CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: rosemary70

Anak Krok

[Copy link]
Post time 3-4-2013 03:21 PM | Show all posts
bapak aku pernah "bawak" balik anak keruk ni ... ada skali tu masa bapak aku balik rumah nk dekat maghrib, keluar je kete tetibe bau busuuukkk gile...pastuh cari2 kot ada bangkai ke apa keliling porch..tp takde...semua org pakat bergotong royong cari bangkai tu..tak jumpa2 jugak...

skali sok nya masa reversed kete..jatuh dr tayar kete bapak aku mende kecik warna itam mcm gambar di page 1...bapak aku cakap tu la anak keruk..ada orang nk buat jahat kat dia...

tp takde kene kacau apa pun..itu aje..anak keruk..taktau sapa pi letak kat tayar kete bapak aku...or bapak aku terpijak kat mana2 ke..terbawak balik ke rumah..

tp takde kene kacau apa pun..cumanya mmg dr sebelum tu lg rumah aku "kepanasan" dan asyik bergaduh je...


selain daripada anak keruk...ada jugak orang letak mcm tulang binatang bawah tangga rumah aku...pastuh tulang tu separuhnya dah jadik abu mcm dibakar...ni mak aku sendiri jumpa...tp kes settled..diletak oleh sorang mat pit utk menakut-nakutkan mak aku..sebab mat pit tu kantoi curi motor adik aku..tp motor tuh dah selamat disembelih...so mak aku mengadu kat mak die...budak tu kene pukul ngn family die..so dia nk takutkan mak aku kengkonon ade orang berani nk sihir mak aku..die letak tulang binatang bawah tangga...tp kantoi plak sbb ade orang nampak die berkeliaran depan rumah aku tetengah malam yang ni tulang aje..tak berjampi pun..

sekian..
diceritakan oleh akak aku sebab die ada di tempat kejadian Last edited by siputsedut on 3-4-2013 03:26 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2013 03:22 PM | Show all posts
Lobos posted on 18-3-2013 08:26 AM
Cecilia Chung memang ada simpan gumantong(anak kerak). Untuk tujuan apa dia sendiri saja tahu

utk kembali glemer kata gossip2 retis
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 11:20 AM | Show all posts
wahhh seramnya, sama cam artis hongkong yg bela tu ke


Cecilia Chung memang ada simpan gumantong(anak kerak). Untuk tujuan apa dia sendiri saja tahu



gigih aku mencari pasal nih. dpt la jgk info dr umah sebelah

http://mforum.cari.com.my/forum. ... p;extra=&page=1


Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 11:32 AM | Show all posts
  1. Anak kerak part2
  2. بسم الله الرحمن الرحيم
  3. Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  4. اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

  5. Sambungan Artikel sebelum ni...




  6. Apa itu Anak Kerak ?
  7. Anak kerak atau Anak Krok, dikatakan berasal dari janin atau bayi di dalam kandungan yang dibunuh sebelum dilahirkan. Anak kerak yang paling kuat dikatakan berasal daripada mayat bayi yang merupakan anak sulung dan ibu bapanya juga merupakan anak sulung. Bayi tersebut dilahirkan pada hari Selasa dan dibunuh dalam lingkungan umur 6 hingga 7 bulan dalam kandungan. Mereka dikecutkan (salai) oleh bomoh bagi tujuan amalan perubatan dan juga bagi tujuan melakukan kejahatan.

  8. Anak kerak ini perlu dilayan dan dijaga dengan baik. Ini disebabkan ia dikatakan akan memakan tuannya sekiranya terbiar. Oleh itu semua perkakasan seperti buaian, kelambu nyamuk, bantal, tilam, dan hidangan susu perlu disediakan secara berterusan selagi anak kerak ini tidak dibuang.
  9. Anak kerak ni biasa orang gi beli kat tok cha siam atau tokmoh, popularnya kat malaysia area Kelantan dan Kedah. Terdapat beberapa grade (yang power lagi mahal) Tujuanya macam-macam, biasanya digunakan untuk pelaris(sehingga menutup kedai2 orang lain), pengasih, pendinding (kebal,kuat, hebat) dan untuk khianat orang lain. Popular juga orang menggunakan anak kerak ni untuk main nombor ekor, nak cepat kaya. Grade paling rendah di ambil dari janin dan dicampurkan dengan beberapa bahan yang telah di"tapa"kan dan dibentukan kedalam acuan dijadi patung kecil dimasukkan dalam botol yang dipecahkan kepada grade-grade yang lebih kecil supaya semua orang mampu milik(huhuhu). Manakala Grade paling mahal adalah dari janin itu sendiri, ditapakan, dibalut kain kuning.




  10. Orang yang beli anak kerak ni akan diberi syarat perjanjian oleh tok cha antaranya kena beri MAKAN pada anak kerak ni. Kalau tak diberi makan maka akan mengamuk le anak kerak ni pada si pemakainya. Sesungguhnya perbuatan ini adalah haram dan SYIRIK. Pembaca dilarang sama sekali mencuba, membeli atau membelanya sebab esok nak mati susah! benda ni kena DIWARISKAN jadi SAKA. Jangan tersilap langkah.. sekali silap sampai bila-bila anda akan menderita.

  11. Anak kerak yang paling power dan mahal biasanya dimiliki oleh Tok Bomoh. Mereka menggunakan beberapa bodypart janin yang telah ditapakan ini sebagai sihir untuk melihat jarak jauh dan mendengar jarak jauh. Contohnya bila mangsa yang disihir pergi berubat, maka tok bomoh boleh tahu dengan menggunakan bodypart seperti mata janin disihir ke mata simangsa, jadi tok bomoh boleh melihat apa yang mangsa lihat, dan telinga janin juga digunakan untuk mendengar. Lebih kurang mcm "spycam".

  12. Toyol dan Anak Kerak
  13. Dua jenis yang hampir sama tapi tak serupa dan tugasnya berbeza. Toyol tugasnya mencuri duit  manakala Anak Kerak tak buat keje-keje tu. Anak Kerak lebih pada kerja ala-ala James Bond dan berprofile tinggi. Anak kerak susah dikesan kerana kelicikkanya, hanya perawat yang benar-benar mengetahui punca baru anak kerak ini akan muncul. tanpa mengetahui punca maka berulang-ulanglah perawat akan meruqyah pesakit dengan muka blur. Manakala Toyol boleh dikesan dan dihalang dengan mudah dari menggangu si mangsa.

  14. Tanda Diganggu Anak Kerak
  15. Pada yang boleh melihat alam ghaib boleh mengenal pasti Anak Kerak ini, kulitnya kekuningan, kepala botak , mulut air liur meleleh2 dan mata merah.
  16. Diruqyah tidak mendatangkan kesan
  17. Tanda gangguan dalam sedar -  Seperti sihir biasa, susah hendak dikesan ianya dari angkara Anak Kerak. Kadangkala terperasan dihujung mata kelibat paras lutut melintas.
  18. Tanda ketika tidak sedar - kerasukan yang sangat keras dan adakala akan menyebut SUSU, IBU, EMAK bilamana anak kerak itu telah hampir tewas.



  19. wallahualam..

  20. 'Walahaulawala Quwatailla Billahil 'Aliyiladzim'
Copy the Code
cr to : http://muhammad-muallij.blogspot.com/

just for info
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 02:40 PM | Show all posts
Aku biasa nengok kerak nasi jeee..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 03:45 PM | Show all posts
AMDTurion posted on 12-3-2013 03:59 PM
ompa loompa boleh kongsi citer tu kat sini x?

nanti aku minta gambar dari anak buah aku yg dia snap masa kejadian..pastu aku cerita beserta dengan gmbr eh?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2013 01:32 PM | Show all posts
oompa-loompa posted on 4-4-2013 03:45 PM
nanti aku minta gambar dari anak buah aku yg dia snap masa kejadian..pastu aku cerita beserta deng ...

okeh cantik....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.205418 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list