|
Perkongsian Maklumat Dr Zubaidi Hj Ahmad ttg Kacip Fatimah & Tongkat Ali
[Copy link]
|
|
TT, tk da ke testimoni org yg nk TTC berjaya slps consume EFK? |
|
|
|
|
|
|
|
aryn_mz posted on 26-2-2013 11:33 AM 
TT, tk da ke testimoni org yg nk TTC berjaya slps consume EFK?
belum ada lagi...
even sy sndri pun belum ada rezki.... (bgtau betoi2.... sbb yg penting adalah KEBERKATAN berniaga)
mcm2 la sy cuba.... clomid pun sy amik....
sy yakin skit dgn EKF sbb produk penyelidikan, at least ada ujian2 segala....
la ni mcm2 produk....
gerun..........
|
|
|
|
|
|
|
|
alya_aisya posted on 26-2-2013 12:47 PM 
belum ada lagi...
even sy sndri pun belum ada rezki.... (bgtau betoi2.... sbb yg penting adalah K ...
Tu ler sy pun asyik search psl EFK? TT pernah consume produk Himalaya Shatavari tk?
Review pun ok gak psl produk nie...
|
|
|
|
|
|
|
|
aryn_mz posted on 26-2-2013 02:51 PM 
Tu ler sy pun asyik search psl EFK? TT pernah consume produk Himalaya Shatavari tk?
Review pun ok ...
ya ka....
menarik jugak...
sat nak baca review dulu...
TQVM
|
|
|
|
|
|
|
|

ada free gift kalau sapa beli EKF kat sini |
|
|
|
|
|
|
|
EPO tidak menggalakkan kesuburan?
on Wednesday, 27 February 2013 at 06:24 ·
“Assalamualaikum doktor. Saya ada.baca tentang Epo di blog doktor. Barulah saya tahu yang EPO hanya boleh dimakan dalam tempoh lbh krg 14 hari dari tarikh dtg haid. Saya memang mengalami masalah haid yg tak menentu 6 bulan sebelum kahwin. Doktor sarankan saya ambil EPO 1 biji sehari. Saya mengamalkannya sampai sekarang. Sekarang saya dah masuk 3 bulan berkahwin dan belom ada tanda2 kehamilan. Agak kecewa juga sebab kawan2 lain semua dah berpetanda. Adakah disebabkan oleh amalan makan EPO? Harap doktor boleh beri penjelasan.” Dr Zubaidi : Wa alaikum mus salam.
Saya telah membaca email puan dan bersimpati dengan masalah yg puan hadapi. Saya berpendapat bahawa mengambil EPO bukanlah kaedah terbaik untuk meningkatkan kesuburan.
Tiada kajian yang sahih menunjukkan pengambilan EPO boleh merangsangkan kesuburan secara langsung.
EPO atau Evening Primrose Oil mengandungi gamma linolenic acid (GLA) yang membantu wanita mengeluarkan lendiran mucus servikal yang baik, bagi memudahkan pergerakan sperma dari vagina ke rahem saja. Ia bukan suplemen yang merangsang kesuburan wanita secara langsung.
Apa yang saya faham dari email puan bahawa puan mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu. ("Saya memang mengalami masalah haid yg tak menentu 6 bulan sebelum kahwin")
Saya percaya puan mengalami masalah ketidaksuburan akibat ketidakseimbangan hormon. Cara terbaik ialah dengan melakukan pemeriksaan hormon di mana-mana klinik kesuburan.
Doktor di klinik atau di hospital selalunya akan memberikan ubat hormon sintetik bagi merawat masalah puan. Sudah tentu ubat hormon sintetik memberikan kesan sampingan jika diambil secara berpanjangan.
Saya mencadangkan puan mengambil Ekstrak Kacip Fatimah. Ekstrak kacip fatimah keluaran UTM ini berbentuk kapsul, lebih selamat, berkesan dan berkualiti.
Ia boleh diamalkan sebagai suplemen, kerana memberikan tenaga kepada wanita dan menggalakkan pembentukan sel darah merah. ia juga meningkat syahwat terhadap suami supaya hubungan suami-isteri bertambah baik.
Semoga dipermudahkan. Wassalam
|
|
|
|
|
|
|
|
Sapa nak jadi Agen Dropship utk Estrak Kacip Fatimah????? |
|
|
|
|
|
|
|
KACIP FATIMAH MENGUATKAN FARAJ SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
"Salam dr..saya baru melahirkan anak pertama...skunk ni saya dah 50 hari...saya nak tanya...saya punya faraj ni macam ada benda terkeluar...saya dah jumpa dr pakar...dr kata itu otot yg pegang rahim...dia suruh saya kemut...tapi dr saya rasa agak takut kos bila saya berdiri saya rasa macam nak jatuh je benda tu..lagipun lubang tu macam besar jek...macamana nak jadikan seperti dulu..ada cara ke dr?otot tu masih berada di pintu lubang tu.. macamana ye dr.."
Dr Zubaidi Hj Ahmad : Wa alaikum mus salam.
Apa yang mungkin berlaku ialah jahitan pada faraj selepas melahirkan anak tidak kemas sehingga menyebabkan permukaan dalam agak terjuih (terkeluar dari kedudukan asal).
Cara terbaikl ialah dengan melakukan senaman kemutan. Selain itu saya mencadangkan puan mengamalkan Ekstrak Kacip Fatimah (EKF) selama dua bulan. |
|
|
|
|
|
|
|
Tidak perlu makan ubat hormon jika mengalami keguguran yang lengkap
by Ekstrak Kacip Fatimah on Monday, 4 March 2013 at 10:29 ·
“salam doc.. sabtu yg lps saya ada g private klinik..g scan perut mmg xda kantung baby atau menunjukkan saya pregnant..lalu doc ada bg ubat turun period..so saya nak tanya pd doc..slps saya mkn ubat ni berapa lama period saya akan dtg semula? kalo period blm dtg adakah saya hamil?”
Dr Zubaidi: Saya berpendapat bahawa puan mengalami keguguran yang lengkap, keran pemeriksaan ultrasound menunjukkan rahem puan tiada lagi kantung janin.
Oleh itu puan tidak perlu makan ubat hormon dan biarkan rahem menjalani proses penyembuhan secara semula jadi.
Saya mencadangkan puan mengamalkan Ektrak Kacip Fatimah untuk merawat kecederaan rahem semasa keguguran.

|
|
|
|
|
|
|
|
Sukar Hamil
on Monday, 4 March 2013 at 11:59 ·
Salam doktor. Saya mempunyai kitaran haid yg tetap, cuma kadang2 delay 1,2 hari. Tapi bulan lepas period saya delay 10hari. Saya try buat UPT tp negatif dan esoknya saya period. Saya period selama 7hari seperti biasa tp pada hari ke12 tetiba ada darah lg. Darah tersebut x banyak dan kadang2 lendir warna merah. Kenapa ye jadi mcm tu? Utk pengetahuan doktor, saya sudah 2 tahun berkahwin dan baru 2 bulan pindah tinggal bersama suami kerana tuntutan kerja sebelum ini.
Dr Zubaidi: Wa alaikum mus salam.
Kitaran haid yang normal antara 21 hingga 35 hari. Kedatangan haid yang lewat beberapa hari dianggap sebagai normal. Darah haid boleh berlangsung sehingga 14 hari.
Dalam kes puan, darah yang sedikit pada hari ke 12 masih dikira sebagai darah haid. Jika ia melebihi 14 hari ia dikira sebagai darah istihadah. Ketika itu puan wajib solat dan puasa.
Cara terbaik untuk masalah ketidaksuburan (sukar mendapat anak) ialah pemeriksaan hormon di mana-mana klinik kesuburan. Selalunya doktor kan memberikan ubat hormon untuk membantu membaiki kitaran haid puan, namun pengambilan pil hormon terlalu banyak boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak baik. Jadi berbincanglah dengan doktor.
Jika puan belum bersedia menjalani pemeriksaan doktor, puan boleh mencuba Ekstrak Kacip Fatimah (EKF) keluaran UTM ini sangat disyorkan kepada wanita yang mempunyai masalah dengan kitaran haid, keputihan keterlaluan/berbau, sebagai selusuh (ambil selepas minggu ke-38 kehamilan) dan selepas bersalin.
Semoga dipermudahkan. Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
atas permintaan,
TRIAL PACK Ekstrak Kacip Fatimah & Ekstrak Tongkat Ali hasil penyelidikan UTM Skudai, Johor kini dijual.
2 minggu penggunaan (15 kapsul)
1 bulan penggunaan (30 kapsul) |
|
|
|
|
|
|
|
Salam semua....
Saya nak berkongsi BERITA GEMBIRA kat sini....
Al-hamdulillah setelah 8 tahun menunggu, Jun 2011 keguguran pada usia kehamilan masuk 5bulan, Aug 2012 ektopik n buang tiub fallopian kanan, ALLAH izinkan sy mengandung lagi.... sekarang usia kandungan baru 6 minggu. masih terlalu awal, tp sy bersyukur di atas rahmat Allah ni....
Sy amik kacip fatimah ni baru nak masuk botol ke-2 (tak sampai separuh)....
Husband amik jugak tongkat ali keluaran UTM tu, tp biasa la lelaki.... kalau ingat dia mkn, kalau tak ingat biaq ja atas meja... dia punya tak luak pun sebotol tongkat ali tu....
Sy dapati, kacip fatimah ni betulkan cycle sy...
kalau dulu cycle period sy tak menentu, akhirnya dah consistent 28 hari saja...
senang nak kira ovulation day....
Pd masa yg sama, saya juga amalkan apple cider (Dr suruh turunkan berat badan) n pati delima gulsan...
Pati delima tak sempat abih sebotol, al-hamdulillah ada rezki dari Allah...
Buat masa sekarang, sy stop kejap kacip fatimah sbb baru lekat, cuma amik pati delima je sekarang.... |
|
|
|
|
|
|
|
Pendarahan Selepas Haid
on Wednesday, 5 June 2013 at 09:23
Salam doctor, saya ingin bertanyakan satu soalan. Saya adalah seorang pelajar luar negara. Saya mengalami pendarahan selepas haid hampir setiap bulan semenjak lima tahun yang lalu.Kebaisaannya pendarahan itu berlaku dalam tempoh dua tiga hari selepas saya habis haid dan belanjutan sehingga 5-7 hari. Saya sudah berjumpa doktor di negara yang saya belajar tetapi hanya mentertawakn saya dan katanya itu hanya ovulation spotting. Tetapi ape yang merungsingkan saya ialah cecair yang keluar itu agak lama, kadang-kadang berwaran hitam dan keluar dengan cecair seperti air kencing, kadang kala ia keluar bersama-sama dengann lendir yang terdapat darah tetapi tidak begitu banyak, cukup sekadar sya memakai pantyliner..mohon penjelasan doktor.. Pada kebiasaannya, tempoh haid adalah antara tiga hingga lima hari.
Pendarahan selepas haid bermakna berlaku pendarahan keluar dari faraj selepas kitaran haid seorang wanita berakhir. Pendarahan haid dalam kitaran haid yang normal perlu berakhir kerana bagi akan memulakan proses reproduktif yang baru.
Walau bagaimanapun pendrahan selepas haid membuatkan wanita menjadi bimbang, dan berfikir mungkin ada sesuatu yang tidak kena pada sistem badan mereka.
Hal ini sebenarnya disebabkan uterus masih mengeluarkan baki aliran darah haid dari badan, yang tidak habis semasa kitaran kitaran yang normal.
Biasanya pendarahan ini akan disedari semasa wanita membersihkan bahagian sulit mereka. Warna darah biasanya adalah merah cair atau mungkin juga coklat pekat pada keadaan tertentu.
Doktor akan memberitahu anda, jika pendarahan ini berlaku hanya untuk sehari atau dua hari, maka tiada apa yang perlu dibimbangkan.
Tetapi, jika pendarahan ini berlaku setiap kali selepas haid untuk tempuh melebihi seminggu, perlu mendapatkan nasihat doktor secepat mungkin.
Mengapa berlaku pendarahan selepas tempoh haid? Hal ini berlaku biasanya seminggu selepas tempoh haid, darah yang keluar berwarna coklat, mungkin disebabkan uterus tidak mengeluarkan semua tisu menstrual semasa tempoh pendarahan haid.
Tisu menstrual adalah tisu endometrium pada dinding rahim menstrual yang akan keluar sebagai darah haid apabila sampai tempuh pendarahan haid.
Oleh sebab kerana lebihan tisu atau darah haid ini tidak dikeluarkan secara sempurna, maka bakinya akan dikeluarkan dalam masa tempuh seminggu atau dua minggu selepas tempoh haid berakhir.
Jika situasi ini tidak berlaku setiap bulan dan hanya sedikit pendarahan yang berlaku, tiada apa yang perlu dirisaukan.
Tetapi jika situasi ini kerap berlaku dan pendarahan yang dialami pula banyak, maka pemeriksaan yang lebih teliti harus dijalankan.
Pendarahan selepas haid mungkin juga berlaku atas faktor-faktor lain, seperti perubahan hormone secara tiba-tiba pertambahan berat badan, bebanan tekanan emosi dan fizikal atau mula mengalami masalah yang lebih berat melibatkan kelenjar ovary.
Selain itu pengambilan ubat-ubatan juga boleh memberi kesan pendarahan selepas haid. Masalah kesihatan seperti diabetes, kanser dan tiroid juga boleh menjadi punca untuk hal ini berlaku.
Pengambilan ubat atau suntikan pencegahan kehamilan dan juga wanita yang berhenti mengambil ubat tersebut secara tiba-tiba juga menyebabkan hal yang sama.
Remaja yang mengalami situasi ini biasanya disebabkan oleh kitaran haid mereka yang belum stabil akibat kelenjar ovary yang belum matang.
Akhir sekali, pendarahan selepas haid ini juga mungkin disebabkan kehadiran ketumbuhan fibroid dalam Rahim. Walaupun ketumbuhan fibroid ini tidak merbahaya, ia patut dibuang segera sebelum ia membesar dan mengganggu rutin seharian seorang wanita.
Oleh itu dapatkan nasihat doctor dan lakukan pemeriksaan jika pertama, berlaku aliran darah yang berwarna merah cair yang banyak bila haid berakhir. Kedua, apabila pendarahan berlaku berserta dengan sakit pada pelvik, sama ada sakit biasa mahupun kesakitan yang kuat dan yang terakhir pendarahan berlaku selepas melakukakan melakukan hubungan intim bersama suami.
Ekstrak Kacip Fatimah adalah suplemen yang membantu wanita untuk mendapat keseimbangan hormone. |
|
|
|
|
|
|
|
alya_aisya posted on 23-1-2013 03:54 PM
Masalah Keputihan Dan Jangkitan Kuman
Keputihan yang disebabkan oleh keluaran lendir dari faraj s ...
assalamualaikum....
sorry Last edited by noorruls on 26-6-2014 08:26 PM
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|