CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6208|Reply: 11

Lelaki Ego! Bagaimana Cara Untuk Menjinakkan Mereka Ini?

[Copy link]
Post time 4-7-2013 11:58 AM | Show all posts |Read mode


Lelaki ego? Setiap lelaki pasti mempunyai ego masing-masing tetapi apa yang membezakannya adalah tahap keegoan mereka. Ada yang tidak ego langsung sehinggakan merayu-rayu kepada anda pabila anda mahu meninggalkannya. Manakala ada lelaki yang terlalu ego sehingga tidak pernah mengucapkan sayang kepada anda. Kadang-kadang berhadapan dengan lelaki ego sangat menyusahkan malah merumitkan. Tapi, kalau sudah sayang, nak buat macam manakan. Berikut merupakan cara untuk anda menjinakkan lelaki yang tinggi egonya.

Buat Si Dia Cemburu

Lelaki yang mempunyai ego yang tinggi mempunyai masalah untuk menyatakan yang dia sukakan anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah buat si dia rasa cemburu sehingga membuatkannya meluahkan perasaannya kepada anda. Contohnya, anda boleh merancang dengan kawan lelaki anda untuk menunjukkan minat kepada anda di laman sosial dan pastikan si dia boleh membacanya. Oleh kerana rasa bimbang anda akan jatuh ke tangan lelaki lain, si dia pasti akan meluahkan perasaannya kepada anda.

Cabar Pasangan

Bukankah lebih baik sekiranya si dia menunjukkan rasa sayang daripada mengucapkannya? Tidak mengapa jika si dia tidak gemar mengucapkan perkataan I Love You kepada anda jika si dia kerap bertanya khabar dan sanggup mengambil anda pulang dari kerja pada waktu malam kerana risau akan keselamatan anda. Cabar si dia untuk menunjukkan rasa sayang sekiranya susah untuknya mengucapkannya.

Berterus-terang

Sekiranya si dia sering bercakap besar dan menunjuk-nunjuk kehebatannya, anda harus berterus-terang dengannya. Tidak perlu menggunakan ayat berlapis kerana minda lelaki lambat untuk memproses kata kiasan. Beritahu dengannya yang anda tidak suka caranya yang suka berlagak dengan apa yang dimilikinya dan sekiranya dia masih tidak berubah, anda boleh cuba membandingkannya dengan lelaki yang lebih hebat daripadanya.

Kenal Pasti Kelemahannya

Kebanyakan lelaki yang berego tinggi mempunyai keyakinan yang melampaui batas. Mereka merasakan yang merekalah lelaki yang paling sempurna atau lebih mudah sekiranya kami klasifikasikan mereka sebagai ‘perasan bagus’. Apa yang anda perlu lakukan adalah cari kelemahan mereka dan gunakannya untuk menewaskan ego mereka.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2013 12:09 PM | Show all posts
Tidak perlu menggunakan ayat berlapis kerana minda lelaki lambat untuk memproses kata kiasan


ye ke...setahu aku minda perempuan lagi lambat menafsir kata kiasan ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2013 12:12 PM | Show all posts
Tottot89 posted on 4-7-2013 12:09 PM
ye ke...setahu aku minda perempuan lagi lambat menafsir kata kiasan ni

wanita lagi educated dr lelaki
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2013 01:35 PM | Show all posts
penulis artikel ni mesti perempuan yg bajet dia faham pasal lelaki

p/s Lelaki yang mempunyai ego yang tinggi mempunyai masalah untuk menyatakan yang dia sukakan anda - sy ada baca kalau anda (lelaki) beritahu dia (perempuan) secara direct, kemungkinan anda untuk di'friendzone' adalah sangat tinggi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2013 02:33 PM | Show all posts
berun posted on 4-7-2013 12:12 PM
wanita lagi educated dr lelaki

yer  yer  aku  sokom   
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2013 03:43 PM | Show all posts
mana2 awek yg syok kat aku..tolonglah berterus terang..jngn la bg aku jelez... hahahahha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2013 06:28 PM | Show all posts
lebih educated dari segi ape tu?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2013 06:30 PM | Show all posts
sebelum nak buat si dia cemburu, ni aku nak pesan kat kaum perempuan ni, sile pastikan yang si dia tu memang syok kat anda dulu. jgn syok sendiri dah la ye si perempuan oi...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2013 08:01 PM | Show all posts
edee_91 posted on 6-7-2013 06:30 PM
sebelum nak buat si dia cemburu, ni aku nak pesan kat kaum perempuan ni, sile pastikan yang si dia t ...

x pasal2 kena gelak nnti...syok sendiri...SS..
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 01:45 AM | Show all posts
antara ego dengan emo, aku lagi benci emo
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang lece laki ego ni. Nak ke tak tp duk cari gak..dh blah blah je lah..pastu hegeh2 cari blik igt kita ni topup kedit ke. Laki ego ni senang je..cari key point weakness ego kt mana..pastu senang je tk yah pakai tali..tkle gi jauh cukup masa dia blik la. Tkyah kontrol2 buang masa je.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 12:10 PM | Show all posts
"bro! time kasih le bebanyak sbb take over dak ni. time dia meroyan, ko bcareful je laa.." - salam sambil cium tangan boy baru ex scandal!!!..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.819641 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list