View: 175|Reply: 0
|
Perisik AS tidak jumpa bukti Iran bina bom atom
[Copy link]
|
|
WASHINGTON: Penganalisis perisikan Amerika Syarikat terus percaya tiada bukti kukuh menunjukkan Iran memutuskan untuk membina bom nuklear, lapor akhbar New York Times (NYT), semalam. \rMemetik pegawai Amerika yang enggan nama disiarkan sebagai berkata, penilaian terkini oleh agensi perisikan Amerika adalah konsisten secara meluas dengan hasil penemuan perisikan pada 2007, yang menyimpulkan bahawa Iran meninggalkan program senjata nuklearnya. \r\n\n\n\n\r Pegawai berkata, penilaian sebahagian besarnya mengesahkan Jangkaan Perisikan Nasional 2010, dan ia masih terus kekal dengan persetujuan pendapat 16 agensi perisikan Amerika, kata laporan itu. \r\r\n\n\n\n\n Laporan itu dibuat selepas Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) memberi amaran kebimbangannya terhadap campur tangan tentera terhadap program nuklear Iran. \rNYT berkata, tiada pertelingkahan antara pegawai perisikan Amerika, Israel dan Eropah bahawa Iran sudah memperkayakan bahan api nuklear, dan membangunkan sesetengah prasarana yang sepatutnya untuk menjadi kuasa nuklear. \rTetapi, Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan agensi perisikan lain percaya Iran belum memutuskan sama ada mahu menyambung semula usaha mereka kepala peledak nuklear, satu program yang mereka percaya pada dasarnya dihentikan pada 2003, kata akhbar itu. \rPegawai perisikan dan penganalisis luar percaya ada lagi penjelasan lain untuk aktiviti pengkayaan Iran, kata laporan itu.\r\n\n\n\rMereka berkata, Iran mungkin mencari untuk meningkatkan pengaruh dalam rantau ini dengan mencipta apa yang disifatkan penganalisis sebagai ‘keraguan strategik’, kata akhbar itu.\rBerbanding membina bom sekarang, Iran mungkin mahu meningkatkan kuasanya dengan menanam keraguan antara negara lain mengenai cita-cita nuklearnya, kata NYT.\rSesetengah pihak merujuk kepada Pakistan dan India, yang mana kedua-duanya mempunyai program senjata nuklear rahsia selama beberapa dekad sebelum membuat keputusan untuk membina bom dan menguji senjata itu pada 1998, lapor akhbar itu. – AFP. \r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|