CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4734|Reply: 4

Peluh Berlebihan?

[Copy link]
Post time 22-3-2013 01:39 PM | Show all posts |Read mode
Persoalan yang mungkin mengganggu ramai orang di seluruh dunia. Rasa rimas bila peluh mengalir bagaikan air paip ketika bersenam sehingga timbul rasa geli bagi sesetengah pengunjung gim yang lain. Peluh berlebihan adalah satu keadaan yang dipanggilhiperhidrosis. Ia adalah disebabkan oleh kelenjar peluh yang terlalu aktif. Biasanya masalah ini memberi kesan kepada kawasan-kawasan tertentu seperti ketiak, tapak tangan, muka dan sebagainya. Ada juga yang berpeluh satu badan. Kebimbangan akibat berpeluh boleh meningkatkan pengeluaran peluh lebih banyak.

Jika anda mempunyai berat badan yang berlebihan, masalah berpeluh mungkin bertambah buruk. Lemak berlebihan menjadikan badan lebih sukar menyingkirkan haba berlebihan. Lemak bertindak sebagai penebat. Senaman yang teratur boleh membantu kelenjar peluh anda menghasilkan peluh yang kurang.




Minum lebih banyak air akan memastikan suhu badan anda rendah dan mengurangkan peluh. Ramai yang amal sebaliknya dengan mengurangkan minum. Suhu badan akan meningkat apabila kemasukan air rendah. Dalam masa sama pakai pakaian longgar yang dibuat daripada poliester dan bukannya kapas. Kapas membuat badan kering dan tidak membenarkan udara melaluinya.


Elakkan pakaian gelap. Pakaian cerah menyerap kurang haba berbanding pakaian gelap. Kurang haba bermaksud kurang peluh dihasilkan. Cuba elak daripada tempat-tempat yang mempunyai aliran udara yang sedikit atau tiada langsung. Mandi akan membantu menyejukkan badan anda. Mandi juga membantu menjaga kulit dengan membersihkan, mengurangkan bau yang dikaitkan dengan peluh. Gunakan sabun antibakteria untuk mencuci badan untuk mengurangkan kuman pada kulit. Bakteria adalah penyebab bau badan yang dikaitkan dengan berpeluh.




Produk antiperspirant atau deodoran mempunyai badan yang mengurangkan keupayaan badan untuk berpeluh. Sesetengah produk adalah kombinasi kedua-duanya dan bekerja dengan baik mengawal jumlah peluh dan membantu menutup aroma peluh.


Elakkan minuman berkafein seperti coca-cola, fat burner yang kebanyakan tinggi kafein, kopi dan sebagainya. Elakkan juga minuman alkohol. Elakkan makanan yang meningkatkan keperluan badan untuk berpeluh seperti kari, makanan pedas, bawang, bawang putih, daging merah dan mana-mana makanan yang mempunyai bau yang kuat. Tingkatkan pengambilan sayuran hijau. Kebanyakan sayuran hijau membantu mengurangkan keinginan badan untuk berpeluh.




Terdapat beberapa petua yang mungkin membantu sesetengah orang, sepeti mengunakanbaking soda dan air. Sapukan baking soda dan air ke tempat berpeluh seperti ketiak dan biarkannya kering. Buat beberapa kali dalam sehari untuk beberapa hari. Ia membantu kebanyakan orang mengurangkan peluh.


Ada kes yang memerlukan rawatan yang dipanggil iontoforesis. Rawatan ini melibatkan penggunaan arus elektrik ke kawasan yang terjejas. Ia mungkin berkesan dan mungkin juga tidak berkesan. Dalam kes yang lebih teruk, pembedahan mungkin boleh dilakukan. Pembedahan boleh dianggap langkah terakhir. Pembedahan mungkin mengeluarkan seluruh kelenjar peluh atau menyekat saraf yang menghantar isyarat dari sistem saraf kepada kelenjar peluh.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2013 10:41 AM | Show all posts
ramai isteri2 diluar sana suka bau peluh suami
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2013 09:47 AM | Show all posts
info yg bagus....
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2013 11:05 AM | Show all posts
suka wanita yg penuh banyak.... seksi actually
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2013 01:37 PM | Show all posts
aku lelaki dan aku kurus... aku mmg cepat nk berpeluh..tp yg penting tidak berbau...sbb mmg aku sntiasa menjaga kebersihan diri..tp maklumla..yg basah bukan  je ketiak..tp satu badan..abis baju aku ni...malu la gak ngn orng2 ramai..tp kadang2 aku rasa bangga..

sebabnya..

kalau banyak peluh tanda SUBUR! kah kah kah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.053088 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list