CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 289|Reply: 0

UEM Land yakin raih pendapatan RM2.55b

[Copy link]
Post time 3-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
UEM Land Holdings Bhd, pemaju hartanah terbesar negara ini berdasarkan nilai permodalan pasaran, yakin meraih pendapatan sekitar RM2.55 bilion tahun ini.\rAngka itu adalah pertumbuhan 50 peratus berbanding pendapatan RM1.703 bilion yang diraihnya tahun lalu.\r\n\n\n\n\r  Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Wan Abdullah Wan Ibrahim, berkata pertumbuhan itu akan dipacu pelancaran pelbagai projek yang dirancang sepanjang tahun ini membabitkan nilai pembangunan kasar (GDV) RM4.5 bilion.\r\r\n\n\n\n\n  Beliau berkata, kebanyakan projek yang akan dilancarkan tahun ini   adalah fasa lanjutan daripada pembangunan sebelum ini di Nusajaya, Johor dan di luar Nusajaya dengan sasaran jualan RM3 bilion.\r“Tahun ini kita akan menyaksikan struktur permintaan bergerak ke satu dimensi baru berikutan siap dan beroperasinya pelbagai projek, khususnya di Nusajaya, seperti University Of Southampton, Marlborough College, Legoland, Trust School, Bio-Xcell, Institut Maritim, pusat beli-belah, dan taman tema tertutup dan Hotel Traders.\r“Nilai jualan belum dibilkan UEM Land yang kukuh sebanyak RM1.85 bilion setakat 31 Disember 2011 juga akan turut membantu kami mencapai angka pertumbuhan itu,” katanya pada sidang media membentangkan prestasi kewangan 2011 UEM Land di Kuala Lumpur, semalam.\rWan Abdullah berkata, antara projek yang   dilancarkan tahun ini ialah Nusa Idaman, East Ledang, Nusa Bayu, CS2, Lifestyle Retail Mall and Residence, Summer VOS, Lot 149 di bekas tapak Bangunan Angkasaraya Jalan Ampang), Mont’Kiara 22, SL 1,2 & 3, Kajang, Arcoris, dan Symphony Hills.\r\n\n\n\rBeliau berkata, sasaran pertumbuhan pendapatan 50 peratus itu adalah sejajar dengan Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan UEM Land untuk tahun ini.\rUEM Land meletakkan KPI lebih mencabar tahun ini dengan sasaran meraih pertumbuhan pendapatan 50 peratus, pertumbuhan keuntungan selepas cukai, pelunasan dan kepentingan minoriti (PATAMI) 40 peratus, dan pulangan ke atas ekuiti sebanyak 10 peratus.\r“Tahun lalu kita mencapai semua KPI ditetapkan, kecuali satu iaitu ROE. Tahun ini kita bertekad mencapai semuanya,” katanya.\rUEM Land mencatat prestasi kewangan kukuh dalam tahun kewangan lalu berakhir 31 Disember 2011 yang menyaksikan pendapatannya meningkat 261.5 peratus kepada RM1.703 bilion daripada RM469.7 juta tahun sebelumnya disumbang antaranya oleh faktor pengambilalihan Sunrise Bhd.\rPATAMI dicatat tahun lalu berjumlah RM301.7 juta, mewakili peningkatan 55.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.\rUEM mencatat jumlah jualan bernilai RM2.2 bilion tahun lalu, melepasi sasaran jualan RM2 bilion.\rDalam perkembangan lain, Wan Abdullah berkata pihaknya sedang berunding dengan pelbagai pihak bagi menambah simpanan tanah untuk pembangunan masa depan.\rBeliau berkata, pihaknya sudah mengenalpasti kawasan yang hendak dibangunkan di Sabah dan Sarawak yang mana rundingan peringkat lanjutan sedang berlangsung dengan pemilik tanah.\rPihaknya mensasar memuktamadkan janji niaga berkenaan tahun ini, katanya.\rUEM juga, katanya sedang berunding dengan agensi kerajaan bagi mengambilalih tanah di kawasan strategik, khususnya di pusat bandar yang akan dibangunkan bangunan pencakar langit menawarkan ruang pejabat.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.245625 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list