, Gingrich menyifatkan tindakan meminta maaf itu menunjukkan Obama mengaku kalah kepada golongan fanatik Afghanistan.\r\r\n\n\n\n\n   Permintaan maaf Obama disusuli dengan pembunuhan dua askar Amerika oleh seorang tentera Afghanistan selain mencederakan beberapa orang lain.\rKetika berkempen di Washington sebagai calon presiden Republikan, Gingrich berkata, Presiden Afghanistan, Hamid Karzai yang perlu meminta maaf atas pembunuhan askar Amerika dan ‘penduduk Afghanistan tidak layak menerima permintaan maaf dari Amerika.’\r“Apapun yang dilakukan oleh golongan radikal Islam tidak dipandang negatif oleh Obama yang selalu meminta maaf kepada orang yang tidak layak mendapat permintaan maaf Presiden Amerika.\r“Jika Karzai tidak fikir dia perlu meminta maaf, kita patut ucap selamat tinggal dan moga berjaya kerana kita tidak perlu hadapi risiko keselamatan dan buang masa kepada orang yang tidak pedulikan kita,” katanya.\r\n\n\n\rMeskipun permintaan maaf Presiden Amerika jarang dibuat, Presiden George W Bush meminta maaf kepada Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki selepas seorang askar Amerika beberapa kali menembak sebuah kitab al-Quran pada 2008. \rBush juga ‘meminta maaf atas penghinaan terhadap tahanan Iraq dan keluarga mereka selepas skandal Abu Ghraib didedahkan kepada pengetahuan umum.\rBantahan anti Amerika berhubung pembakaran al-Quran berterusan buat hari ke-4 semalam apabila protes di Herat menyaksikan keganasan berlaku menyebabkan lima lagi maut dan menjadikan angka korban tunjuk perasaan kepada 23 orang.\rDua maut selepas penunjuk perasaan mata ke arah konsulat Amerika di kota itu manakala dua lagi terbunuh di daerah Adraskan.\rPegawai keselamatan awalnya memberitahu, dua penunjuk perasaan mati ditembak apabila cuba masuk ke konsulat itu.\rSeramai 4,000 orang membantah di Khost, timur wilayah Nangarhar sambil menjerit ‘Matilah Amerika’ dan membakar gambar kadbod Obama.\rDi Kabul, seramai 100 penunjuk perasaan berhimpun dekat Kementerian Pertahanan sebelum bersurai apabila askar melepaskan tembakan ke udara. – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:43 AM GMT+8 , Processed in 0.034680 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list