CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3636|Reply: 2

Specs Calon Isteri

 Close [Copy link]
Post time 20-3-2012 12:20 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by binbi at 24-3-2012 10:01

Spesifikasi calon isteri yang layak dijadikan isteri:-

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.


2. Tahu fardu ain, mandi wajib, waktu haid dan waktu suci.


3. Pandai jaga aurat dan kelakuan diri sebagai isteri dan mak orang.


4. Pandai memasak nasi, goreng ikan, ayam dan sedikit lauk sayur2 yg lain. Kalau pandai masak nasi beriani tu kira bonus la!


5.  Pandai jaga kebersihan rumah. Pompuan bujang pun ada rumah macam tongkang pecah, jadi bila dah bersuami kena la    berubah sikap.


6.  Pandai menguruskan harta, lepas kawen sacara automatik dapat jawatan pengurus ekonomi keluarga.


7. Bersifat keibuan iaitu boleh bersabar dengan kerenah anak-anak kecil.


8. Lemah lembut dengan suami. Kalau masih ada sifat kasar maka belum cukup layak untuk jadi seorang isteri.


9. Prihatin dengan orang sekeliling. Mungkin suami atau anak2 ada masalah, jadi dia perlu mengambil berat dan bantu mereka. Bukan jaga kepentingan dia sahaja!


10.  Setia dan sanggup mempertahankan hubungan untuk jangka masa yang panjang.


11. Boleh bertolak ansur dengan pendapat suami.


12. Boleh patuh dan hormat suami walaupun tahap IQ/pangkat/gajinya lebih besar dari suami. Faham kedudukan suami sebagai ketua keluarga.


13. Menghormati keluarga suami walaupun dia anak datuk tapi suami cuma dari keluarga miskin dari kampung.


14.  Tidak cemburu buta dan berfikir rasional jika ada wanita lain mendekati suaminya kerana mungkin untuk urusan rasmi.


15.  Tidak materialistik. Dia bernikah dengan anda bukan kerana harta semata-mata tetapi kerana agama, bangsa dan negara! pehhh
16. Berusaha menjaga kecantikan, kebersihan dan kesihatan diri supaya sentiasa memberi servis terbaik untuk suami. Masa bujang kalau weekend malas mandi pagi, dah kawen tak boleh la bior keti tu mashamm je!


17. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama.Berbeza tapi boleh masuk.

18. Bijak mengendalikan masalah hubungan bermakna tidak terlalu emosional dan terburu-buru mintak cerai.

19. Bersedia membuat perubahan demi kebaikan rumahtangga.

Akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut permintaan pasaran.



CUKUP SEKADAR BUAT BACAAN

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2012 01:00 AM | Show all posts
asal bukan byk2 binbi?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2012 01:34 AM | Show all posts
Reply 1# binbi

Nak tambah.

- Pandai dan rajin mengaji. Nanti boleh ajar anak mengaji.
- Kalau ada pesbuk, add kawan pempuan je. Kalau add kawan lelaki, letak gambar yang senonoh dan tutup aurat.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.043091 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list