CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7237|Reply: 14

Natural detox drink

[Copy link]
Post time 10-7-2012 09:49 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum korg,
Sape2 ade resipi natural detox drink bleh share kat sini?
Mak cik sedara aku xpki produk apa2, buat sdri je minuman detox,sangat berkesan dan jimat..
Tapi dah lupa campuran buah2 apa, yg pasti ade buah kiwi, rasa pon sedap xseperti sesetengah produk detox..
Sharelah kalo ade yer, tq!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2012 03:02 PM | Show all posts
makan epal hijau sebelum tido, pagi esok insyaAllah semua keluar....
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2012 05:06 PM | Show all posts
1-yang simple dan senang buat:
       sebiji epal + celery separuh + gula sikit (kasi ada rasa manis ujung2 je) blend suma tu..then minum.
(bubu suke yang ni sebab senang nak buat pastu guna bahan sket je..hehe)


2-sebiji epal + separuh celery + capsicum 1 bahagian (bubu belah capsicum kepada 5 part, amik 1 part je..kalo capsicum tu besar..bole potong 6-7) + separuh lemon (perah air dia) + gula sikit, then..blend je suma..pastu minum.
(yang ni macam kuat sikit..tapi bole je try)

moh jenguk sini, ada cakap pasal detox gak
http://mforum.cari.com.my/viewth ... p;extra=&page=1
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2012 06:17 PM | Show all posts
paling senang, 2 green apple + 2 celery sticks, xyah campur apa2 pun dia dah sedap, rasa masam manis ori 1 lg, halia ckit+2 biji oren+1 celery sticks+3 carrot+1 biji epal hijau=sedap,ori n sihat.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2012 07:04 PM | Show all posts
i  blend epal hijau+tomato+carrot..minum pepagi time perut kosong hmmm..it works!! plus can improve your skin tone gitewww
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2012 07:49 PM | Show all posts
Reply 3# BuBuComey


    Thanks BuBuComey... resipi pertama tue nmpk lg simple, mungkin bleh cuba, yg resipi ke2 tue ada capsicum, xpedas ke nnti, risau pulak sakit perut,huuu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-7-2012 07:51 PM | Show all posts
i  blend epal hijau+tomato+carrot..minum pepagi time perut kosong hmmm..it works!! plus can improve  ...
cikdara Post at 12-7-2012 19:04



Apa ratio untuk setiap bahan tue?
Kite xduk malaysia, kat sini tomato mahal sgttt
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2012 09:07 PM | Show all posts
Reply 7# annotatedB

ku igtkan dok di mesia..hehe..abis tu dok dimanakah kamu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2012 09:08 PM | Show all posts
Reply 6# annotatedB

hehe..resipi yg second tu bubu amalkan seminggu sekali je. kesan dia memang lagi kuat dari resipi pertama. kiranya bubu minum resipi kedua tu hai ahad..next 6 days tu bubu buat yg 1st resipi. hehe.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2012 09:09 PM | Show all posts
Reply 5# cikdara

wahh..bole try! kene guna tomato yg fresh gitu..tak suke rasa tomato lama yg masam2 sket tu..hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2012 09:25 PM | Show all posts
Reply 8# BuBuComey

Kite duk new zealand, study kat sini, hampir4thn dah, huuu..sini buah kiwi, apple camtu mrh laa..tp tomato mahal amat! Sebijik dlm 1dolar lebih Jarang2jelah leh makan sobsss
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2012 09:29 PM | Show all posts
Reply 9# BuBuComey

Wah, bubu amalkan tiap2 hari konsisten? Hebatnyaa *clap2*
Kite plan nak buat dlm 2,3kali smgu je, Xde kerajinan nk blend tiap2 hari, huuu..
Tp lps bc komen bubu nie, smgt pulak nk minum hari hari heee ^__^
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2012 10:09 AM | Show all posts
Reply 10# BuBuComey


    try laa cik BubuComey..nnti kalo berkesan leh la share yek
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2012 09:51 AM | Show all posts
ada lg 1 resepi plg berkesan & senang xde nak mix2 or blend bagai....juz makan buah naga @ dragon fruit merah je.....sy baru discover baru2 ni...selalu mkn takat sepotong kecik tak jd ape le....last week sy potg la sebijik brt 1kg++..on the way blk kg 2 hours journey boring2 sy ngap slow2....bg hubby dia tak suka pulak....so sy habiskan la smua takut rosak buah tu nnti kan.....esoknye lps sahur tu dia aihhhh....kuar habis smua isi perut....tp tak sakit memulas....juz rase nak membuang je....mula2 cuak jgk sbb poo poo kaler purple kuar tau....skeri tgk toilet bowl tu mula2 igt darah .....bau mmg busuk sgt ....kiranya dia bersihkan usus kot...sama mcm bila ambik produk detox di pasaran...


Buah naga merah banyak khasiat
Oleh ZAINUDDIN ZAIN

MASIH ramai rakyat negara ini tidak tahu cara memakan buah ini kerana bentuknya yang ganjil, dengan kulit luar berwarna merah dan mempunyai sayap seperti seekor naga sehingga ia mendapat nama buah naga (dragon fruit).

Jangan ketawa jika ada orang yang memotong kulitnya seperti memakan buah epal, walaupun cara sebenar memakan buah naga ialah dengan memotong dua dan menceduk isinya dengan menggunakan sudu.

Bagaimanapun, di sebalik rupanya yang ganjil, buah naga daripada keluarga ‘cactacea’ yang tergolong dalam spesies kaktus dan semakin mendapat tempat di kalangan petani moden negara ini, sebenarnya kaya dengan khasiat.

Buah naga mempunyai isi seperti buah kiwi. Pada masa ini, buah naga yang isinya berwarna putih lebih mudah didapati di pasaran, tetapi mengikut pakar pemakanan dan perubatan, buah yang isinya berwarna merah mempunyai lebih banyak khasiat.

Secara amnya, pakar sependapat dan mengakui buah naga kaya dengan potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium yang baik untuk kesihatan berbanding buah-buahan lain yang diimport.

Mengikut wakil Johncola Pitaya Food R&D, syarikat penanaman dan penyelidikan buah naga merah terbesar di negara ini, AL Leong, buah kaktus madu itu cukup kaya dengan pelbagai zat vitamin dan mineral yang boleh membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan metabolisma dalam badan manusia.

Kajian menunjukkan buah naga merah ini sangat baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah. Ia juga memberi tindak balas memberangsangkan untuk mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksik dalam darah.

Kajian juga menunjukkan buah ini boleh mencegah kanser usus, selain mencegah kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah dan pada masa sama menurunkan kadar lemak dalam badan,” katanya.

Secara keseluruhan, setiap buah naga merah mengandungi protein yang mampu mengurangkan metabolisma badan dan menjaga kesihatan jantung; serat (mengawal kanser usus, kencing manis dan diet); karotin (kesihatan mata, menguatkan otak dan menghalang penyakit); kalsium (menguatkan tulang) dan fosferos (pertumbuhan tisu badan).
Buah naga juga mengandungi zat besi untuk menambah darah; vitamin B1 (mengawal kepanasan badan); vitamin B2 (menambah selera); vitamin B3 (menurunkan kadar kolesterol) dan vitamin C (menambah kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat).

Leong berkata, satu lagi fakta menakjubkan ialah berdasarkan kajian terkini, khasiat buah naga tidak terhad kepada buahnya, tetapi turut wujud pada keseluruhan pokok.

Katanya, buah naga juga boleh dijadikan pencuci mulut yang lazat.

“Syarikat kami juga mengeluarkan produk jus, jem, dan wain merah daripada buah ini. Pada masa sama, buah yang belum masak boleh dimasak sup dan dicampur dengan daging, ekor atau tulang,” katanya.

Leong berkata, bunga buah naga pula boleh digoreng sebagai sayuran, dijadikan ulam dan juga boleh dikeringkan untuk dijadikan teh bunga.

“Bunga pokok ini mempunyai kadar debunga yang tinggi kerana tempoh ia mekar penuh terlalu singkat, sekali gus menyebabkan lebah dan serangga lain tidak sempat mengambil debunganya secara penuh berbanding bunga lain yang mekar berbulan-bulan.

Debunga bunga buah naga juga mempunyai khasiat tinggi dan cukup baik untuk kesihatan manusia,” katanya.

Leong berkata, dahan pokok buah naga juga boleh dijadikan salad, ulam, digoreng dengan sambal belacan dan dimasak sup, yang terbukti berkesan untuk membuang toksik dalam badan dan mencuci perut.

“Di Amerika Selatan, dahan buah naga dihancurkan dan diperam untuk dijadikan makanan ternakan seperti lembu dan kambing. Ia terbukti mampu meningkatkan kadar susu, selain kualiti ternakan berkenaan,” katanya.

Leong berkata, pada masa ini buah naga atau nama saintifiknya ‘Epiphytes’ atau ‘Pitaya’ dan berasal dari Amerika Selatan digemari kaum Cina yang menggelarnya ‘Paw Wang Fa Kor’.

“Kita sekarang cuba mempromosikan buah ini kepada seluruh rakyat Malaysia bukan hanya kerana rasanya yang enak, tetapi juga sangat berkhasiat. Tidak hairanlah harganya mahal.

“Bagaimanapun, kita sekarang cuba menggalakkan lebih ramai orang di negara ini menanam buah naga dengan menawarkan insentif menarik, termasuk menjual pokok pada harga murah dan jaminan pembelian semula buah daripada petani,” katanya.

Leong berkata, kelebihan pokok buah naga ialah ia tahan lasak, termasuk tahan serangan serangga, berikutan ia spesies pokok kaktus, menyebabkan racun serangga tidak perlu digunakan ketika penanaman.

“Seperti kita sedia maklum, bahan makanan yang bebas daripada penggunaan racun serangga adalah yang terbaik untuk kesihatan,” katanya.

KEBAIKAN
Tingkat daya tahan
Kurangkan metabolisma badan
Baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah
Kurangkan tekanan emosi
Neutralkan toksik dalam darah
Cegah kanser usus
Cegah kandungan kolesterol tinggi
Turunkan kadar lemak
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2012 09:57 AM | Show all posts
kelmarin sy makan half biji mlm pg lawas jugak....then pg td sy mkn suku biji lps bsahur dlm kul 7 lebih trs membuang...rase ringan je perut....ye la kan bulan posa kurg minum air kosong...so i think red dragon fruit is the best solution
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.914138 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list