View: 365|Reply: 0
|
TCM pasang model Subaru di Segambut
[Copy link]
|
|
TAN Chong Motor Assemblies Sdn Bhd, anak syarikat 70 peratus milik Tan Chong Motor Bhd (TCM) dijangka mula memasang model Subaru XV di kilang pengeluarannya di Segambut, Oktober depan, sekali gus menandakan langkah serius jenama dari Jepun itu untuk mengukuhkan jualannya di rantau ini.\rTCM kelmarin mengumumkan Tan Chong Motor Assemblies menerima kontrak daripada syarikat sekutunya, TC Subaru yang dimiliki oleh Tan Chong International Ltd untuk mengeluarkan kenderaan Subaru di negara ini untuk pasaran Asia Tenggara.\r\n\n\n\n\rIa susulan memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai pengeluar kereta Subaru, Fuji Heavy Industries bersama pengedar jenama itu di Malaysia yang juga anak syarikat TCM, Motor Image Sdn Bhd pada Julai lalu untuk meneroka peluang mengembangkan jenama berkenaan di rantau ASEAN.\r\r\n\n\n\n\nPenganalisis OSK Research, Ahmad Maghfur Usman, berkata model pertama yang dijangka dipasang Tan Chong Motor Assemblies adalah kenderaan utiliti sukan (SUV), Subaru XV yang dilancarkan ke pasaran global awal tahun lalu.\r“Kontrak pemasangan model Subaru itu di dalam negara menandakan ‘kemunculan semula’ jenama berkenaan di Malaysia, malah menandakan usaha serius jenama Jepun itu untuk mengukuhkan jualannya di Asia Tenggara menggunakan rangkaian luas dimiliki TCM di rantau ini.\r“Seperti diketahui, tidak banyak model Subaru yang dijual di Malaysia dan ini memberi bayangan kemasukan beberapa model baru yang disasarkan untuk pasaran mewah akan berada di pasaran tidak lama lagi,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.\rBeliau berkata, model Subaru XV pemasangan tempatan itu untuk edaran di pasaran Asia Tenggara iaitu Malaysia, Thailand dan Indonesia.\r\n\n\n\r“Tan Chong Motor Assemblies menyasar mengeluarkan 5,000 unit setahun model Subaru XV untuk pasaran ASEAN,” katanya.\rTambahnya, sasaran awal kontrak pemasangan itu untuk menambah unit kenderaan berkenaan bagi jualan serantau sambil meninjau menjualnya pada harga yang berdaya saing.\r“Model pertama itu untuk pasaran mewah dan akan bersaing dengan peserta dalam segmen yang sama seperti model SUV keluaran BMW,” katanya.\rTan Chong International, sebuah syarikat sekutu TCM berkongsi pemegang saham yang sama.\rAhmad Maghfur dalam nota penyelidikannya sebelum itu berkata, sumbangan awal kontrak pemasangan tempatan itu kepada pendapatan TCM adalah minimum memandangkan ia hanya akan dilaksanakan pada Oktober ini.\r“Namun, untuk tahun depan dianggarkan sumbangannya kepada pendapatan TCM adalah antara RM3 juta hingga RM5 juta, iaitu masih kecil berbanding unjuran pendapatannya sebanyak RM260 juta untuk tahun kewangan 2012.\r“Apa yang lebih penting adalah perjanjian pemasangan itu akan meningkatkan penggunaan kapasiti di kilang syarikat di Segambut sehingga 15 peratus. Kilang pengeluaran itu kini kurang digunakan memandangkan kebanyakan kenderaan TCM kini dikeluarkan di kilang Serendah.\r“Justeru, TCM dijangka akan dapat melaksanakan lebih banyak penjimatan ke atas kos tetap seunit,” katanya.\rBuat masa ini, Motor Image mengedarkan tiga model Subaru di Malaysia iaitu Legacy, Forester dan Impreza WRX STI yang semuanya berharga di atas RM200,000.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|