CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2123|Reply: 3

[Jenayah] Kes pecah rumah, curi turun 21.4%

[Copy link]
Post time 17-8-2012 07:15 AM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM 16 Ogos - Kes pecah rumah dan curi yang dicatatkan di seluruh negara dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini menurun 21.4 peratus daripada 18,171 kes yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, penurunan peratusan kes pecah rumah itu melibatkan kesemua negeri di negara ini.

Menurut beliau, Perlis mencatatkan penurunan tertinggi iaitu 44 peratus daripada 150 kes tahun lalu, diikuti Pulau Pinang (36.1 peratus daripada 991 kes), Pahang (31.9 peratus daripada 836 kes), Selangor (30.2 peratus daripada 5,078 kes) dan Terengganu (27.6 peratus daripada 463 kes).

Katanya, Kedah menduduki tempat keenam apabila mencatat penurunan 26.5 peratus daripada 1,090 kes tahun lalu, diikuti Kuala Lumpur (20.4 peratus daripada 2,156 kes), Melaka (18.9 peratus daripada 607 kes), Johor (18.3 peratus daripada 1,601 kes) dan Sabah (13.3 peratus daripada 1,121 kes).

http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20120817/je_03/Kes-pecah-rumah-curi-turun-214

yang tak disebut..sarawak,kelantan,perak,N9 serta putrajaya dan labuan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2012 07:35 AM | Show all posts
Selangor (30.2 peratus daripada 5,078 kes)


selangor…lubuk penjenayah dari dulu lagi…nak2 kawasan kajang!
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2012 07:42 AM | Show all posts
bukan dh 'aman' ker??......sejak merdeka.....hehehe....
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2012 01:11 PM | Show all posts
jenayah 0% hanya di pavilion sajork
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.054437 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list