CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: aerolz

Koleksi Kisah Mistik Aku

[Copy link]
 Author| Post time 14-5-2013 07:41 PM | Show all posts
Pumpkinhead posted on 9-5-2013 02:51 PM
Wow! Chaiyok TT! Teruskan bercerita. Best best.

HEHe.. Thank you sudi baca, Pumpkinhead.

Nanti-nanti saya sambung cerita lain pulak ye. Cerita pendek je banyak. Tapi bile dah karang berjela-jela. Tak reti nak karang. Ntah tak tau orang suka ke tak. Cerita kan aje. Motif? Tak tau, saje je cerita. Hehe.

Pumpkin takde citer ke? Share la jugak kat sini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-5-2013 07:42 PM | Show all posts
autumnlavender posted on 12-5-2013 01:58 PM
Cerita TT semua best-2

Hai autumnlavender.

Thankyou sudi baca. Nanti rajin saya cerita lagi yek. Autumn takde citer ke? Meh share sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2013 05:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun nak cerita..tuan rumah tumpang lalu..kawan aku ni org bota perak, kakak dia duduk rumah arwah mertua, rumah lama, rumah tinggi, tepi rumah dia diorg buat bisness timbang getah sekerap tu, jadi satu rumah mmg agak terasalah bahana bau buku sekerap yg asyemmm...heheheh..belakang rumah pulang kebun durian..adalah dalam 10 pokok mcm tu..mak dia dgn abg ipar kawan aku ni rajin lah malam2 bawak bakul pergi belakang rumah kutip durian kalau sampai musim, selalunya kalau tunggu siang byk yg dah kena tebuk dek binatang lain...

Malam kejadian yg malang tu..family kakak kwn
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2013 05:33 AM From the mobile phone | Show all posts
aku tgh sedap menyuap nasik..yelah makan malam..lupa nk cerita disini, mak kwn aku selalu dtg duduk rumah kakak dia sebab ayh kwn aku dah meninggal, jadi rumah mak dia tempat singgah ajelah memandangkan anak2 semua budi pekerti mulia xnak duduk rumah mak bapak diorg..

Tgh sedap makan tu..abg ipar dia ckp "hah! Tu dgr tu byk tu durian gugur tu..dah bgi seren dan tu" mak kwn aku ni mcm pelik sikit lah sbb durian kt belakang tu byk yang mcm budak2 remaja lagi xkan lah ada yg dah gugurkan..abg iparnya semangat dah..makan je laju2..masa kejadian tu..kawan aku ada sekali baru sampai ptgnya dri kl, tapi xsempat nk tinjau kawasan, dok leka melayan anak buah dia yg nk dok atas riba dia..so habis je makan semua, abg ipar dia capai bakul dan ajak member aku turun.."jom dik, rezeki ko lah ni.." member aku turun bawah..masa lalu kat bawah rumah terbau masam busuk2 sikit..tapi biasalah..xterfikir pun benda yg seram2..berbekalkan lampu picit, kasut getah paras lutut dan topi kontraktor diorg meredah hutan..xdalah jauh sgt..kalau toleh belakang masih nampak rumah lagi..

Panjang eh cerita aku? Aku ni suka cerita detail2 sorry ye..

Suluh2 tak nampak durian pun..dari satu pokok ke satu pokok..xnampak pun kelibat durian..naik fed up lah penat tu dok terbongkok2..sekali bunyik lagi "gedebuk! Gedebuk! " tapi lain sikit bunyinya..xseperti selalu..so suluh belakang..

Rupanya bkn durian tapi mr pocong!!!! Yg abg ipar dia plak memula mc xcuak! Siap boleh suluh mukanya pulak..nak pastikan org ke tidak..yg member aku dah sejuk mcm duduk dalam air laut kutub selatan, masa tu lah baru tahu real rupa sebenarnya hantu pocong..

Kata kwn aku mcm muka dia mcm mumia zaman firaun..tapi mcm ada kulit lagi..bersompek2..dia bkn melompat..tapi dia bergerak kedepan dan hilang dan muncul mcm tu..bunyi lompat hanya intro kehadiran dia..diorg pun pecut lah sekuat hati..ambil menjerit2 ketakutan yg amat sgt dan suruh mak dia bukak pintu..tapi rasa rumah jauhhhh sgt xsampai..dpt je masuk rumah terus tersandar mcm org maraton olimpik..penat kot..

Sambil dok mengucap2 dan baca ayat kursi..terdengar suara mak kawan aku ni berckp.. " mak dah nmpak tadi benda tu..dah jerit suruh balik koorg xdgr..siapa suruh tinggal telefon" bengang je abg ipar kawan aku..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2013 02:49 PM | Show all posts
rafiz28 posted on 15-5-2013 05:33 AM
aku tgh sedap menyuap nasik..yelah makan malam..lupa nk cerita disini, mak kwn aku selalu dtg duduk  ...

woooaaa,, seram la pulok.

memang betul la dalam banyak-banyak hantu si pocong tu paling menakutkan.. Kalau aku mungkin dah pengsan kat situ kot. Tapi pelik jugak kan mak dorang panggil tapi tak dengar. Rezeki dorang la jumpa pocong tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2013 04:07 PM | Show all posts
Hantu Tingkap

Perkara ni masih baru berlaku kat aku dan masih berterusan menganggu aku setiap malam setiap hari.

MEmandangkan rumah family aku dengan kampus tak jauh, setengah jam perjalanan, so, aku memang gedik la nak balik rumah tiap minggu. Apelagi hari jumaat memang tak de kuliah. HEaven la dunia aku semester ni. Sebab aku memang pantang duduk kat kampus tu for the whole week.. Wooo mau pengsan aku. HAhaha.. (MEngade sebenarnya.)

Kejadian ni bermula sejak lebih kurang 2 bulan yang lepas. Malam tu, aku layan baca MPS. Duduk kat tepi tingkap. By the way, ni rumah teres, tingkat 2. Macam biasa, kalau malam aku akan tutup tingkap dan langsir. Tapi malam tu, panas yang amat, malas nak bukak aircon nanti sejuk yang amat pulak, so aku bukak la tingkap luas-luas, and selak sikit langsir bagi angin masuk. Then, aku sambung layan MPS.

Tengah aku syok layan MPS tu, tetiba aku dengar bunyi something dari arah tingkap. Aku toleh, takde ape, kot-kot serangga ke, ape ke kan,, so aku anggap angin kot. (Sebab tingkap tu, ada grill besi bahagian dalam. Tingkap selak pulak kat bahagian luar) dan bunyi yang aku dengar adalah bunyi yang dihasilkan oleh gril besi tu. Aku buat tak tahu.

But then, bunyi lagi, lagi dan lagi. Aku dah cuak giler. Sebab tingkap tu tepi aku je. Aku shut down laptop, terangkan lagi lampu tidor, pastu lompat naik atas katil. Masa naik atas katil tu aku dah tutup muka. Sebab bunyi tu makin lama makin kuat. Then bunyi tu macam bunyi something nak masuk ke dalam. (emmm. bayangkan kucing gemuk try nak masuk melalui gril besi yang berbunga-bunga-so masih ada ruang la dia nak masuk tapi sempit-sehingga menghasilkan bunyi macam ada something bergelut masuk melalui besi tu) faham tak?

Bila bunyi tu makin kuat, aku beranikan diri nak tengok ke arah tingkap yang terbukak tu. Amik kau! Aku nampak kepala berbalut putih pandang ke arah aku. Muka buruk giler, macam pocong... tapi aku musykil kenapa lak pocong nak terapung kat luar tingkap sebab bilik tu tingkat 2. Weeeeiii.. aku pejam mata. Badan kaku nak mampus. Rasa macam ada something pandang aku. macam something dah masuk bilik tu. Takut weeii. Pastu aku tertidor...

(Aku rasa macam dah ceritakan kejadian ni, tapi entah katne.)

Tapi sebenarnya aku nak ceritakan pasal bunyi kat tingkap tu. Sejak hari tu, tiap hari tiap malam aku akan dengar bunyi dari arah tingkap tu. LAgi kalau aku sorang-sorang makin lama makin kuat bunyi nya. Sampai hari ni aku tak berani nak jenguk lagi ke arah tingkap tu. Takut jumpa lagi kepala berbungkus tu. Burok bebenor muka dia. Agak2 bunyik ape ea tu, sampai tiap malam nak ganggu aku? Sebab aku penah sekali tengok, tapi tak de pape pun kat tingkap tu. binatang ke cicak ke harimau ke langsung takde. Bunyi tu waktu malam time aku nak tidor.

Emmm.. malam ni mesti ada lagi bunyik tu. Dah la aku sorang-sorang kat rumah Sanggup tidor depan tv ngan kucing kat bawah. Huhuuu..

Sekiannnn..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-5-2013 04:33 PM | Show all posts
Cameron Highlands.

Ahad lepas aku membuat lawatan mengejut dan spontan ke Cameron Highlands. Ditemani akak aku. Takde plan takde ribut, kami berdua rasa nak naik cameron je. So, gerak dari kl dalam jam 2setengah. Sampai tapah jam 4lebih gitu. Pastu naik tanah rata mesti la jalan berbelit macam ular tu kan. Kalau nak dekat boleh je exit simpang pulai, tapi akak aku hati kering punya manusia, sebab dia lebih suka jalan berbelit daripada jalan lurus. So, drive la naik. Orang lain banyak turun dah. Hanya 2 3 buah keta je naik sama ngan kiteorang.

Best ape.. pegi petang-petang. Redup je. Tapi mulut akak aku ni ada cabul sikit. Sekejap-sekejap, tegur itu, tegur ini. Ada sekali tu dia boleh tegur pokok tualang yang besar kat tepi jalan tu, "Eh tengok! Bawah pokok tu ada busut!" MEmang kena bebel la dengan aku. Kat mana-mana pergi mesti mulut tak de insurans punya la..

Memandangkan kiteorang terpaksa membontoti lori panjang, lambat jugak la. Dan bernanah jugak telinga aku dengar akak aku membebel. NAsib baik akak aku ni kaki potong, lepas potong terus dia pecut. Jadah punya perangai..

Sampai tanah rata dalam jam 5 lebih jugak la..

Sebelum tu singgah jap kat ladang teh. Kan tak lame lepas tu, ada kawasan perkuburan kristian then terus selekoh kan. MAsa ni, aku cakap kat akak aku, Eh, kawasan kubur kristian laaa.. aku pun tak tau kenapa mulut aku lak gatal nak tegur pelik-pelik petang tu. And masa tu la, aku pandang depan, masa sebelum lalu selekoh tu, aku nampak lembaga hitam-susuk tubuh macam seorang lelaki dewasa, menyeberangi jalan tapi laju je and hilang dalam bukit tepi selekoh tu. Mula tu, aku ingatkan orang asli ke ape kan..tapi takde orang pun.. HUhuu.. Terus terdiam.. Taknak dah aku tegur ape-ape lepas tu.

Akak aku tak perasan pun ape aku nampak. Then kiteorang jalan-jalan pusing-pusing. Pastu singgah balik ke ladang teh. Amik gambar jap. Masa tu, jam dah nak masuk 7suku, kat ladang tu, tinggal kami berdua je. Akak aku ajak balik, dia naik atas, aku lak masih ralit amik gambar. Time tu aku dah kat belakang dah, akak aku tinggalkan. MAsa tu la aku dengar bunyi suara orang gelak-gelak tau. Ramai. Perempuan. aku toleh belakang kiri kanan tak de sape-sape. Buat bodo je. Then, suara gelak lagi. Makin lama makin kuat makin ramai.. HAHA. Aku terus lari naik atas. HUUUUU.. Balasan suka jalan time senja.

Turun bawah dalam jam 7setengah. ALhamdulillah ramai jugak yang turun. Sampai la akak aku potong semua orang, tinggal kiteorang je. Nasib baik takde pape jadi. Sebab kiteorang gerak time maghrib. Kering hati betul HAHA.
Just sampai satu tempat tu, kiteorang hampir nak langgar ular hitam kat tengah jalan. HUHUU.. Bila aku toleh cermin sisi, takde dah ular tu.. HAiiisssshhh.. Aku terbayangkan ular tu lompat naik atas kereta masa aku elak dia tadi. (terlebih imagine. hehe.)

Sampai kl jam 10malam. Esoknya aku demam. Tak tau kenapa. Kepala berat semacam. Pastu, akak aku cakap masa balik dari keje, dia masuk kete, ketenya wangi sangat-sangat. Akak aku lak suka. Perfume tambahan katanya. Tapi aku cakap kat dia, adala yang menumpang malam tadi. Suruh la dia keluar. Akak aku cakap dia dah suruh keluar terus hilang bau wangi tu. huhuuu..

Moral of the story, jangan gatal pergi tempat macam tu kalau xda plan. Padan muka aku, demam.

Sekian, cerita yang tak berapa best.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 10:18 PM | Show all posts
aerolz posted on 3-5-2013 03:27 PM
2 in 1: Budak kecik di bus stop & Sesat di lrt.

Kejadian ni baru je berlaku semalam. Hal ni buat  ...

hhaahah pengalaman salah neik..train Lrt...aku pernh buat...

mlm2...lagi..first time neik..LRT sorng2 lgi..aishhh...seramm...

iloss pun rasa da nmpk...perkatan sri petaling kat depan..tp train ttp g ampang...

3 jam...kat train...terok..gilee....akak tgu kat bukit jailil...bila smpi sma mcm uloss kena bebel..hihih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-5-2013 12:37 PM | Show all posts
QziraH posted on 17-5-2013 10:18 PM
hhaahah pengalaman salah neik..train Lrt...aku pernh buat...

mlm2...lagi..first time neik..LRT  ...

Haha. Kann.. Teruk giler kalau dah turun naik lrt macam tu aje. Sakit hati pun ada. Dah la sakit hati turun naik tren, da sampai kena marah pulak. Memang naik darah la dibuat nya. Huhu..

Moral of the story, jangan naik tren malam-malam sorang-sorang lagi dah.. Jalan kaki je.



Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2013 10:03 AM | Show all posts
aerolz posted on 18-5-2013 12:37 PM
Haha. Kann.. Teruk giler kalau dah turun naik lrt macam tu aje. Sakit hati pun ada. Dah la sakit h ...

jalan kaki lagi bahaya................ sesat entah kemana....tup2...x sampai..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2013 02:40 PM | Show all posts
QziraH posted on 19-5-2013 10:03 AM
jalan kaki lagi bahaya................ sesat entah kemana....tup2...x sampai..

Haha. Jalan kaki, ikut je kaki nak pergi mane. Naik public transport terpaksa ikut laluan ditetapkan. HUhuu..

Tapi kalau boleh terbang lagi syiookkk..!!!

Zirah takder citer? Meh sini kongsi.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2013 07:04 PM | Show all posts
aerolz posted on 19-5-2013 02:40 PM
Haha. Jalan kaki, ikut je kaki nak pergi mane. Naik public transport terpaksa ikut laluan ditetapk ...

hahahah....kan...suka gak terbang....

x de ceta lah.....penakut cket...hihihih tiap kali g mana2 msti berteman...smpikn rumah kat kg pun..bila balik....cnpom tdo dgn mama...hihihihihi



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2015 01:24 PM | Show all posts
Salam.

Aku bosan. Kelas cancel. Presentation cancel. Assignment pending. Everything is not so good. So aku bukak Cari.

Lama tak update benang ni. Izinkan daku membersihkan segala habuk dan kotoran hahahha. Ku seru otai otai MPS sekalian. Update lah benang benang kalian supaya ada lah bahan bacaan aku kelak.


Cuma nak cerita yang haritu aku tunggu bus kat bustop.  Tak ramai pun manusia kat situ.  Petang macam tu.  Tapi aku ter'attract' kat sorang mamat ni.  Sebab dia asyik tengok aku. Dia duduk je kat tempat duduk bustop tu.  Tapi aku try avoid any eye contact.  

Yang peliknya muka mamat tu pucat putih. Putih yang memang putihhhhhhhhh mcm takde darah. Macam orang sakit. Muka dia macam sedih je. Tapi cara dia pandang aku macam kosong. Asyik je pandang aku. Aku takut. Aku takut manusia jahat. Hahahaha.

Lepas tu aku naik bus. Dan bus pun jalan. Bosan betul cerita aku sejak aku malas menulis ni.

Cuma nak tanya la. Tu orang ke bukan? Aku tanya sebab dah beberapa kali aku terserempak dengan orang yang muka putih pucat ni. Scary betul. Ke memang orang? Hahahahaha. Mereng dah sebab banyak assignment.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2015 01:30 PM | Show all posts
Ada kes orang gantung bunuh diri kat jambatan Darul Ehsan tu.  Beberapa hari sebelum kes tu aku ada lalu situ. Aku nampak ada orang berdiri atas tu. Malam. Masa balik aku nampak bayang orang tergantung. Macam biasa aku fikir aku berhalusinasi sebab balik lewat malam.


Orang yg aku kenal Masuk mahkamah. Seminggu sebelum kes, aku terbayang-bayang dia akan masuk court. Aiyo. Betul jadi la. Recently aku punya level encounter dengan benda macam ni makin kerap pulak. Dah lama okay. Apesal muncul balik perasaan2 yang tidak best ni.

Tu je. Bosan betul.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 10:04 PM GMT+8 , Processed in 0.100022 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list