|
Reply 17# nallepooh
inshaALLAH, satu2 |
|
|
|
|
|
|
|
BAB 5
Bella dan Dira saling berpandangan. Mata mereka saling bertanya. Kemudian,
kembali memerhati along mereka yang tersenyum sendirian pada televisyen yang
sedang terpasang.
‘ Apa kena dengan along aku ni? Senyum macam apa je. Buruk betul!’ Dira
mengomel di dalam hati.
Bella yang dah tak larat nak terus tengok je mencuit bahu alongnya. Sekali dua
kali tak sedar. Matanya meminta tolong pada Dira. Tanpa membuang masa, Dira
memukul bahu along kuat. Macam bunyi mercun Pop je bila tangan Dira
mendarat pada sasarannya.
Along tersentak. Pantas dia menoleh. “ Dira!! Nak along kiok kat sini ke? Adoi!
Nasib baik jantung tak gugur.”
Dira memuncungkan mulutnya. Dia memerhati cerita yang ditayangkan di
televisyen sebelum memandang alongnya yang berpura-pura menumpukan perhatian pada televisyen.
“ Alonglah sewel. Cerita sedih tapi boleh pulak dia senyum-senyum.” Bella
mempertahankan adiknya daripada dimarahi. Kembar kan mesti nak protect di
antara satu sama lain.
Along memanjangkan tangannya lalu meluku kepala Bella yang berdiri di
belakang sofanya.
“ Menyibuk! Pergi belajarlah!” Ujar Along sedikit tegas. Dengan adik kembarnya
itu mana boleh dia marah. Sayang sangat tau!
Dira menempek di sebelah along. “ Encik Aiman Nazim, sejak dua tiga empat
lima enam menjak ni saya dapati encik sering tersenyum sendirian. Adakah encik
sedang.....”
Kening along terangkat.
“ Jatuh cinta?” Serentak Bella dan Dira bersuara. Masing-masing tersengih.
Tangan along menarik tocang kanan Bella dan tocang kiri Dira. “ Jangan nak
pandai-pandai. Umur baru setahun jagung dah tanya orang pasal cinta.”
Bella mengeluh. “ Along, kitaorang dah 19 tahun. Dah lepas PG18 pun.”
“ Entah! Macamlah dia tu dah dewasa sangat. Umur baru 21.” Dira membalas
balik kata-kata along.
Kali ini, along terdiam. Betul jugak! Adik-adik aku ni dah 19 tahun. Dah cukup
matang untuk membuat keputusan. Aku ni selalu fikir yang diaorang masih kecil.
“ Along, ceritalah kat kitaorang.” Dira dah masuk mode merengek. Lengan
alongnya digoyang-goyang.
Along merengus. “ Cerita apa? Along tak ada cerita nak cerita kat korang.
Kalau nak cerita pergi suruh ibu bacakan kisah Si Kancil dengan Si Harimau.”
Bella dan Dira menarik muka masam. “ Tak sporting langsung!”
“ Hello cik adik-cik adikku sekalian, sejak bila suka menyibuk ni? Entah-entah
korang berdua kot yang tengah jatuh cinta tuduh along pulak.” Along masih
berusaha mengelak daripada bercerita mengenai kisah cintanya.
Tiba-tiba muka Dira bersinar-sinar. “ Along, apa tanda kalau kita jatuh cinta?”
Along memikir-mikir. “ Hmm... Along rasa bila kita selalu teringatkan orang tu
kot.”
“ Macam mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang?” Bella
menyampuk.
Along mengangguk. “ Lebih kuranglah. Kenapa tiba-tiba tanya ni?”
Dira tersenyum. “ Dira rasa Dira dah jatuh cinta.”
Along dan Bella terpempan. Mereka berpandangan sebelum mereka ketawa
guling-guling.
“ Dira, tak payah nak berangan!” Along berkata di celah-celah ketawanya.
Kening Dira berkerut. “ Apesal pulak? Lawak sangat ke bila orang jatuh cinta?”
“ Cik adik, awak tu dahlah kasar. Tak ada langsung gene wanita dalam DNA.
Ada ke lelaki yang tangkap lentok dengan awak?” Ujar Along selamba. Tocang
Dira ditarik lagi.
Lagi kuat Bella ketawa selepas mendengar kata-kata alongnya itu. Adeh! Lagi
lawak daripada segala lawak ni!
Pantas Dira menepis tangan along. Sampai hati diaorang ketawakan aku?
Hampeh!
“ Dira, dengan siapa kau jatuh cintan tu?” Bella menyoal adik kembarnya yang
sudah masam mukanya.
Dira memeluk tubuh. “ Buat apa nak tahu? Tak payah tahu!”
Along memeluk bahu Dira. “ Haa, ni satu lagi. Dira ni cepat sangat merajuk.
Usik sikit merajuk. Lelaki tak suka tau.”
Serta merta Dira menukar emosi wajahnya. “ Yeke, along?”
Along mengangguk sambil tersenyum manis. Dia memandang Bella sebelum
masing-masing memandang ke arah lain untuk menyembunyikan ketawa.
Dira mengangguk-angguk faham. “ Along, best tak bercinta ni?”
“ Apa cinta-cinta ni? Dah nak sangat nak berlaki ke kamu ni?” Tiba-tiba suara
ibu, Puan Salmah menganggu perbicaraan mereka.
“ Ni, Dira ni, bu. Dia dah jatuh cinta.” Bella membuat laporan kepada Puan
Salmah.
Bulat mata Dira memberi amaran pada kakaknya itu. “ Ma..mana ada, bu! Orang
saja-saja je tanya.”
“ Nak bercinta boleh tapi jangan sampai terabai pelajaran. Tapi, ibu tak berapa
galakkan kamu bercinta.” Tukas Puan Salmah lembut.
“ Kenapa pula?” Dira masih sibuk nak tahu.
Puan Salmah mengeluh. “ Macam-macam kes yang berlaku sekarang. Semuanya
pasal cinta. Ibu tak nak apa-apa terjadi pada anak-anak ibu.”
Along, Bella dan Dira tersenyum melihatkan kasih sayang ibu mereka yang
tinggi.
Bella berdehem. “ Tapi kan, bu...”
“ Along tengah bercinta!!” Sekali lagi kembar itu berkata serentak.
Along pantas menekup mulut mereka namun sudah terlambat. Puan Salmah
memandang satu-satu anak terunanya itu.
“ Dira!! Bella!!!” Along menjerit namun adik kembarnya itu sudah terjemgket-
jengket menuju ke bilik untuk menyelamatkan diri.
Along tersengih memandang ibunya yang masih menanti cerita sebenar. |
|
|
|
|
|
|
|
ezraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa naper buh sikit benor, buhlah lbh sikit
wah suka banget si kembor tue dapat kenakan Along dia kan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 23# fatehana
bhahahaa risau juling mata baca haaa hihi . thanks |
|
|
|
|
|
|
|
Reply fatehana
bhahahaa risau juling mata baca haaa hihi . thanks
ezraazad Post at 17-5-2012 15:27
xde julingnya masukkan N3 lagi yea |
|
|
|
|
|
|
|
ALONG kena buli ngan DIRA ngan BELLA... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 26# shahrinas
haha dorang nakal |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 27# awanjingga
ouhh thanks a lot haaa tu tak boleh cite lagi. kena baca lagi k hihi |
|
|
|
|
|
|
|
BAB 6
“ Aku inginkan dirimu...datang dan temui aku...kan ku katakan padamu...aku
sangat mencintai dirimu...” Penuh perasaan Dira menyanyi sambil menyiram pokok
bunga.
“ Eh! Tanah ni kena gembur ni! Patutlah bunga tak muncul.” Dira
mencampakkan hos paip ke atas lantai dan mula melompat-lompat ke belakang
rumah untuk mengambil cangkul kecil.
“ Arghh!!”
Lompatan Dira terhenti. Siapa yang jerit tu? Pantas kepalanya berpusing.
Seorang pemuda sedang tercegat berdiri di sebalik jaring besi dengan baju habis
basah kuyup. Mata pemuda itu mencari-cari punca dia basah kuyup sebegitu
sekali.
Dira dah terbeliak biji mata. Alamak! Aku yang buat ke?
Perlahan-lahan Dira berpusing dan masuk ke dalam rumah untuk mengelakkan
dirinya disyaki.
“ Hei! Kau yang campak hos paip tu sampai kena aku ye?” Jeritan daripada
pemuda itu membuatkan langkah Dira mati.
Dira menoleh dan membuat muka tidak bersalah. “ Apa benda? Orang tak tahu
apa-apalah!”
“ Jangan nak berlakon pulak! Ini hos paip rumah kau! Tengok, sumber airnya
daripada pili tu.” Pemuda itu rajin menunjukkan satu persatu bukti.
“ Ma...mana ada.” Dira masih menegakkan benang yang basah.
“ Kau tutup pili kau tu sekarang! Banjir rumah aku kang!” Kasar suara pemuda
itu menerpa masuk gegendang telinga Dira.
Dira akhirnya mengalah. Selipar disarung semula dan langkah dibawa menuju pili
yang masih terbuka. Haihh! Pembaziran air betullah!
“ Dahlah suara tak sedap ada hati nak menyanyi. Menyusahkan aku betullah!”
Desis pemuda itu namun telinga Dira masih dapat menangkap.
Alamak ai! Malu betullah! Dia dengar suara aku menyanyilah wei! Mana aku
nak letak muka ni? Dira memusingkan pili. Air berhenti mengalir.
“ Dah.” Terus Dira berjalan masuk ke rumah. Malu sangat punya pasal!
“ Eh!” Tiba-tiba nada suara pemuda itu bertukar hairan.
Dira menoleh. Kenapa macam semacam je aku dengar suara dia ni?
Pemuda itu menyelak rambutnya yang basah ke belakang. Dira ternganga. Betul
ke apa yang aku nampak ni? Mata aku tak tipu aku ke?
“ Kembar tu, kan?” Jari telunjuk ditunjukkan pada Dira yang sudah keras sebab
terkejut sangat.
“ Awak....” Suara Dira tak terkeluar.
“ Adam. Awak langgar saya tempoh hari kat padang depan tu. Ingat?” Adam
cuba mengingatkan sambil tersenyum.
Langgar? Bila masa aku langgar dia? Oooo! “ Itu bukan saya yang langgar.
Tapi, kakak saya.”
Adam tergelak. Dira menahan gemuruh di dalam hati.
“ Err... Macam mana saya boleh tak tahu yang kita berjiran ye?” Yelah, aku
selalu juga duduk-duduk kat depan ni tapi tak tahu pula kewujudan lelaki pujaan
aku ni!
“ Sebelum ni saya dengan keluarga tinggal kat Singapura. Kami baru je pindah
sini minggu lepas. Ini rumah uncle saya sebenarnya. Dia bagi kami duduk sini.”
Adam menerangkan sambil tersenyum.
Dira mengangguk-angguk. Eiii! Bestnya! Aku berjiran dengan dia ni! Hari-hari
boleh skodeng. Hehehe!
“ Hmm... Saya masuk dululah. Nak ganti baju ni.” Adam menunjuk pada t-
shirtnya yang masih lencun.
Dira sengih malu. “ Okey. Sorry buat awak basah macam ni.”
“ Small matter. Nanti kita sembang lagi.” Adam membuang baldi yang penuh
berisi sabun gara-gara beria basuh fixie kesayangannya tadi ke dalam longkang
besar sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.
Dira tersenyum senang. Yabedabeduuuu! Dia nak sembang dengan aku lagi!!! |
|
|
|
|
|
|
|
amboiii Dira sukenya diaa..
mn2 p ada je nama Adam..tingat plak kat Adam Levine..adam ezra ni emsem mcm adam levine x?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 31# awanjingga
HAHAHA mcm Adam AF boleh ? haha terpulang kpd imaginasi msg2 hihi |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|