|
Syiah: Dari siapakah mereka mengambil mazhab mereka?
[Copy link]
|
|
8. Al Karbiyah
Al Karbiyah pada mulanya adalah serpihan dari firkah Sy ah Al- Kisaniyah yang berpendapat bahawa Imamah adalah hak Muhammad bin Hanafiyah. Firkah ini diketuai oleh Abu Karb Adh-Dharir dan mempunyai pendapat yang melampaui batas (ghulat) sehingga terkeluar dari Islam.
Firkah Al-Karbiyah bukan setakat berpendapat Imamah adalah hak Muhammad bin Hanafiyah sahaja, bahkan mereka berkeyakinan bahawa sang Imam masih hidup, tidak mati. Menurut mereka, Muhammad bin Hanafiyah hidup dengan tenang di gunung Radhwa yang di dekatnya ada dua buah telaga, yang satu telaga madu dan yang lain berisi air. Dari kedua-dua telaga itulah beliau mendapatkan rezekinya, makan, mandi dan bersuci sepanjang hayat. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
9. Mukhtariyah
Mukhtariyah adalah pecahan dari firkah Kisaniyah yang diketuai oleh Mukhtar bin Ubaid Ath- Thaqafi. Dialah yang dikatakan mula-mula mempromosikan Imamah adalah hak Mumammad bin Hanafiyah demi untuk membalas jendam atas kematiah Husain dan tujuan politik.
Mukhtar sendiri dicatat oleh ahli sejarah sebagai seorang yang mempunyai pendirian aneh, bertualang dari satu kelompok ke kelompok lain.
Pada mulanya dia bergabung di dalam golongan Khawarij, kemudian bergabung pula dengan golongan Zubairiyah, iaitu kelompok yang mendukung Khalifah Abdullah bin Zubair bin Awwam. Setelah keluar dari kelompok Zubairiyah, Mukhtar bergabung dan menjadi penggerak utama kelompok Syiah Kisaniyah, dan akhirnya membentuk pula kelompok Mukhtariyah yang sangat menyesatkan dan mengaku pula sebagai seorang Nabi.
Di dalam senarai Nabi-Nabi palsu, Mukhtar tercatat pula sebagai salah seorang daripadanya.
wallahua'lam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
10. Muhammadiyah
Muhammadiyah ditimbulkan oleh mereka yang mendakwa bahawa Imamah itu adalah hak Muhammad bin Abdullah bin Hasan bin Hasan bin Ali bin Abi Thalib. Kepada Muhammad salah seorang keturunan All bin Abi Thalib itulah firkah ini dinisbatkan.
Beliau bergelar An- Nafsus Zakiyah (jiwa yang suci) dan lebih dikenal dengan nama Muhammad An-Nafsus Zakiyyah. Dengan dukungan dari orang ramai yang menokohkannya, Muhammad An-Nafsus Zakiyah pun mengumumkan dirinya sebagai Khalifah yang wilayahnya meliputi Hijaz dan mendapat dukungan pula dari saudaranya Ibrahim bin Abdullah yang menjadi gabenor wilayah Basrah.
Sementara seorang lagi saudaranya yang bemama Idris bin Abdullah menjadi penguasa di wilayah Maghribi. Konon Abu Jaafar Al-Mansur ikut juga berbaiat. Kerana ia terjadi sebelum terbentuknya DaulatAbbasiyah yang diterajui oleh Abul Abbas Assaffah dan Abu Jaafar Al-Mansur sendiri.
Para penyokong Muhammad An-Nafsuz Zakiyah mendakwa bahawa dia adalah Imam Mahdi kerana namanya sama dengan nama Nabi Muhammad, yakni Muhammad bin Abdullah.
wallahua'lam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
11. Al-Mughiriyyah
Al-Mughiriyyah adalah serpihan dari firkah Muhammadiyah. Nama firkah ini dinisbatkan kepada nama ketuanya iaitu Al-Mughirah bin Said Al-Ijli seorang penyokong kuat Muhammad bin Abdullah dan yang paling kuat mempromosikan bahawa cucu kepada Hasan bin Ali bin Abi Thalib itu sebagai Imam Mahdi yang ditunggu2 kedatangannya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
12. Ismailiyyah
Golongan ini dinisbatkan kepada Ismail bin Jaafar Shadiq, kerana para pengikut fIrkah ini mendakwa bahawa Imamah setelah Imam Jaafar Shadiqjatuh kepada anaknya yang bernama Ismail bin J aafar. Ada dua kelompok dalam Ismailiyyah dalam menentukan Imam.
Kelompok pertama, mendakwa Imam setelah Jaafar Shadiq jatuh kepada cucunya yang bemama Muhammad bin Ismail bin Jaafar Shadiq. Ini kerana Ismail bin Jaafar telah wafat sewaktu ayahnya Jaafar Shadiq masih hidup lagi.
Kelompok kedua, mendakwa bahawa Imamah tetap jatuh kepada Ismail dan mendakwa bahawa beliau tidak wafat ketika ayahnya masih hidup. Sebaliknya hanya menyembunyikan diri dari pandangan orang ramai, dan ada yang mengatakan bahawa beliau ada di kota Bashrah menyembuhkan orang sakit lumpuh dengan izin Allah. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
13.Qaramitah
Qaramitah adalah bahagian dari pada kelompok Syiah Ismailiyyah yang lahir pada tahun 278 H/892M dibawah pimpinan Hamdan Qirmit. Nama Qirmit diambil dari nama sebuah kampung keeil bemama Qarmat yang terletak di tepi sungai Tigris dalam wilayah Wasit, yakni wilayah yang terletak di sebelah utara wilayah Basrah.
Mungkin Hamdan dilahirkan atau dibesarkan dikampung tersebut. Kepada nama Qirmit itulah nama kelompok ini dinisbatkan yakni Qaramitah. Menurut kamus, Qaramitah adalah jamak dari perkataan Qarmat, dan yang dimaksudkan ialah "para pengikut orang Qarmat". |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
14. Fatimiyah
Fatimiyah adalah serpihan daripada kelompok Syiah Ismailiyyah yang diasaskan oleh Abdullah Al-Mahdi. Kelompok ini telah berhasil mendirikan kerajaan yang dipanggil Daulat Fatimiyah di Mesir dan berkuasa selama lebih kurang dua ratus empat puluh tahun. Nama Daulat Fatimiyah, dinisbatkan kepada Fatimah binti Muhammad, kerana Abdullah Al-Mahdi mendakwa bahawa dia keturunan Fatimah, isteri kepada Ali bin Abi Thalib itu. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
15. Bayaniyah
Bayaniyah adalah para pengikut Bayan bin Sam' an At-Tamimi. Mereka mendakwa bahawa imamah itu berpindah dari Muhammad bin Hanafiyah kepada anaknya yang bemama Abu Hasyim bin Abdullah bin Muhammad, kemudian dati Abu Hasyim berpindah kepada Bayan bin Sam' an melalui wasiat langsung.
Para pengikut kelompok ini berbeza pendapat tentang Bayan bin Sam'an. Sebahagian mereka mendakwa bahawa Bayan seorang Nabi, dan dia telah memansuhkan sebahagian dati Syariat Nabi Muhammad SAW. Sebahagian lagi mendakwa bahawa Bayan itu tuhan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Salam selawat Keatas nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...
Wahai saudari fleurzsa sungguh bagus informasi yang anda berikan....dengan itu saya telah mendapati informasi yang sebelum ini saya tidak pernah baca...sangat menarik...mudah-mudahan allah sentiasa merahmati kamu dan membimbing kamu ke jalan yang diredhai....
Seperti kata bill sebelum ini...sebernarnya mereka ini tidak diterima sendiri oleh syi'ah kerana mereka kebanyakkan tidaklah beriman atas dasar pokok yang sebenar...
Bagi saudari jika mahu tahu akan sejarah bila munculnya pecahan ini saya sarankan saudari mebaca buku Syi'ah Ali Dan Mazhab-Mazhabnya tulisan Dr. Abu Bakar Acheh...buku ini sangat menarik...
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shaikh at 30-7-2006 04:25 PM
Salam selawat Keatas nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...
Wahai saudari fleurzsa sungguh bagus informasi yang anda berikan....dengan itu saya telah mendapati informasi yang sebelum ini saya tidak p ...
Sebahagian besar kelompok2 tersebut tidak wujud lagi. Namun terdpt saki baki kepercayaan dan amalan yg masih wujud di kalangan org2 Islam yg kurang faham mengenai masalah ini.
Harapan kita dgn mengenali serba sedikit firkah2 tersebut, umat Islam dpt mengelakkan diri dr saki baki ajaran mereka yg boleh merosakkan akidah.
InsyaAllah |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fleurzsa at 30-7-2006 05:26 PM
Sebahagian besar kelompok2 tersebut tidak wujud lagi. Namun terdpt saki baki kepercayaan dan amalan yg masih wujud di kalangan org2 Islam yg kurang faham mengenai masalah ini.
Harapan kita ...
Syiah ni kan diharamkan oleh Majlis Fatwa? Buat apa nak dipertikaikan lagi?
[ Last edited by antiQue at 10-8-2006 01:20 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Selawat Keatas nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...
Setiap insan itu secara fitrah mempunyai sifat ingin tahu akan sesuatu....maka adakah saudara tidak mahu mengetahui mengapa ia diharamkan sedangkan dinegara lain hattah dinegara jiran tidak diharamkan....kenapa malaysia sahaja diharamkan....ataupun mungkin saudara bukan manusia.....kerana tiada fitrah ingin tahu....TAPI SAYA YAKIN SAUDARA ADALAH MANUSIA YANG MEMPUNYAI FITRAH INI DAN PASTINYA SAUDARA INGIN TAHU AKAN HAL INI.....maka kajilah....
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
| |
|