CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4898|Reply: 4

Sesuatu Yang Membuat Sidia Terpikat

[Copy link]
Post time 9-4-2013 10:36 AM | Show all posts |Read mode
Bukan sahaja ‘abs’ David Becham dan muka Dafi (AF) je yang boleh  membuat wanita terpikat. Ada juga ciri-ciri yang lain yang membuat sidia  terpikat – dan ia mungkin bukan apa yang anda jangkakan.

Anda mungkin tidak tahu bahawa ada beberapa ciri yang unik terdapat pada  diri anda. Ciri-ciri ini mungkin membawa kesan yang mendalam yang boleh  mendorong wanita terpikat, seperti sejarah, misteri dan sebagainya.  Bila anda menonjolkan keunikan anda itu, ingat! tingkatkan level  keyakinan anda dan maksimumkan kekuatan anda.




Ini adalah 5 perkara yang sidia terpikat dan kenapa.

Parut
Wanita yang anda bertemu janji kali pertama tidak tahu apa rahsia di  sebalik parut yang terdapat pada kulit anda yang lebih kurang menyerupai  kala jengking, tetapi ia membuat sidia teruja. Jika anda sangsi bahawa  parut akan membuat anda menjadi menarik. Anda tunggu dan lihat apa  reaksinya apabila anda menceritakan tentangnya. Parut juga membawa sifat  lelaki maskulin dan misteri, yang sememangnya seksi.


Apa yang membuatkan si wanita teruja pada parut. Mengikut kajian sains,  (news website, Science Daily) saintis di Liverpool dan Sterling  University telah menjumpai bahawa wanita mengaitkatkan parut dengan  kesihatan dan keberanian. Parut bukan sahaja menunjukkan kegagahan yang  menjatuhkan lawan, tetapi kekuatan hidup bersama dengan parut tersebut.  Tapi, jika parut yang ada di kepala anda disebabkan terhantuk semasa  mengintai orang mandi. Baik simpan je untuk diri anda sendiri.


Tanaman di rumah
Sudah tentu sidia mahu anda pandai memelihara, tetapi bagaimana sidia  mengukur tahap kehalusan anda? Yang menariknya, sidia menilai cara anda  melayan benda hidup yang perlu kesabaran. Ia juga amat mengharukan,  apabila seorang lelaki boleh menjaga tanaman yang sihat. Wanita yang  memberi tumpuan, melihat seorang lelaki yang mempunyai sifat memelihara  dengan gambaran yang lebih luas.


Satu kajian di UK dalam mens weekly magazine, poll 1,500 wanita  mengatakan perkara yang membuat mereka tertarik pada lelaki ialah  kebolehan memelihara pada benda hidup. Dengan bersifat hijau, anda juga  berjaya: Pakar mengatakan, dengan hanya 30 minit seminggu ambil berat  tentang tanaman, boleh meningkatkan kesihatan dan prestasi di atas  katil. Itu alasan yang boleh diterima akal kan?


Peluh
Ya, peluh nampak seksi. Tidak percaya pada kami? Tanyakan diri anda ini:  Kenapa teman wanita anda suka menonton perlawanan bola? Sebab dia minat  perlawanan itu atau sedang merenung dan membayangkan sesuatu pada  pemain? Walaupun apa yang dimaksudkan, ia lebih kurang sama dan  membuatkan wanita tertarik bila lelaki berpeluh.


Ini adalah sesuatu bahan kimia yang dijumpai di dalam wangian semulajadi  anda. Kajian di University California di Berkeley telah menjumpai bahan  kimia di dalam peluh lelaki yang dipanggil (androstadienone)  menyebabkan hormone wanita meningkat dan kebangkitan seksual  meluap-luap. Jadi, jika selepas ini anda pergi bertemu janji, biarkan  sidia mengikut anda berjogging. Dengan ini, jantung sidia juga akan  berdegup laju seperti tidak tahan mahukan diri anda. Tetapi jangan pula  anda melupakan ‘antiperspirant’, kerana bau badan anda tidak sesuai  untuk sesetengah aktiviti. Ohh.. fhewww.. uwekkk..


Uban
Dalam pandangan masyarakat membawa ‘massage’ orang muda adalah lebih  menarik. Ia adalah biasa untuk mewarnakan semula rambut putih ke hitam  seperti sebelumnya. Tetapi pada zaman ini, rambut uban bukan lagi untuk  orang tua sahaja, faktor pemakanan telah mengubah segalanya.  Walaubagaimanapun, kerana kajian telah di buat (match.com) 72% wanita  minat pada lelaki yang beruban, kerana alasan mereka, uban nampak ‘hot’.  Memang betul pepatah orang tua, makin tua makin menjadi.  Berhati-hatilah cik puan, revolusi akan melanda.


Cermin mata
Siapa sangka orang bercermin mata nampak ‘chicky’. Berhubung dengan  kajian dari University of Stockholm, wanita lebih tertarik pada lelaki  yang bercermin mata daripada yang tidak. Anda tidak perlu menjadi pakar  saintis untuk mengetahui mengapa – mereka nampak bijak. Dan, jika lelaki  itu bijak, ini bermakna dia lebih pandai memberi ransangan dalam segala  aspek. Tetapi, kebijaksanaan bukan diukur di cermin mata sahaja, tapi  dari cara berfikir dan perbualannya dengan wanita itu sendiri lebih  mempengaruhi sebenarnya.


Tarikan kebijaksanaan ada bersangkutan dengan biologi. Kajian di new  Mexico, 400 orang perang Vietnam telah diberi ujian kecergasan mental  dan akhirnya (diminta keluarkan sperma J). Keputusannya, lelaki yang  telah ‘score’ mata yang tinggi dalam ujian mental itu adalah paling  banyak mengeluarkan sperma yang sihat. hmm.. sekarang anda sudah  mempunyai alasan yang kukuh untuk menukar ‘contact lenses’ kepada cermin  mata. TL

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2013 11:16 AM | Show all posts
aku x suka parut, uban dan peluh.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 03:05 PM | Show all posts
aku suka bau peluh suami aku.aku rasa seksi bauan tu.bila dia balik keje aku suka peluk dia n cium lama2 baju dia.sbb bg aku sedap sgt2.xmasam ok..ni mcm bau lelaki.bau yg boleh menaikkan rasa syg.sbb tu kalo tido pun suka tido bawah ketiak dia.aku suka bau badan laki2.

uban perkara yg aku xsuka.mcm suami aku muka kebudakkan je,so ada uban rasa tua.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 10:04 PM | Show all posts
fire_place posted on 9-4-2013 03:05 PM
aku suka bau peluh suami aku.aku rasa seksi bauan tu.bila dia balik keje aku suka peluk dia n cium l ...

masakalah kau ni... kah kah kah
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2013 07:59 AM | Show all posts
pakwetizzaqyah posted on 11-4-2013 10:04 PM
masakalah kau ni... kah kah kah

knp pulak masalah??dah peluh dia mmg xmasam(mungkin downy serap bau tu kot)..nak wat cmne
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.063679 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list