View: 8285|Reply: 10
|
[Tempatan]
Dua hari hilang, penyanyi ditemukan mati dalam bilik disewa bersama boyfriend di Melaka
[Copy link]
|
|
Tanda tanya 'kehilangan' seorang wanita yang juga penyanyi sambilan selama dua hari akhirnya terjawab apabila dia ditemukan mati dalam biliknya di sebuah rumah sewa di Taman Seri Mangga Seksyen 1, Pokok Mangga, Melaka, pada pagi Ahad.
Memetik laporan Sinar Harian, mayat mangsa yang berusia 52 tahun itu ditemukan dalam keadaan terbaring di atas katil oleh teman serumahnya susulan rasa curiga kerana mangsa tidak keluar bilik sejak Jumaat.
Dia yang enggan dikenali berkata, mangsa yang merupakan ibu kepada tiga anak menyewa di rumah berkenaan bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu.
Ujarnya, pada pagi Ahad, dia mengetuk pintu bilik mangsa dan kemudian dibuka dari dalam oleh teman lelakinya.
"Namun lelaki itu hanya buka sedikit sahaja pintu ditambah pula keadaan bilik mangsa ketika itu agak gelap dengan tingkap ditutupi langsir.
"Jadi saya tak nampak apa berlaku, cuma ternampak mangsa terbaring atas katil dan suspek memberitahu mangsa sedang tidur," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.
Tidak sedap hati, dia bertindak menghubungi seorang lagi rakan mangsa yang sering membantu menghantar mangsa pergi menyanyi dan kemudian menghubungi polis.
Sehingga kini, polis belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung kejadian itu.
Namun portal berkenaan yang memetik sumber polis melaporkan, mayat mangsa ditemukan berlumuran darah di atas katil bersama teman lelaki yang berada berhampirannya dalam keadaan cedera, disyaki suspek kes pembunuhan mangsa.
Dua bilah pisau kecil dipercayai digunakan dalam kejadian itu turut ditemukan.
Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat manakala suspek yang cedera telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Tak de nama ni biase bukan melayu lah kan. Kesian, 52 tahun mampu menyewa je bilik. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia suka nyanyi lagu apa cer bagi hint?
|
|
|
|
|
|
|
|
Igtkan J
Rupanya bini org
Umur pun bukannya muda lg |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu ada seorang perempuan melayu. dah level makcik dah.
muda2 dulu mmg top lagu dia. dah tua orang tak nak dia dah.
dia dah bercerai . anak dia lelaki sorang dia jaga sorang suami dia jaga.
harap bukan artis tu la. sebab mmg kecoh sebelum ni dia sewa bilik.
|
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 23-2-2025 02:42 PM
Dulu ada seorang perempuan melayu. dah level makcik dah.
muda2 dulu mmg top lagu dia. dah tua oran ...
Dlm artikel kata nya anak 3 org. Iye la, harap nya bukan dia lah. Sadis sungguh kematian di bunuh bf. |
|
|
|
|
|
|
|
Pokok Mangga biasa type c duduk |
|
|
|
|
|
|
|
dah tua pun menggarit juga ye.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|