CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 650|Reply: 9

Projek sambungan LRT ikut jadual

[Copy link]
Post time 6-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Kerja pembinaan    laluan Ampang, Kelana Jaya babit kos RM7 bilion   30 peratus siap\rPROJEK sambungan aliran transit ringan (LRT) bagi laluan Ampang dan Kelana Jaya bersedia untuk beroperasi mengikut jadual pada akhir tahun ini apabila pemiliknya, Syarikat Prasarana Negara Bhd (Prasarana) sudah menyelesaikan semua isu berkaitan pelaksanaannya.\r\n\n\n\n\r  Sehingga kini, kerja pembinaan projek yang dianggarkan menelan kos kira-kira RM7 bilion itu sudah 30 peratus disiapkan, manakala 38 daripada 42 pakej kerja bagi kedua-dua laluan itu sudah diberikan kepada kontraktor yang layak.\r\r\n\n\n\n\n  Pengarah Urusan Prasarana, Datuk Shahril Mokhtar, berkata pihaknya menjangka untuk menjana RM4 bilion untuk membiayai projek itu tahun ini selepas memperoleh dana bernilai RM3 bilion tahun lalu menerusi terbitan sukuk jaminan kerajaan.\rBeliau berkata, proses menjana dana itu dijangkakan dibuat dalam dua peringkat dengan setiap satu bernilai RM2 bilion, yang berkemungkinan besar akan dilaksanakan menerusi terbitan sukuk.\r“Kita mungkin menjana lebih daripada RM4 bilion bergantung kepada keadaan pasaran,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran projek sambungan LRT Lembah Klang menerusi proses menaikkan Galang Segmen Kekotak (SBG) di Stesen 1 Kelana Jaya, semalam.\rHadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), Datuk Ir Dr Johari Basri dan Pengarah Pembangunan Projek Prasarana, Zulkifli Mohd Yusoff.\r\n\n\n\rShahril berkata, baki empat pakej kerja projek itu yang semuanya membabitkan sambungan laluan Ampang bernilai kira-kira RM2.5 bilion akan diberikan dalam tempoh dua bulan lagi.\rTegasnya, kos keseluruhan projek itu diyakini menepati unjuran kos awalnya malah mungkin lebih rendah daripada jumlah asal.\r“Kami pasti sesetengah kos akan dapat dikurangkan, justeru yakin projek ini berada pada landasan kukuh untuk menepati bajet asalnya,” katanya.\rBeliau menambah, baki empat pakej kerja yang masih belum diberikan itu membabitkan pembekalan kenderaan rel ringan, pembinaan stesen 12 untuk laluan Ampang, membekal dan mengurus kad akses serta kontrak pembinaan pemerolehan kejuruteraan.\rProjek sambungan LRT Lembah Klang membabitkan pembinaan trek sepanjang 17 kilometer menghubungkan stesen Kelana Jaya ke Putra Heights (laluan Kelana Jaya) dan satu lagi trek sepanjang 17.7 kilometer dari stesen Sri Petaling Ke Putra Heights (laluan Ampang).\rSambungan untuk laluan Kelana Jaya itu kebanyakannya akan melalui beberapa kawasan tumpuan di sekitar Subang Jaya manakala laluan Ampang pula sebahagian besarnya akan melalui kawasan pertumbuhan rancak di bandar Puchong.\rLaluan Kelana Jaya membabitkan pembinaan 12 stesen baru manakala laluan Ampang pula 11 stesen baru.\rPrasarana menjangka kira-kira 800,000 orang akan menggunakan kemudahan itu setiap hari apabila ia mula beroperasi pada 2014, meningkat daripada 300,000 pengguna sehari ketika ini.\rIa adalah sebahagian inisiatif penting di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu meningkatkan tahap pengangkutan awam negara ini.\rShahril berkata, menuju peringkat akhir sebelum pembinaan, Prasarana berjaya menyelesaikan beberapa isu penting yang menyebabkan berlaku sedikit penangguhan  pelaksanaannya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2012 08:49 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 09:02 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2012 07:06 PM | Show all posts
USJ 14 / USJ 19 City Mall (7/9/2012)






Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2012 06:59 PM | Show all posts
25/9/2012




Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2012 11:47 AM | Show all posts
Kinrara (24/11/2012)










Kg Muhibbah - Entry via Bukit Kuchai / Taman Perindutrian OUG (24/11/2012)












Ampang Line Extension at OUG (30/11/2012)








Jalan Jengka, Subang Jaya (25/11/2012)










Completed LRT extension section just after Sri Petaling station (10/12/2012)









Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2013 09:26 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 12:57 PM | Show all posts
Shah Alam LRT link in pipeline



SHAREN KAUR

Published : 2013/04/24



RM5B-RM6B PLAN : Prasarana is expected to call for tenders next year


THE government may build a third light rail transit (LRT) line from Kelana Jaya to Port Klang, believed to be costing RM5 billion to RM6 billion.

Dubbed the Shah Alam LRT line, Syarikat Prasarana Negara Bhd (Prasarana) is expected to call for tenders for the project next year, after a proper due diligence to be undertaken by the Land Public Transport Commission (SPAD) is completed.

Prasarana is a wholly-owned government company established by the Finance Ministry and the operator and asset owner of LRT lines.

SPAD chief development officer Azmi Abdul Aziz confirmed that the new Shah Alam LRT line is on the drawing board and that it will span 20km to 30km.

He, however, declined to comment on the estimated development cost.

Azmi said it will be an open tender and companies with existing contracts for the Kelana Jaya and Ampang LRT line extension projects will be allowed to bid.

" It is no more like before where companies that had won LRT jobs couldn't bid for the same development. As long as the companies are qualified and have met the necessary funding and technical requirements, they can bid, " he said.

" This is totally a new line and very important for the public. Shah Alam is becoming densely populated, with new townships coming up.

" The new line would allow people from Port Klang and Shah Alam to come to the city without hassle. It will complement the existing Kelana Jaya and Ampang LRT lines, " he added.

It is learnt that the Shah Alam line will start from the LRT station in Kelana Jaya, head towards the Shah Alam stadium and pass through Klang, before stopping in Port Klang.

In Port Klang, the LRT line will also be linked to the KTM commuter station to serve the growing population.

Malaysia is currently extending the existing Ampang and Kelana Jaya LRT lines under a RM7 billion plan.

The two extensions involve a total of 34km and Prasarana have awarded almost all of the contracts for the jobs.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2013 06:00 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 12:12 PM | Show all posts
Kelana Jaya extension (3/10/2013)

















Persiaran Jengka (8/10/2013)














Kinrara (12/10/2013)






















Flyover between Federal Highway and Jln Lapangan Terbang Subang (15/10/2013)






USJ area (Persiaran Kewajipan) (15/10/2013)





















Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.116316 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list