CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10034|Reply: 11

Apa Itu Santau, Bahan-Bahan Yang Digunakan & Kesannya Kepada Kita (sharing)

[Copy link]
Post time 19-2-2013 10:44 AM | Show all posts |Read mode







Racun santau ialah sejenis sihir iaitu racun yang diberi kepada mangsa melalui zahir atau melalui angin iaitu melalui pemujaan syaitan atau jin. Mangsa yang kena santau selalu dibinasakan dengan perlahan-lahan sama ada supaya dia menderita berpanjangan yang berakhir dengan kematian ataupun menemui ajalnya dalam jangka masa tertentu.

Ada tiga jenis bahan utama yang selalu digunakan untuk menyediakan racun santau. Bahan-bahan ini terdiri dari benda-benda gatal (miang), bisa dan pedih.


Bahan-Bahan Yang Digunakan:

  • Bahan Bisa boleh diperoleh daripada bahan untuk membuat racun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, bisa katak puyu, ubur-ubur, bisa getah ipuh, buah kacang hantu, bisa akar-akar kayu dan sebagainya.
  • Bahan Miang/Gatal diantaranya ialah sepertu miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni, ulat bulu yang masih hidup. Mangsa yang terkena santau ini selalunya akan merasa gatal di tekak, manakala badannya terasa bisa.
  • Bahan Pedih (melukakan) yang menyebabkan mangsa merasa pedih apabila terkena santau. Bahan tersebut adalah kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku manusia atau binatang, kelongsong telur ayam, bahan-bahan kotor daripada binatang yang telah mati seperti kulit lipas, lipan dan sebagainya.

Dalam pengalaman penulis mengubati pesakit racun santau, penulis telah bertemu dengan pesakit yang disantau dengan menggunakan bahan-bahan lain seperti bangkai tikus dan juga tuala wanita (sanitary pad) yang telah digunakan.

Santau hikmat atau lebih dikenali sebagai ‘santau angin’ atau ‘santau seru’, santau ini akan dihantar kepada mangsanya dengan menggunakan bantuan syaitan atau jin. Santau angin boleh dihantar ke rumah atau ke tempat kediaman menyebabkan ahli atau sebahagian mereka yang mendiami rumah tersebut terkena santau.

Jenis-Jenis Santau:

Terdapat 2 jenis santau -

1. Santau yang disediakan dan diberi makan kepada mangsa secara hakikat atau zahir. Kesan santau ini semata-mata bergantung kepada kekuatan dan keberkesanan bahan racun santau yang diadunkan. Walau bagaimanapun bahan itu mudah keluar melalui saluran najis seperti proses makanan biasa.

2. Santau yang disediakan daripada bahan dan kaedah tertentu yang menggunakan hikmat. Istilah hikmat di sini bermaksud santau yang dibuat disertai pemujaan syaitan dan jin. Santau jenis ini tidak mudah keluar melalui saluran najis. Ia akan kekal dalam badan selagi tidak dikeluarkan dengan cara tertentu. Mangsa santau walaupun telah diubati tetapi saki baki santau yang tinggal dalam badan akan membiak dan boleh menyebabkan mangsa berkenaan sakit semula.

TANDA-TANDA TERKENA RACUN SANTAU:

Tanda-tanda awal seseorang itu terkena santau ialah rasa perit dan gatal pada tekak yang disertai dengan batuk. Batuk merupakan tanda yang paling lumrah bagi mereka yang terkena santau. Pada peringkat awal batuk disertai dengan pening kepala dan deman pagi dan petang. Batuk ini berlainan seperti batuk biasa. Ia merupakan batuk kering yang memanjang tanpa mengeluarkan kahak. Pesakit akan batuk pada masa-masa tertentu sahaja seperti antara pada pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi.

Pesakit juga akan merasa lesu dan deman, tidak boleh tidur malam, rasa gelisah, dan tidak berupaya berfikirseperti biasa. Kadangkala mangsa akan muntah darah. Darah yang keluar adalah akibat luka atau kerosakan mana-mana organ dalam badan dan akibat terkena bisa santau atau bahan-bahan yang melukakan.

Apabila batuk sampai ketahap serius, pesakit akan muntah darah bercampur dengan nanah. Pesakit kadang-kadang akan berasa seolah-olah ada rasa busuk keluar dari saluran tekaknya. Ini terjadi akibat luka yang telah menanah dari mana-mana organ dalam badan.



Sintom & Kesan Santau:


  • Pesakit akan berasa lenguh sendi terutama di bahagian lutut dan pinggang.
  • Berasa tidak selesa dan sering sakit kepala.
  • Kurang selera makan menyebabkan badan kurus, pucat, letih dan kurang aktif.
  • Kurang daya ingatan.
  • Berubat tabiat asal menjadi pemarah atau panas baran.
  • Sakit di bahagian tengkuk.
  • Kesan lelah atau asthma.

Bahan-bahan racun santau ini akan bergerak sedikit demi sedikit menurut pergerakan darah dan berhenti di sendi-sendi. Kemudian ia akan terus bergerak ke hujung kaki dan tangan. Sekiranya kuku seseorang itu berwarnia hitam kebiru-biruan, ini menandakan pesakit itu sudah sampai ke peringkat yang teruk. Ketika ini pesakit selalu berasa kebas di kaki dan tangan.

Bahan santau yang diperbuat daripada bahan gatal, miang dan bisa itu apabila terkena pada organ-organ tertentu boleh menyebabkan bahagian-bahagian tersebut luka dan berkudis. Kuman-kuman yang ada pada kudis itu akan terus menyerang anggota badan lain sedikit demi sedikit. Kuman-kuman ini mungkin menyerang paru-paru, buah pinggang, dan anggota yang lain. Serangan pada bahagian ini menyebabkan pesakit mendapat sakit sampingan sepertu lelah, sakit buah pinggang, hati (liver) dan sebagainya.

Antara artikel yang berkaitan yang boleh dijadikan rujukan: Ujian Mengesan Jin Dalam Badan.

Doa Pendinding (tonton video di bawah):

  


Dipetik dari: Syifa-alhidayah.com & diubahsuai oleh WanWMA.com








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2013 12:01 PM | Show all posts
mintak dijauhkanlaaa
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 12:21 PM | Show all posts
manosia2 yg melakukan perbuatan terkutok mcm nie mohon diberi pembalasan yg setimpal oleh allah swt.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 12:46 PM | Show all posts
dulu dekat Kampar Perak.

fames tentang santau. dan Manjung.
sampai sekarang terasa seram santau ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 02:26 PM | Show all posts
mohon dilindungi lah dari mende2 cenggini...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejak 4 5 hari ni saya selalu rasa sesak nafas masa nak tidur.kadang2 akan rasa sakit pinggang secara tetiba.selain tu,badan saya selalu naik gatal2 bila saya balik umah masa cuti sem.ade kah ini tandanya saya terkena santau?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2013 09:48 AM | Show all posts
rara90 posted on 19-2-2013 02:36 PM
Sejak 4 5 hari ni saya selalu rasa sesak nafas masa nak tidur.kadang2 akan rasa sakit pinggang secar ...

baik nko jgn mintak n mta dijauhkan
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2013 09:59 AM | Show all posts
rara90 posted on 19-2-2013 02:36 PM
Sejak 4 5 hari ni saya selalu rasa sesak nafas masa nak tidur.kadang2 akan rasa sakit pinggang secar ...

mula2 ko pegi jumpe doc bt medical check up...tengok ada penyakit moden2 tak...kalo tak der ko pegi jumpe ustaz2 suruh scan tengok...baik cpt bertindak sebelum parah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-2-2013 11:41 AM | Show all posts
hopefully bukan santau la...macam mak saya dh 8 tahun menderita...org bg melalui makanan...tak tahu pada mulanya..tapi dalam setahun dua ni kesihatan mak saya teruk tu yg cuba gak bawak berubat...alhamdulillah..skang ni dah takde dah masalah penyakit yg dia alami..cuma org tu mmg berniat nk buat mak saya sakit n mati perlahan2..

kalau terasa susah nk tdo malam, kurang selera makan, sakit2 sendi, (sakit berlarutan) pergi la jumpa doktor dulu...
dalam masa yg sama jgn tinggal solat, bacaan yassin, mohon perlindungan dari ALLAH SWT..dan tak salah berjumpa & dapatkan rawatan secara Islam yang ada...semoga dipermudahkan ALLAH...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2013 11:44 AM | Show all posts
kalau nk bercerita pasal santau ni panjang...macam2...artikel yang saya letakkan di sini sekadar perkongsian..
Sebagai manusia, tak lari dari kesilapan. Kita jaga mulut, perbuatan, pun tetap ada yang dengki dan sakit hati.
Hanya pada ALLAH kita mengadu dan memohon perlindungan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2013 04:08 PM | Show all posts
lagi moden lagi banyak yang berpegang ngn yang karut2 nie....
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2013 04:14 PM | Show all posts
btol dedulu aku pun ingat dah xda zaman moden nie santau, sihir segala bagai..bila dah kene baru tauuuu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 11:19 AM GMT+8 , Processed in 0.049700 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list