CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12260|Reply: 10

Tarikan suara lelaki seksi dan macho, pakej lengkap lelaki idaman

[Copy link]
Post time 8-4-2013 10:31 AM | Show all posts |Read mode
          Sara (bukan nama sebenar) cukup teruja untuk bertemu jejaka yang baru  dikenalinya – untuk pertama kali, sekembalinya pemuda itu dari Amerika  Syarikat (AS), awal bulan depan.        Apa sebenarnya tarikan yang dimiliki suara lelaki? Bagaimana pula  hendak menilai faktor X lelaki berdasarkan suara semata-mata? Mengapa  ada gadis bagai dibuai  mimpi tatkala mendengar penyanyi lelaki popular,  Jamal Abdillah melontarkan vokal machonya di corong radio?


Tidak dinafikan, selain paras rupa, suara menjadi antara faktor  dinilai pada pertemuan pertama. Seperti ekspresi yang ditunjukkan  melalui wajah, suara juga menjadi isyarat penting yang menggambarkan  keperibadian dan emosi seseorang.


Jejaka yang berwajah tampan, memiliki susuk tubuh maskulin serta  berketerampilan juga boleh menghadapi kesukaran mendampingi wanita andai  suara tidak sepadan dengan pakej lain yang ‘ditawarkan’. Tidak  hairanlah, bintang bola sepak antarabangsa, David Beckham dikatakan  pernah dikritik gara-gara suaranya yang kecil dan kelakar, tidak seiring  dengan ‘pakej’ fizikal menarik yang dimiliki jaguh sukan ini.


Memetik kenyataan Ahli Antropologi dari Universiti Michigan  State, David Puts, suara adalah perbezaan paling besar antara lelaki  dengan wanita serta mewarnai setiap interaksi manusia dalam kehidupan  harian.

Perbezaan utama antara suara lelaki dan wanita ialah nada iaitu  lelaki bercakap dalam oktaf (octave) yang lebih rendah daripada wanita.  Lelaki dan wanita yang memiliki suara menarik selalunya lebih mudah dan  lebih awal mendapat pasangan. Secara tidak langsung, ia membuktikan  suara memainkan peranan dalam menarik perhatian jantina berlawanan.


Namun, agak sukar untuk menentukan suara yang disifatkan menarik  bagi lelaki. Kebanyakan lelaki dikatakan lebih menyukai suara wanita  yang bernada tinggi. Namun, tidak ada kajian yang dilakukan mengenai  perkara ini.


Malah, lelaki merungut apabila mendengar suara wanita berubah  dari lembut kepada nyaring. Bagi lelaki, ini sangat menjengkelkan.  Kebanyakan lelaki merasakan suara dalam dan mengghairahkan seperti suara  aktres Marilyn Monroe cepat menarik perhatian mereka.


Dalam dunia jejaka pula, individu yang mempunyai suara dalam  lebih mudah memikat wanita. Dari segi fizikal, lelaki yang mempunyai  bidang bahu yang luas dan pinggul yang kecil cenderung memiliki suara  menarik.


Ahli Psikologi dari Kolej Albright, Susan Hughes pula dilaporkan  berkata, suara dibentuk dan ‘diubahsuai’ oleh sesetengah hormon seperti  testosteron. Menurutnya, hormon ini berperanan mempengaruhi dorongan  seksual serta perubahan seks tertentu pada bentuk tubuh badan yang  lazimnya berlaku ketika akil baligh.


Tambah Hughes, kaitan antara suara, perubahan pada tubuh badan  dan tabiat seksual mungkin disebabkan pengaruh hormon yang sama. Ini  dapat menjadi tarikan kepada jantina berlawanan. Suara seseorang tidak  statik sepanjang tempoh kehidupannya. Perubahan pada suara biasanya  dipengaruhi perubahan hormon dan faktor lain seperti tahap keyakinan  yang berubah.


Suara juga dapat memberi pembayang kepada sifat fizikal  seseorang. Satu kajian yang dilakukan terhadap sekumpulan responden pada  tahun 2002 menunjukkan bahawa mereka dapat memadankan 75 peratus suara  seseorang dengan foto pemilik suara yang betul dan pemilik suara ini  dikelaskan sebagai individu yang mempunyai suara yang lebih menarik.


Hanya dengan mendengar suara, bukan saja anggaran ketinggian dan  berat saja boleh diteka, malah status sosio ekonomi, personaliti serta  keadaan mental dan emosional seseorang dapat dikenal pasti.


Merujuk kepada hasil soal selidik yang pernah dikendalikan di  sebuah laman web, suara seseorang boleh dianggap sebagai kunci tarikan  yang menambat hati seseorang.


Sebanyak 73 peratus daripada responden yang menyertai soal  selidik itu mengakui penting untuk pasangan mereka memiliki suara yang  menarik. Bukan itu saja, kebanyakan mereka juga sering membuat penilaian  mengenai seseorang melalui cara mereka mempersembahkan diri serta  melalui intonasi suara mereka.


Justeru, jika seseorang lelaki ingin menarik perhatian wanita,  apa yang penting bukanlah apa yang mereka perkatakan tapi bagaimana  mereka mengucapkannya.


Bercakaplah secara perlahan, secara yakin dengan suara yang lebih  dalam kerana sebahagian besar wanita menganggap suara seperti ini  sebagai menarik dan seksi.


Biarpun tidak dapat mengubah suara asli, pastikan anda sentiasa  bercakap dalam nada yang yakin dan ceria apabila berbicara dengan  seseorang yang anda suka. Suara yang kedengaran dominan, berkeyakinan  dan menarik itulah yang dapat membuatkan anda menjadi lebih seksi!


Cubalah!.


Tip menjadikan suara anda lebih menarik


Anda mungkin sedar, sesetengah individu bercakap dalam nada yang  rendah hingga sukar mendengarnya dengan jelas. Ini disebabkan perasaan  malu dan kurang keyakinan.


Individu ini tidak mahu kehadiran mereka disedari, sebaliknya  lebih senang berselindung daripada pandangan ramai.


Jika anda ingin menarik perhatian wanita, penting bagi anda untuk  bercakap dalam nada yang cukup untuk membuat mereka sedar kehadiran  anda. Seseorang lelaki yang bercakap dengan nada yang sedikit tinggi dan  secara terhormat, mampu menampilkan diri mereka sebagai seorang yang  berkeyakinan.


Anda lebih mudah diberi tumpuan dan didengari oleh wanita jika  anda bercakap kuat sedikit daripada orang lain. Hinggakan pada suatu  tahap, apa yang anda perkatakan tidak begitu penting berbanding kekuatan  suara anda apabila bercakap.


Oleh itu, anda perlu berlatih mulai sekarang. Jadikan bercakap  dengan lebih kuat sedikit daripada biasa. Selain itu, berlatih untuk  melontarkan suara dengan baik melalui bercakap dengan orang yang berada  beberapa meter daripada anda.


Pada mulanya, anda mungkin tidak dapat mengagak sekuat mana suara  yang perlu dilontarkan tapi lama-kelamaan, anda akan berupaya  menentukan sekuat mana suara yang perlu dilontarkan mengikut sesuatu  jarak.


Pernafasan
Untuk bercakap dengan suara yang lebih tinggi, ia memerlukan lebih  udara. Maka, anda perlu belajar bernafas dengan betul. Ada dua kaedah  pernafasan iaitu pernafasan dada dan pernafasan abdomen.


Pernafasan abdomen lebih relaks daripada dada tapi pernafasan ini  memerlukan tumpuan. Anda perlu berlatih dan memulakan amalan bernafas  lebih dalam menggunakan cara pernafasan abdomen.


Untuk bernafas dengan betul, pastikan kedudukan badan anda tegak.  Jika anda membongkok, pernafasan akan menjadi lebih sukar. Apabila anda  bernafas dengan betul, ia akan memudahkan anda untuk meningkatkan  kekuatan suara apabila bercakap sekali gus membuatkan suara anda lebih  menarik.


Selain itu,  ia juga memperbaiki ton dan resonan suara,  menjadikan suara lebih memikat.


10 jejaka bersuara menggoda pilihan XY


1. Jeremy Irons
Usianya hampir 60 tahun namun suaranya dianggap cukup seksi  serta mudah membuatkan wanita ‘cair’ mendengarnya.


2. Remy Ishak
Aduh, apa lagi yang hendak diperkatakan mengenai aktor meningkat  naik ini? Selain paras rupa handsome, Remy memiliki suara jantan yang  pastinya mudah mencairkan hati wanita.


3. Clive Owen
Suara Owen menampakkan ciri kelelakian. Seiring dengan  ketinggian, bahagian atas badannya yang bidang dan penampilannya yang  lasak melengkapkan pakej yang ada.


4. Aqasha
Sudah lama bertapak dalam bidang seni, Aqasha juga memiliki pakej  sempurna. Wajah boyish, segak dan suara memikat menjadi senjata pemuda  ini. Tidak percaya, tonton saja drama lakonannya…


5. Alan Rickman
Suaranya disifatkan amat tersendiri. Jika anda pernah menonton  filem lakonannya, anda dapat melihat ‘kuasa’ tarikan yang ada pada  suaranya walaupun ketika membawa watak jahat.


6. Sohaimi Mior Hassan
Aduh, siapa pernah mendengar lagu-lagu dari albumnya, Epilog  Cinta Dari Bromley yang diterbitkan pada 1980-an? Suara maskulin Sohaimi  membuatkan gadis tidak tidur malam hingga hari ini!


7. Robert Pattinson
Bagai dilanda tsunami, begitulah impak yang dibawa bintang baru  Hollywood, Robert Pattinson. Mata seksi, tubuh memikat dan suara  menggoda, bisa menggetarkan jiwa!


8. Ramli M S
Komposer sifu ini bukan saja memiliki personaliti seorang  gentleman, malah suaranya ketika bercakap mampu membuatkan seluruh dewan  senyap.


9. Matthew Macfayden
Aktor ini memiliki suara yang benar-benar maskulin namun masih  mempunyai nada sensitif dan mesra di dalamnya. Suatu kombinasi yang  jarang ditemui, tapi apabila mendengar jejaka ini berkata-kata, ramai  yang terpegun.


10. Eman Manan
Hampir setiap watak yang dibawanya baik di layar perak mahupun  televisyen, Eman Manan membawa aura kelelakian yang cukup terserlah dan  meyakinkan. Beliaulah  hero filem Malaysia yang pertama!




Komen: Aqasha
“Saya rasa bersyukur jika ada yang menyifatkan bahawa suara saya  ini mempunyai daya tarikan tersendiri. Secara peribadi, saya juga  merasakan suara seseorang lelaki akan lebih menarik jika ia dapat  menggambarkan sifat maskulin yang ada pada diri lelaki.
“Saya rasa bertuah dikurniakan dengan suara ini dan saya  memanfaatkan kelebihan ini dalam kerjaya seni saya. Dalam lakonan, saya  biasanya akan mengubah-ubah nada suara mengikut emosi watak yang  dilakonkan. Suara begini banyak membantu saya untuk memberi impak dalam  lontaran dialog untuk babak romantis ataupun melankolik yang mana saya  tidak perlu bekerja keras untuk membentuk suara seperti itu, cuma perlu  ucapkan secara biasa saja,”


Remy Ishak
“Saya pun tidak pasti seksi atau menarik yang bagaimana yang  dimaksudkan terhadap suara saya. Kalau diambil contoh dalam lakonan,  memang menjadi tanggungjawab sebagai pelakon untuk mempelbagaikan corak  pengucapan dan intonasi suara mengikut watak dan babak.
“Tidak dinafikan, memang ada yang pernah memberitahu saya yang  suara saya kedengaran menarik, terutama bila bercakap di telefon tapi  sebenarnya, bila bercakap dengan saya secara berdepan, saya rasa suara  saya biasa saja,”      

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2013 10:51 AM | Show all posts
zaman aku muda2 dulu, kalau bergayut kat tepon dgn lelaki yg aku x penah jumpa.. suara la cara utk aku tahu dia ni hensem ke tak...

kalau suara dia sedap giler... KONFIRM X HENSEM.....

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2013 08:30 AM | Show all posts
suara lelaki yg garau lebih menarik perhatian dari suara lelaki yg kurang garau....

my personal opinion
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2013 05:52 PM | Show all posts
Jaafar Onn gak laki paling seksi! hahahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2013 10:42 AM | Show all posts


Ladies do you agree???
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2013 11:39 AM | Show all posts
John Travolta
sexy gilerrrrr sora dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2013 05:04 PM | Show all posts
brown_pupil posted on 8-4-2013 02:51 AM
zaman aku muda2 dulu, kalau bergayut kat tepon dgn lelaki yg aku x penah jumpa.. suara la cara utk a ...

hahhahha..setuju sangat..kadang2 sore esem ni tuan badan xesem..lau sore xesem nie,tuan badan mesti esem punya..xcaye try le...nasib le lau ade pun yg suara macho,n tuan badan esem nie..hehehheeh
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2013 12:18 PM | Show all posts
belita posted on 10-4-2013 08:30 AM
suara lelaki yg garau lebih menarik perhatian dari suara lelaki yg kurang garau....

my personal o ...

i suara garau...hehehhehee

tapi pernah jugak org kata suara i sexy....... dan semasa orgasm jugak..kekekekekkeeke

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2013 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
winsonyu posted on 8-11-2013 12:18 PM
i suara garau...hehehhehee

tapi pernah jugak org kata suara i sexy....... dan semasa orgasm jug ...

Hahaha.....yes winson.

U do hv a manly voice! (I think ) Last edited by belita on 8-11-2013 02:49 PM

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2013 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
abgsedapmalam posted on 31-8-2013 10:42 AM
Ladies do you agree???

Vice versa?

Women sleepy voice is the most sexiest voice ever?
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2013 02:48 PM | Show all posts
belita posted on 8-11-2013 02:43 PM
Hahaha.....yes winson.

U do hv a manly voice!

hahahah..thanks you.

wait till u hear my voice during orgasm...kakkakakakkakaka...just kidding.

and yes...womes voice yg baru tidur pun sexy gila

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:28 AM GMT+8 , Processed in 0.082968 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list