|
Mungkin ada yang pernah dengar mengenai Qarin dan mungkin juga ada di antara kita belum pernah mendengarnya. Apakah sebenarnya Qarin? Qarin adalah makhluk ghaib atau jin yang sentiasa mendampingi kita malah ia sebenarnya berpengaruh dengan amalan seseorang itu contohnya sekiranya baik amalan kita baiklah dia dan sekiranya buruk amalan kita buruklah jadinya. Tahukah anda setiap manusia dilahirkan dengan kembar masing-masing? Setiap kali selepas ibu kita bersalin, si ayah akan membasuh uri dan menurut kata orang-orang tua itu adalah kembar kita. Sebenarnya kembar yang dimaksudkan itu dipanggil sebagai Qarin. Di sebelah kanan kita ialah Malaikat yang akan menyuruh kita membuat perkara-perkara baik manakala Qarin kita akan berada di sebelah kiri dan mengajak kita membuat perkara-perkara yang jahat. Nabi kita juga ada Qarin namanya "Habibul Huda" menurut kata orang Kasf ia masih hidup lagi di kota Madinah.
Dikatakan semua Qarin ini lambat mati. Ada sesetengah kes yang berlaku sebelum manusia mati lagi Qarin sudah mengelirukan orang lain. Contohnya, si isteri yang baru balik dari membeli-belah melihat si suami sedang tidur di dalam bilik. Tidak lama kemudian pintu rumah diketuk lalu si isteri membuka pintu dan terkejut apabila melihat suaminya baru sahaja pulang dari kerja. Kes ini adalah perbuatan Qarin.
Terdapat lagi kisah penemuan Qarin dan ini melibatkan seorang ustaz di mana malam itu beliau sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bangi. Dalam perjalanan, dia bertembung dengan seorang gadis berpayung di dalam hujan gerimis. Ustaz ini telah menghentikan kereta lalu menumpangkan gadis itu balik ke rumah. Sepanjang perjalanan gadis itu memberitahu bahawa dia seorang pelajar UKM semester dua kebetulan pula Ustaz ini mengajar di UKM. Sebaik sahaja sampai di destinasi gadis tersebut berpesan supaya selepas ini jangan datang ke rumah kerana ibunya tidak suka lelaki datang. Keesokan harinya ustaz tersebut menyedari gadis semalam tertinggal payung di dalam keretanya. Ustaz itu telah pergi ke rumah gadis tersebut dan apabila tiba di sana hanya ibunya saja yang ada di rumah. Ustaz itu pun bertanya mengenai anaknya dan memberitahu payungnya telah tertinggal. Ibu gadis itu terkejut dan memberitahu bahawa gadis itu memang pelajar UKM semester 2 dan tinggal di situ tapi telah meninggal dunia dua tahun yang lalu.
Sekiranya anda pernah mengalami peristiwa seperti di atas, anda jangan terkejut kerana apa yang anda jumpa itu adalah Qarin seseorang yang telah meninggal dunia. Qarin ini akan mengulangi saat-saat kematian seseorang malah Qarin akan memakai pakaian yang serupa. Contohnya jika seseorang mati dilanggar kereta ketika sedang menahan teksi, Qarin juga akan dilihat sedang menahan kereta mengulangi situasi sebelum seseorang itu mati. Untuk itu jangan takut kerana setiap makhluk di muka bumi ini tak kira jin, syaitan atau Qarin semuanya adalah makhluk Allah belaka.
Untuk orang beragama Islam anda disarankan sebelum memulakan sesuatu pekerjaan jangan lupa membaca: "A'uzubillahiminasyaitonirrajim". Buat kita yang masih hidup pula perbanyakanlah amalan kebaikan supaya kita dapat mendidik Qarin kita untuk turut membuat kebaikan dan akhirnya tidak berupaya menyuruh kita membuat kejahatan.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku punmushkil gak
yg tertinggal payung tu si qorin atau hanya yg menyamar....
nanti aku cuba2 bertanya yaaaa................. |
|
|
|
|
|
|
|
bnyk dah dibincangkan pasal qorin ni..
klu mnyamar2 ni... betul qorin?? jeng3x..... |
|
|
|
|
|
|
|
maknanya rakyat marhaen sperti aku pon mempunyai qarin? |
|
|
|
|
|
|
|
ade x ayat2 quran yg menyokong qarin ni? |
|
|
|
|
|
|
|
pnh gk terbaca pasal qarin ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa yang menjelma kat tepi-tepi jalan menyerupai orang yang dah meninggal tu jin |
|
|
|
|
|
|
|
Segala forummer semua ni bkn qarin kpd tuan masing2 ke? |
|
|
|
|
|
|
|
thread pasal qarin dah banyak...tapi lain2 citer...cumanya setiap yang berlaku kes menyamar tu samada qarin ke, jin ke, semuanya makhluk halus.. |
|
|
|
|
|
|
|
klu aku alami situasi mcm atas tu xdenya aku kata qarin. Mesti hantuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.... cabutt lariii..
|
|
|
|
|
|
|
|
Firman Allah: “Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu (Qarin) temannya yang tidak renggang daripadanya.” (Az-Zukhruf 43:36) |
|
|
|
|
|
|
|
Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada seorang pun daripada kamu melainkan sudah diwakili bersamanya Qarin daripada jin dan malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah?” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat ku islamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” (Hadith Riwayat Muslim dan Ahmad)
Aisyah r.a menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya (Aisyah), lalu Aisyah berkata: “Aku merasa cemburu.” Tiba-tiba Baginda s.a.w berpatah balik dan bertanya: “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?” Aku berkata: “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah.” Sabda Baginda s.a.w: “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?” Aku bertanya: “Apakah aku ada syaitan?” Sabda Baginda s.a.w: “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aku bertanya lagi: “Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?” Jawab Baginda: “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.” (Hadith Riwayat Muslim) |
|
|
|
|
|
|
|
Qarin akan berpisah dengan ‘kembarnya’ hanya apabila manusia itu (kembarnya) meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan Qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi Qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan yang dilakukan manusia itu. |
|
|
|
|
|
|
|
oleh sbb itu sepandang di dunia ni kita perlu melakukan sgla suruhan ALLAH dan meninggalkan larangan ALLAH
|
|
|
|
|
|
|
|
baru tau...
reply_by Qarin Ratu Donia... syhhh... jgn bgtahu tuan aku tau.. |
|
|
|
|
|
|
|
eh macam penah baca plak pasal qarin ni |
|
|
|
|
|
|
|
billythecat posted on 12-2-2013 12:32 PM
maknanya rakyat marhaen sperti aku pon mempunyai qarin?
setiap manusia ade qarin...
|
|
|
|
|
|
|
|
RatuDunia94 posted on 14-2-2013 02:06 AM
baru tau...
reply_by Qarin Ratu Donia... syhhh... jgn bgtahu tuan aku tau..
lol nk tcabot jntong aku gelak
|
|
|
|
|
|
|
|
emmmm..aku tak ngaku qarin tu kembar aku...mak aku,mak aku lah. bapak aku,bapak akulah,,yg pasal apa lak yg dikatakan qorin tu jadi kembar aku. hehehe
cemana lak boleh jadi kembar aku, mak aku lahirkan aku..qorin sapa lahirkan dia?? tak kan dia jadi dengan sendiri lak kan kan kan.
setiap makluk mesti anak dan di peranakkan..sapa mak, bapak qorin ni oiiiiii...ambik balik anak engko tuuuuu..kekekeke |
|
|
|
|
|
|
|
Tringat aku kesah dulu2 kat asrama.. budak konon2 nak sikat rambut tgk cermin mengadap ke katil, sekali ade budak muka sejibik mcm tuan punya badan dalam cermin tu atas katil tengah tersenyum.. isshhh seram bile pikir balik hehehe |
|
|
|
|
|
|
| |
|