Borley Rectory pernah diberi gelaran "rumah paling berhantu di England". Rumah ini dikatakan berhantu oleh Harry Price seorang pemburu hantu pada zaman tersebut. Selama bertahun-tahun beliau menyiasat Rectory, ia beliau menjadi terkenal kerana mengalami sendiri pelbagai aktiviti paranormal di rumah tersebut. Ada buku yang menunjukkan beberapa gambar rumah dan tulisan yang dikatakan muncul di dinding secara tiba-tiba, yg memberi amaran seperti "rest" dan "please get help" kepada wanita bernama Marianne.
Rumah itu dibina pada tahun 1862 oleh Rev Henry Bell untuk menempatkan keluarga besar beliau iaitu isteri dan 14 anak. Rumah tersebut sebuah rumah agam gaya Victoria lama dan dari gambar-gambar yang dapat kita lihat rumah tersebut nampak menarik . Cerita lain disebalik pembinaan rumah Borley Rectory pula, terdapat satu lagi rumah lain di atas tapak tanah yang ingin dibina oleh Rev Henry Bell yang dimiliki oleh seorang paderi, Rev Henry Bell telah merobohkan rumah paderi tersebut untuk memberi ruang untuk rumah baru beliau. Antara perkara lain yang masih menjadi persoalan sama ada bangunan yang dirobohkan adalah sebuah gereja lama. Dan terdapat juga kisah tragis di mana kisah hubungan cinta antara paderi dan rahib berlaku dan di mana kedua-dua mereka akhirnya mati.
Laporan kejadian paranomal telah dilaporkan kurang setahun setelah rumah itu diduduki. Jelmaan rahib berterbangan dapat dilihat di situ. Rev. Bell Sr. meninggal dunia pada tahun 1892 dan anaknya Rev. Harry Bell berpindah ke kediaman di Rectory dengan keluarga dan beberapa adik-beradik beliau. Adik-beradiknya terlihat jelmaan rahib di rumah tersebut.
SehinggaIah pada tahun 1928 apabila Rev. Smith dan keluarganya berpindah ke rumah tersebut, perkara-perkara aneh mula terjadi. Kekerapan kejadian pelik dan aneh berlaku menyebabkan keluarga Smiths menghubungi akhbar tempatan untuk mendapatkan bantuan. Wartawan yang bertugas mengendalikan kes itu menghubungi Harry Price dan Persatuannya untuk Psychical Research tetapi Puan Smith merasakan Harry Price yang bertanggungjawab atas semua kejadian aneh yang berlaku.
Keluarga Smiths berpindah keluar tidak lama selepas itu dan keluarga Foysters pula yang mengambilalih tinggal di situ. Tetapi kejadian yang lebih pelik berlaku di mana tiba-tiba botol dibaling ke dinding dan tulisan-tulisan aneh muncul di dinding yang ditujukan kepada Puan Foyster. Beliau juga diganggu semasa tidur di tengah-tengah malam dan dicampakkan batu.
Akhirnya keluarga Foysters berpindah keluar dari rumah tersebut dan Harry Price menyewa rumah tersebut selama setahun. Beliau tinggal bersama kumpulan paranormal yang menkaji kejadian-kejadian aneh yang berlaku di rumah tersebut. Aktiviti paranormal masih berlaku tetapi tidak sebanyak kejadian yang berlaku semasa keluarga Foysters masih tinggal di situ. Akhirnya, tempoh menyewa Harry Price berakhir dan Rev sekeluarga berpindah masuk pada tahun 1939.
Malangnya, seseorang telah terjatuhkan tanglung semasa mereka mengemaskan rumah dan kejadian ini telah memulakan kebakaran yang memusnahkan rumah tersebut. Sebahagian tapak rumah tersebut masih ada sehinggalah akhirnya rumah itu dirobohkan pada tahun 1944. Harry Price dan beberapa rakan-rakan yang pernah tinggal di sana ada semasa rumah tersebut dirobohkan. Price meninggal dunia pada tahun 1948, kejadian paranormal yang menghantui Borely Rectory telah membuatkan beliau terkenal dalam dunia Paranormal.
Kredit: http://en.wikipedia.org/wiki/Borley_Rectory
|