CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17401|Reply: 5

Cara Membeli Rumah Lelongan Bank

[Copy link]
Post time 10-9-2012 06:56 PM | Show all posts |Read mode
Panduan Ringkas Cara Membeli Rumah Lelong

Untuk membeli hartanah atau rumah lelongan bank, anda boleh melihat iklan-iklan yang disiarkan di dalam surat khabar, majalah, laman web dari bank-bank tempatan, agensi hartanah atau ejen-ejen hartanah lelong. Rumah yang dilelong ini selalunya dibawah harga pasaran sehingga 30%-40% disebabkan pihak bank hanya mahukan kembali wang pinjaman.

Dinasihatkan membeli rumah yang pemiliknya adalah melayu/under bumi status kerana competitionnya agak kurang. Anda perlu membayar wang deposit sebanyak 10% dari harga rizab (Reserve Price) dalam bentuk Bank Draft yang dikeluarkan atas nama pihak bank yang melelong untuk mendaftar sebagai pembida.


Anda hendaklah memeriksa dan meninjau ke alamat lokasi rumah lelong tersebut sebelum membuat sebarang keputusan untuk membeli. Baca dan fahami kertas salinan POS (PERISYTIHARAN JUALAN) dan COS (TERMA DAN SYARAT) rumah yang hendak dilelong.

Pada hari tarikh lelongan, bawa salinan IC pembida dan Bank Draft untuk diserah kepada pihak pelelong. Dinasihatkan supaya hadir dalam 1 jam atau setengah jam lebih awal sebelum acara lelong berlangsung. Apabila menggunakan perkhidmatan ejen, sertakan juga surat wakil (ejen juga boleh mewakili untuk membida sekiranya tiada masa untuk hadir semasa lelongan).

Pembida yang membuat bidaan harga paling tinggi (tiada pesaing yang membuat bidaan lagi)
adalah pembeli yang berjaya ke atas rumah lelong tersebut. Untuk mengelakkan kerugian, janganlah membida harga yang tinggi dari harga pasaran semasa bagi hartanah tersebut atau diluar kemampuan pembeli. Buat kajian dahulu untuk mengetahui harga pasaran sesuatu lokasi hartanah lelong yang ingin dibeli.

Pembeli yang berjaya perlu menandatangani surat kontrak dan hendaklah menjelaskan baki deposit dari harga yang berjaya dibida selepas lelongan. *Contoh: Reserve Price : RM 100,000/- pembida berjaya RM 120,000/- *Deposit 10%: RM 10,000 + (kenaikan RM 20,000 x 10% = RM 2,000) (Pembida yang berjaya perlu menambah jumlah RM2000 untuk mencukupkan baki deposit)

Jika tidak berjaya membeli, Bank Draft akan dipulangkan dan boleh ditunaikan semula di bank yang mengeluarkannya. Pembeli yang berjaya diberikan tempoh masa selama 90/120 hari untuk membuat pinjaman perumahan.

PENTING: Periksa tahap status kelayakan pinjaman dengan mana-mana institusi pinjaman perumahan terlebih dahulu sebelum membeli bagi mengelakkan wang deposit 10% akan 'hangus' diambil oleh pihak bank sekiranya gagal membuat pinjaman.

Sila lihat senarai rumah lelong terkini, tips-tips dan info di
http://www.ebanklelong.com/

Sekian, terima kasih.

[email protected]

Call/SMS: 017-608 0932 (Faizal)
Last edited by faizalaka on 11-9-2012 02:54 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2012 07:07 PM | Show all posts
Good info...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2013 02:40 PM | Show all posts
kotak_kotak posted on 23-12-2012 07:07 PM
Good info...

TERIMA KASIH..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2013 01:02 AM | Show all posts
ya,good info encik faizalaka..tq.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2013 03:32 PM | Show all posts
zuhaili_14 posted on 14-2-2013 01:02 AM
ya,good info encik faizalaka..tq.

Terima kasih..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 09:10 PM | Show all posts
boleh tanya pendapat kat sini tak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.615149 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list