CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 436|Reply: 0

CCTV intip ‘sampah pembunuh’

[Copy link]
Post time 8-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Singapura  pasang kamera pengawasan di kawasan tinggi kadar buang sampah\rSINGAPURA: Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) akan memasang kamera pengawasan (CCTV) di kawasan yang mempunyai kadar masalah berterusan pembuangan sampah dari bangunan tinggi.  \r\n\n\n\n\r  Sebelum ini, ia memerlukan beberapa jam untuk mengintip bagi menahan pesalah yang  membuang sampah dari bangunan tinggi, lapor channelnewsasia.com yang dipetik akhbar The Jakarta Globe. \r\r\n\n\n\n\n  NEA berkata jumlah kes membuang sampah dari bangunan tinggi meningkat kepada 5,232 kes tahun lalu, hampir 700 lebih berbanding tahun sebelum ini. \rAgensi itu sudah menahan dan mendakwa 40 orang  dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini. \rMereka yang disabitkan dengan kesalahan pembuangan sampah dari bangunan tinggi, dikenali ‘sampah pembunuh’ berdepan dengan hukuman penjara, denda atau kedua-duanya. \rLembaga Pembangunan Perumahan (HDB) akan mengambil alih secara wajib rumah pangsa HDB atau menamatkan penyewaan rumah pangsa jika ‘sampah pembunuh’ dibuang dari mana-mana hartanah HDB. \r\n\n\n\rBercakap di Parlimen kelmarin, Menteri Kanan Negeri untuk Sumber Air dan Alam Sekitar, Grace Fu, berkata usaha lebih giat perlu dilakukan  supaya masyarakat  peka  dengan kebersihan alam sekitar. \r“Sedih memikirkan masih ada warga Singapura yang  tidak mahu memikul tanggungjawab membersih dan menghijaukan alam sekitar yang sudah sekian lama kita berusaha untuk mencapai sasarannya. Malah, orang ramai sudah lupa apa yang perlu dilakukan dan hanya cuba mengelak daripada ditangkap,” kata wakil rakyat Ang Mo Kio GRC, Yeo Guat Kwang.\r“Masuk campur dalam isu pembuangan sampah ini bukanlah boleh menyelesaikan sepenuhnya masalah tetapi apa yang penting mendidik nilai yang betul. Kita mesti membina rasa kekitaan di kalangan individu dan tindakan komuniti jika kita mahu meningkatkan standard kebersihan di kawasan awam,” kata Fu.\r“Kita perlu menanam tabiat dan nilai daripada usia muda dan kita bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk memasukkan tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam kurikulum sekolah,” katanya lagi. – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.094543 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list