|
Post Last Edit by ryzerhive at 6-7-2012 14:14
CAHAYA
FOTO adalah CAHAYA. Elemen cahaya adalah amat penting di dalam fotografi. Dengan adanya cahaya maka wujudnya fotografi. Kenapa cahaya yang mewujudkan fotografi ? Cuba kita lihat dari sejarah bagaimana wujudnya FOTOGRAFI. Pada tahun 1725 Johann Schulze iailah seorang berbangsa German telah menyedari bancuhan bahan kimia yang telah didedahkan di bawah cahaya matahari selama 3 hari telah bertukar warna. Belia telah membuat beberapa eksperimen dengan memasukkan sekeping kertas putih ke dalam gelas yang diisi air tidak penuh dan didedahkan ke bawah cahaya matahari. Hasilnya, kertas yang tergelam ke dalam kimia telah bertukar warba kekuningan manakala kertas yang tidak terkena air kekal lagi putih. Kali kedua, beliau melakukan eksperimen sama dengan eksperimen pertama cuma dia melekatkan sehelai daun pada kertas putih tersebut. Hasilnya apabila daun pada kertas tadi di tanggalkan, kesan lakaran sama seperti daun itu pada kertas putih tadi dan bahagian lain bertukar warna menjadi coklat. Sahlah bahawa CAHAYA yang menyebabkan kertas bertukar warna. Kesan daun dipanggil lukisan daun. “Kita melukis dengan cahaya” kata Johann Schulze.
Cahaya ialah jalur sempit sinaran elektromagnet yang mata manusia sensitif. Tiada sempadan yang tepat untuk pelbagai cahaya yang boleh dilihat, setiap individu berbeza keupayaannya.Biasanya, mata kita menerima pelbagai panjang gelombang cahaya antara 400-700 nanometer (nm).(Nanometer 1000000 milimeter).
Cahaya mempunyai tiga sifat-sifat fizikal untuk kepentingan fotografi – amplitud (atau intensiti),panjang gelombang dan frekuensi sudut getaran (atau polarisasi).Cahaya bergerak dalam garis lurus. Ia juga yang terpantul dari cermin atau permukaan bersinar pada sudut terbalik. Pengetahuan tentang fakta-fakta yang mudah membolehkan jurugambar untuk membentuk cahaya menggunakan pemotong(cutters) dan reflectors. Cahaya juga boleh dibengkokkan (dibiaskan), yang bermakna kita boleh mereka bentuk kanta untuk memberi tumpuan imej.Tanpa cahaya, warna tidak akan wujud. Lada hijau hanya kelihatan hijau jika yang panjang gelombangnya sama (warna) hadir dalam cahaya meneranginya. Dalam cahaya oren yang tidak mengandungi warna hijau, lada hijau akan kelihatan kelabu dan tidak berwarna. Cahaya mempunyai bahang atau suhu. Bahang ini dipanggil suhu warna atau bahang warna ( Colour temperature). Bahang warna diukur dengan kiraan “KELVIN”.Semua bahang warna akan memperngaruh kemerahan atau kebiruan kepada gambar yang kita ambil.
Credit to PrimeCapture |
|
|
|
|
|
|
|
STROBIST
Apa itu strobist
By definition strobist is:
A person who habitually uses small, hot-shoe mountable electronic flashguns/speedilights, off-camera to enhance the lighting quality of his or her photos. The off-camera flashgun is triggered by the camera using a sync cable or a wireless switch, or
More generally anyone who attempts to generate professional quality photographs by using portable, lightweight and (relatively) inexpensive lighting equipment, creatively.
Untuk bahasa mudahnya, strobist ialah seseorang yang menggunakan flash tanpa meletakkannya pada badan kamera dan menggunakannya secara kreatif.
contoh 1
contoh 2
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ryzerhive at 7-7-2012 17:46
Perkataan fotografi datang daripada perkataan Greek, iaitu φως phos (“cahaya”), dan γραφις graphis (“stilus”, “berus lukis”), atau γραφη graphê yang bersama-sama bermaksud “pelukisan dengan cahaya” atau “lukisan”. Secara tradisi, hasil daripada fotografi dipanggil “gambar foto”. Dalam fotografi digit, istilah “imej” telah bermula menggantikan istilah “gambar foto”. (Istilah “imej” ialah istilah tradisi dalam bidang optik geometri. Fotografi juga dikenali sebagai “tangkap gambar” dalam bahasa Melayu.
Foto akan nampak indah jika mendapat cahaya yang cukup. Semua setting yang kita lakukan dalam aperture, shutter speed dan ISO sebenarnya merujuk pada usaha untuk mendapatkan cahaya yang cukup.Cahaya yang seperti apa yang diinginkan dalam sebuah pemotretan sebenarnya sangat bergantung pada kesan apa yang ingin ditimbulkan dan bagaimana komposisi yang diharapkan dari cahaya & bayangan dalam foto.
Apa yang harus kita perhatikan pada cahaya ialah:
1. Intensitas, seberapa kuat cahaya tersebut. Cahaya yang sangat kuat akan menimbulkan bayangan yang jelas (harsh) sedangkan cahaya yang lemah akan menimbulkan bayangan yang lembut (soft). Pada pemotretan di luar ruang, cahaya semulajadi (matahari) telah sedia ada apabila terbit matahari (dalam jam 6 pagi ) hingga senja (dalam 7.00 malam), adapun cahaya dengan intensitas tinggi akan diperoleh pada 10 pagi – 3 petang.
2. Arah datang cahaya, ini akan berpenguh pada metering dan komposisi hi-light & shadow pada objek. Arah datang cahaya secara jelas akan mempengaruhi arah dan ukuran bayangan. Pada pemotretan model, arah datangnya cahaya juga memperngaruhi ekspresi model.
3. Spektrum, atau banyaknya ‘warna’ yang terkandung dalam cahaya. Cahaya matahari yang berwarna putih kekuningan sebenarnya merupakan gabungan dari banyak spektrum warna, beberapa di antaranya mungkin anda ingat sebagai warna-warna pelangi, tapi sebenarnya spektrum cahaya matahari lebih luas dari itu.
Sumber pencahayaan dalam pemotretan dapat dibagi kepada:
1. Available light (ambient), yaitu cahaya yang ada atau tersedia pada saat pemotretan, baik berupa cahaya alam semulajadi (sinar matahari) mahupun cahaya buatan seperti lampu atau lilin yang tidak dikhususkan untuk tujuan pemotretan
2. Artificial light, yaitu cahaya yang sengaja diadakan untuk tujuan pemotretan. Pencahayaan tip ini dibezakan lagi menjadi 2, iaitu:
(a) Continuous source, iaitu sumber cahaya yang terus menerus menyala, contohnya lampu spot (studio light)
(b)Uncontinuous source, iaitu sumber cahaya yang hanya menyala sesaat saat pemotretan, seperti flash/blitz
Tip-Tip menggunakan cahaya persekitaran:
a. Ambil gambar pada waktu awal pagi dan petang kerana cahaya waktu itu paling menarik.
b. Gunakan reflector untuk menambahkan kecerahan pada wajah, elakkan guna flash seberapa mungkin.
c. Silhouttes adalah untuk menunjukkan bentu sesuatu subject.
d. Kurangkan kekuatan flash apabila mengambil gambar waktu tengah hari. Fill flash adalah untuk mengurangkan shadow tetapi bukan menghilangkannya sama sekali.
e. Elakkan flare/kilauan matahari atau lampu yang kuat untuk mengelakkan masalah kurang contrast, atau masukkan flare untuk kesan artistic.
f. Warna semulajadi adalah paling menarik dan saturated pada waktu langit berawan.
g. Apabila mengambil gambar sewaktu berkabus, naikkan exposure untuk mendapatkan kecerahan semula.
h. Pada waktu gelap, gunakan night potrait mode atau rear cutain flash.
i. Gabungkan flare/kilauan matahari, rear curtain flash dan kelajuan shutter yang perlahan boleh memberi hasil yang menarik.
PRACTICE MAKE PERFECT
Credit to PrimeCapture |
|
|
|
|
|
|
|
reserved....
ryzerhive Post at 6-7-2012 14:55
uik... ingat ke kubur jee bleh reserve, tapak forum pon bleh reserve ke? |
|
|
|
|
|
|
|
bagus bagus bagus...
lagi lagi lagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
uik... ingat ke kubur jee bleh reserve, tapak forum pon bleh reserve ke?
kitul Post at 6-7-2012 15:33
hehehehee.. pandangan jauh dari TT... ada vision tersendiri.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mod along ke mimie boleh sticky kan thread nih... senang nak wat rujukan tak payah belek page belakang |
|
|
|
|
|
|
|
uik... ingat ke kubur jee bleh reserve, tapak forum pon bleh reserve ke?
kitul Post at 6-7-2012 15:33 minta maaf bro...hehe |
|
|
|
|
|
|
|
are u photografer |
|
|
|
|
|
|
|
nice info tt....lighting ni memang penting gak...kalau kretif, memang nampak cantik.. |
|
|
|
|
|
|
|
ini yg tak seberapa dari saya...tak banyak yg saya tahu...kalau ada kita kongsi lah bersama.....lighting potrait ada banyak teknik.... |
|
|
|
|
|
|
|
walaupun saya tak berapa suka benda-benda yg berkaitan teknikal tapi disebabkan saya suka berfoto2 saya gagahkan diri baca juga walaupun ada part yg tak berapa nak masuk. Terima kasih banyak, boleh dijadikan rujukan untuk kemudian hari. Saya ada beli majalah aperture terbaru, banyak pasal lighting dan komposisi..
terkedek-kedeklah nak belajar |
|
|
|
|
|
|
|
pelan pelan kayuh.........mesti sampainya |
|
|
|
|
|
|
|
pelan pelan kayuh.........mesti sampainya
ryzerhive Post at 15-7-2012 08:53
bila kayuhan sudah laju, bagi tau
saya ada 2 translucent umbrella, 2 silver umbrella
2 Flash Shoe Swivel umbrella Holder Light Stand Bracket serta Stand
2 Backdrop Stand 9'x10' dan 10'x12' muslin bacdrop
perghhhhhhhhhhhhhhhhh .... boleh buka kedai gambar |
|
|
|
|
|
|
| |
|