|
TENTERA belum pasti dapat menurunkan Marlon Alex James bagi pertemuan menentang USM FC dalam saingan Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Isnin ini disebabkan kecederaan betis kanan penyerang itu yang masih belum pulih sepenuhnya.\rPenyerang import dari St Vincent itu direhatkan pada tiga perlawanan ketika Tentera menewaskan Perlis 4-0, Johor (4-1) dan kekalahan kepada Perak 0-1 dalam saingan Piala FA.\r\n\n\n\n\r “Marlon belum pulih sepenuhnya dan saya tidak mahu menanggung risiko menurunkannya bagi pertemuan ini walaupun tenaganya amat diperlukan,” kata jurulatih B Sathianathan.\r\r\n\n\n\n\n Namun tanpa Marlon, jentera serangan Tentera dilihat masih berbisa dengan sentuhan kapten, Hairuddin Omar yang kini menjadi penjaring terbanyak liga dengan lapan gol.\r“Tidak ada perubahan dalam barisan yang akan diturunkan dan kami mungkin mengekalkan pemain sama ketika menewaskan Perlis dan Johor,” katanya.\rNamun Sathia mengingatkan anak buahnya supaya tidak mengambil mudah pertemuan dengan USM FC itu kerana lawan mampu bermain pantas untuk memerangkap.\r“Ketika tempoh rehat ini, latihan banyak ditumpukan kepada tahap persefahaman dan keserasian pemain untuk bergerak dalam satu pasukan,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|