CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 263|Reply: 0

JKKN tumpu 20 aktiviti teras

[Copy link]
Post time 5-3-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Program lahirkan masyarakat berbudaya selaras misi gagasan 1Malaysia\rWALAU tampak mustahil melaksanakan 1,547 aktiviti yang diselitkan dalam kalendar penganjuran sepanjang tahun ini, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) yakin usaha melahirkan masyarakat Malaysia berbudaya dengan berteraskan gagasan 1Malaysia dapat dicapai.\r\n\n\n\n\rKetua Pengarahnya, Datuk Norliza Rofli, berkata setiap pengisian yang tertera dalam jadual tahunan itu bukan sekadar memenuhi ruang atau cakap kosong bagi memperlihatkan kesibukan agensi terbabit sebaliknya menjadi misi yang harus direalisasikan secara berkumpulan.\r\r\n\n\n\n\nTegasnya, sokongan warga kerja JKKN di seluruh negara yang tidak sampai 400 orang selain kerjasama agensi kerajaan antara nadi yang merangsang kelancaran  setiap perancangan sekali gus memenuhi matlamat terutama dalam melaksanakan 20 aktiviti teras.\rAntaranya adalah program Merakyatkan Seni Budaya, Pembimbingan Seni Budaya, Penyemarakan dan Kecemerlangan Seni, Program Keilmuan, Kreatif dan Penerbitan, Pencungkilan Bakat Baru, Perantisan Penyelidikan dan Pemuliharaan, Program Industri Kreatif, Pembudayaan Bahasa, Pembangunan Infrastruktur Seni Budaya dan Promosi serta Pemasaran Aktiviti Seni Budaya.\r“Sebenarnya dalam merangka agenda untuk tahun ini, perancangan awal sudah direncanakan awal bagi memperhalusi pelaksanaan serta pencapaian ke peringkat golongan sasaran membabitkan 40 peratus penduduk bandar manakala bakinya masyarakat luar bandar.\r“Melihat kepada jumlah aktiviti hingga mencecah lebih 1,500 program, teras paling utama adalah pembahagian tugasan dan perancangan teliti tetapi kita bertuah kerana kebanyakan agenda membabitkan usaha sama dengan agensi lain yang secara tidak langsung melancarkan misi,” katanya ketika Majlis Serlahan Agenda  JKKN 2012.\r\n\n\n\rMeskipun mengakui peruntukan dana menjadi antara kekangan utama, Norliza berkata, isu berkenaan tidak menjejaskan tumpuan untuk melipatgandakan kerja seterusnya memastikan agenda asal terutama menyuntik budaya sejak kanak-kanak di bangku sekolah mencapai matlamatnya.\rTumpuan adalah kepada aktiviti teras iaitu Program Masyarakat Seni Budaya (PMS) yang memberi tumpuan kepada penduduk luar bandar supaya mereka lebih didedahkan dengan program yang membangunkan seni budaya dalam diri mereka.\r“Dalam program seni budaya ini juga, kami memberi tumpuan terhadap pembangunan seni budaya, latihan dan suntikan keilmuan kepada penggiat seni budaya selain menyediakan persekitaran yang kondusif kepada mereka mengikut bidang masing-masing.\r“Kami yakin program seperti PMS ini mampu menjadi pemangkin kepada industri seni budaya di peringkat luar bandar sekali gus memastikan mereka tidak terpinggir daripada  arus pemodenan,” katanya. \rBagi melicinkan lagi perjalanan acara selain memberi hebahan kepada seluruh masyarakat mengenai JKKN serta program sepanjang tahun, mereka juga lebih terbuka dan dekat dengan golongan sasaran adalah menerusi laman sosial.\r“Kira akui bukan mudah untuk memberi kefahaman mengenai agenda JKKN walaupun sejak sedekad lalu kita sudah melatih lebih 20,000 kanak-kanak yang kini boleh dijadikan contoh sebagai perantis untuk program terawal agensi ini.\r“Menerusi perkembangan teknologi, kita turut mengatur strategi mendekati masyarakat terutama menggunakan Facebook (FB) yang lebih mesra dan terbuka. Segala maklumat boleh diperoleh menerusi laman web [email protected] atau www.jkkn.gov.my atau ke Facebook Sahabat Budaya JKKN.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.037780 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list