CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15226|Reply: 14

Tugas isteri cuma SATU.....apa komen para suami?

[Copy link]
Post time 23-5-2013 09:14 PM | Show all posts |Read mode
kisah buat suami biar reti baser sikit..ingat bini kuli ke hoii

Pak Ngah Adan : "Apasal monyok ni Muin?"

Muin : "Tah le Adan, bini aku tu, maleh beno masak gulai tempoyak feberet aku"

Pak Ngah Adan : "Ate, apasal kau tak masak sendiri je?"

Muin : "Mane le aku tau masak Adan oi, aku ni kan suami, bior la bini aku masak, aku makan je"

Pak Ngah Adan : "Patutnye kau la yang masak"

Muin : "Ish.... kan masak tu tugas isteri?"

Pak Ngah Adan : "Bila masa pulak masak ni jadi tugas isteri?"

Muin : "Laaa, kan dari dahulu kala lagi"

Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya, kita ni dok amal budaya sampai tak ikut ajaran agama"

Muin : "Ajaran agama? lain ke yang Islam ajar?"

Pak Ngah Adan : "Memang la lain, tu pasal kita kena belajar"

Muin : "Sebenarnya ikut Islam macam mana?"

Pak Ngah Adan : "Kalau ikut Mazhab Syafie dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah,
kewajipan isteri satu je, layan suami, yang lain semua kewajipan suami"

Muin : "Hoh, layan suami je?"

Pak Ngah Adan : "Haah, kewajipan yang kena isteri buat layan suami je"

"Yang lain-lain, dalam urusan rumahtangga semua urusan suami. Macam sediakan rumah, kemas rumah, basuh pakaian, basuh pinggan mangkuk, jaga anak, sampai susukan anak pun kewajipan suami"

Muin : "Susukan anak pun suami kena buat? biar betul"

Pak Ngah Adan : "Kalau isteri tak mau susukan anak, suami tak boleh paksa, dia kena cari ibu susuan atau cari la susu kambing ke, lembu ke."

"Tapi Islam ni indah, Allah tak wajibkan, tapi Allah anugerahkan kasih sayang kepada ibu untuk dia susukan anak tu."

Muin : "Oooooo, apa lagi kewajipan suami?"

Pak Ngah Adan : "Suami wajib bagi makan kepada isteri. Minimum 1 mud atau satu cupak Baghdad lebih kurang tadahan 2 tapak tangan makanan ruji kepada isteri setiap hari. lauk pauk tu tak wajib dah. Wajib sediakan tempat tinggal. Wajib berikan sepasang pakaian setahun"

"Kalau isteri malas nak suap makanan, maka wajib suami suapkan makanan tu ke mulut isterinya"

"Tapi kalau suami nak bagi lebih tak jadi masalah. Takkan nak bagi makan nasi tak berlauk pulak kan?"

"Suami tak wajib bagi duit kat isteri dia, tapi boleh ganti duit kalau isteri tu rela dan nak uruskan sendiri, macam gantikan makanan dengan duit, isteri makan sendiri la. Duit isteri adalah hak isteri sepenuhnya, dia boleh buat apa sahaja dengan duit tu tanpa minta izin suami. Tapi baiknya bagi tau la kalau benda tu besar macam nak beli kereta tu"

Muin : "Kalau isteri tak tuntut hak dia?"

Pak Ngah Adan : "Itu kebaikan dalam berkasih sayang dan berumah tangga. Kalau isteri rasa cukup sekadar apa yang suami bagi tanpa tuntut apa-apa, itu baik. Sama macam suami bagi lebih dari kewajipan dia, itu baik"

"Kalau isteri redha melakukan kewajipan suami, itu sangat baik. Macam isteri redha memasak, mengemas rumah, basuh pakaian, jaga anak, susukan anak. Itu akan meringankan suaminya dan akan mendatangkan keredhaan suami dan Allah kepada si isteri. Tapi kalau isteri tak mau buat, suami tak boleh paksa. Malahan berdosa suami memaksa isteri melakukan yang asalnya adalah kewajipan suami itu sendiri"

"Tapi tolak ansur dalam rumahtangga itulah yang sebenarnya pengikat cukup kuat dalam rumahtangga, yang mendatangkan keharmonian dan rahmat Allah"

Muin : "Ooooo, baru aku tau"

Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya orang kita ni, belajar tak berapa mau, akibatnya hak dan tanggungjawab sendiri pun tak tau. Suami sibuk nak tambah bini, sebab tak tau betapa beratnya kewajipan suami. Kalau semua benda bini nak buat, memang best la kawin ramai. Isteri pulak dalam tak sedar ditindas secara rela. Bila badan letih mulut pun mula la membebel. Kadangkala pi marah suami pulak. Tak pasal-pasal hilang pahala dan dapat dosa"

"Ingat Muin, ramai perempuan masuk neraka disebabkan mulut mereka. Sebahagiannya sebab berleter sebab letih. Letih pulak sebab buat kewajipan suami yang dia rasa itu kewajipan isteri. Naya betul....."

Wallahualam

Last edited by tssy on 23-5-2013 09:17 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2013 09:24 PM | Show all posts
poyo la pak ngah adan...lu bini lu mana?? ntah2 dah bercerai sbb lu hari2mau...

tak yah pakai jual Islam suruh dan ajar la..kebanyakannya yg pak ngah cerita tu semuanya feqah2 suami isteri... tk de dosa pun kalau isteri tu handle kerja2 rumah asalkan sama laki bini balance betanggungjawab...agak2 imam shafii ada masa ke nk berfeqah2 ni sme kalau dia kene menten isteri dia..kite pun tk tau imam shafii tu ngn bini dia mcmana... Rasulullah pun tk penah kata haram isteri buat kerja2 rumah...yang pak ngah adan lak sibuk..nk tunjuk alim depan pompuan yg baca ni konon2..projeksyennye konon dapat la bebini muda untuk memuaskan apa yg tak puas...boleh blah la pak ngah adan...

buat moin..kalau bini lu tk nk masak..senang je..lu ugut carik bini lagi sorang...apa susah...takkan atas katil je jantan...turun katil lembik takot bini... hahahahahahhaa

kesimpulannya: apa yang Rasulullah buat melayan isteri2nya sebagai suami tidak dinafikan wajar dicontohi..tetapi beragak-agak la....bukankah objektif perkahwinan itu merupakan institusi kekeluargaan...samalah jikalau si isteri mengadu semua benda dia kena buat..bayangkan kalau lelaki pun semua benda dia kena buat...pada konteks maslahah masa kini..adakah institusi kekluargaan suami isteri akan bahagia dan berjaya... mak ayah korang pun dah lama ikut budaya melayu..bahagia je sampai korang sme boleh menikmati hidup yang aman di bawah tampuk pemerintahan kerajaan Barisan Nasional..jadi...bersyukurlah..

Salam 1 Malaysia...

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

hahahahahahahahahahahahahahahahah
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2013 07:24 AM | Show all posts
memang tak wajib masak, tapi bile suami suruh masak, jadi wajib dan dengan syarat suami sediakan semua bahan untuk memasak.

Suami bile suruh, menjadi kewajipan untuk isteri ikut dan patuhi selagi tak melanggar syarak.

Yang penting tolak ansur dan kerjasama.

Comments

setuju  Post time 25-5-2013 12:06 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2013 07:24 PM | Show all posts
Ajaran Sesat mana dia gi blaja ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2013 07:02 AM | Show all posts
Tq @trunks

Lumayannnnnnn.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2013 08:21 AM | Show all posts
butthurt sudahhhh.....



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2013 09:47 AM | Show all posts
bg carly senang jer.... melayan suami adalah tanggungjawab isteri... memasak pun kira memberi layanan gak kat dia... sbgai contoh... suami seorang buruh kasar dan isteri seorang suri rumah tangga... apabila balik rumah, tiada makanan untuk dimakan kerana itu adalah tugas suami... agak2 lah... berapa lama suami tu boleh tahan? sehari? 2 hari? atau x sampai seminggu bini tu kena cerai? just ikut keadaan... kalu ada ketika wajib isteri masak bg suami... dan ada ketika wajib pulak suami masak bg isteri... give and take gitu.. dh nama pun perkongsian hidup... dan lagi afdal kalu sama2 tolong menolong.. lagi erat perhubungan tersebut... si isteri kurang berleter, si suami senang hati...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 01:30 PM | Show all posts
hal rumah tangga ni sebelum tak boleh terus jatuhkan hukuam hakam pasal hidup rumahtangga tu sndiri penuh dgn toleransi dan kasih syg. yg aku penah dengar ceramah ustaz haron din, dia kata memang mmasak tu tak wajib utk isteri, tapi kalau suami dah beli bahan basah, wajib untuk isteri masak pasal bahan-bahannya dah ada. kalau suami tak beli, isteri tak wajib untuk masakkan atau belikan. kalau dalam keadaan lain, bahan basah ada, tapi suami sampai rumah dulu sebelum isteri maka suami yg wajib memasak pasal dia sampai dulu kat rumah, bukan isteri. tapi aku rasa majoriti lelaki, memang tak pandai memasak jadi paling2 tetap tunggu isteri balik masak.

bagi aku, aku tak kiisah memasak pasal aku tau laki aku tak minat masak dan dia masak memang tak sedap. tapi dia rajin tolong jaga anak masa aku memasak. so aku rasa Ok dah sangat tu, daripada anak aku 'tolong' aku masak skali, memang tak jadi apa la kan.

rumah tangga ni semua berkenaan tolak ansur. mana yg suami tak pandai, isteri cover. mana yg isteri tak pandai, suami cover. kan lengkap melengkapi. aku rasa, kalau betul la smorang amalkan cara yg tugas isteri hanya 1 dan lelaki kena buat 1001 tugas yg lain, aku rasa, lelaki boleh stress dan jadi pembebel gak juga akhir nanti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2013 11:22 AM | Show all posts
fahaman pak ngah ni dah mula di tabur sana sini hingga si isteri2 pun dah mula pikir 2-3 kali sblm nak masuk dapor memasak, membasuh, susu anak, kemas rumah bagai sbb katanya semua tu keja suami.

cemana nak layan suami kalu x masak makan minum, jaga pakaian suami, kemas umah?

so layanan suami hanya bila dia blk umah kangkang atas katil je? suami kuar isteri leh kangkang atas sofa tgk TV pagi ptg?????
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2013 02:31 PM | Show all posts
cam ramai yg tak setuju.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2013 09:34 PM | Show all posts
semua kerja2 yg diwartakan diatas, bleh bagi kat maid. kalau kpi bagus, maid bleh naik pangkat jadi bini. bini bleh turun pangkat jadi maid (utk mengelakkan saman nafkah)
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2013 02:58 PM | Show all posts
bagi mama la...mama suka masak kat suami, jamu dia dgn ayaq tangan sendiri, dan sampai stokin dia pun mama pakaikan...
suami mama ni satu la, insyaallah sampai ke liang lahad...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2013 03:34 PM | Show all posts
mamaezah posted on 11-6-2013 02:58 PM
bagi mama la...mama suka masak kat suami, jamu dia dgn ayaq tangan sendiri, dan sampai stokin dia pu ...

yes @mamaezah

org lelaki aka suami mmg sangat2 suka dimanjakan oleh isteri mereka
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2013 03:37 PM | Show all posts
tssy posted on 11-6-2013 03:34 PM
yes @mamaezah

org lelaki aka suami mmg sangat2 suka dimanjakan oleh isteri mereka

yes....termasuk saya... saya suka dimanjakan...

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2013 01:27 PM | Show all posts
sorry wa rasa ada sikit salah tuh.

mmg kewajipan suami sediakan tempat tinggal, makanan, pakaian dan nafkah. tapi takde la sampai makan pun kena suap. dey...jgn jual nama islam boleh tak? makan bersuap tuh bini yg kena suap suami...

ciri2 diatas tuh dah jatuh level queen control...isteri tak hormat suami...

isteri malas susukan anak.?... bengkak beb...boleh kena kanser...yg betul adalah suami kena carikan susu bila isteri dah kering susu.

melayan suami nih besar makna dia...jgn kecikkan skop atas katil jek. memasak utk suami, menenangkan suami dirumah dgn membersihkan rumah juga bermaksud melayan suami( bayangkan suami balik2 outstation seminggu rumah mcm tongkang pecah - alasan tunggu suami kemaskan - tak bangang alasan tuh), berhias utk suami, mengemas katil, baju2 suami juga maksud melayan suami.

bila isteri masak...suami wajib jamah. kecuali ada benda2 yg merbahaya - sihir ka, racun ka...

kalau setakat kangkang je skop melayan suami...adalah lebih baik main perempuan je mcm kat barat tuh.

kat tanah arab pun isteri yg masak...tuangkan air...kemas rumah...adakah pak syeikh2 tanah arab tak ikut islam?

karangan diatas tuh wa rasa dikarang oleh bini yg takut suami dia kahwin lain.suami dah bg alasan nak tambah cawangan sebab bini pemalas dan tak dapat layanan. dan karangan diatas menjatuhkan maruah wanita sebagai alat sex sahaja.

NAbi dulu pun bila balik berdakwah atau berdagang, baginda disambut oleh isteri baginda, disediakan minuman, makanan utk baginda...

kahwin nih besar tanggungjawap dia ( dua2 pihak). bukan kangkang sahaja...adalah lebih baik buat sketsa muin nih termenung nak kahwin dan pak ngah adan nasihat persediaan kahwin dan selepas kahwin cara islam...persediaan tempat tinggal, kewangan, tanggungjawap suami isteri, pantang larang dlm rumah tangga,cara memahami psikologi suami dan isteri, persediaan mendapat anak, tanggungjawap pada anak. masing2 kena tahu tanggungjawap... kena ada give and take.

Comments

Good comment. I loikee...!  Post time 18-6-2013 04:20 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.257007 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list