CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37009|Reply: 1

RAHSIA NAFSU PEREMPUAN

[Copy link]
Post time 16-10-2013 06:11 PM | Show all posts |Read mode

~ Ilmu Meluruskan Tulang Rusuk Yang Bengkok ~



Bagaimana anda lelaki, sebagai suami seharusnya mengendalikan nafsu isteri anda dengan baik sebagai usaha untuk membina rumahtangga yang bahagia dan kekal ke akhir hayat??

Kita juga perlu tahu bagaimana seharusnya lelaki berfikir, merasa dan bertindak berkaitan dengan nafsu perempuan sekiranya mereka ini belum lagi merupakan pasangan yang sah di segi agama dan undang-undang.

Sebagai seorang suami, para Muslimin perlu menangani emosi atau kehendak isteri anda dengan baik dan dengan cara yang bijaksana.

Perempuan yang menjadi isteri anda itu mempunyai nisbah emosi yang lebih tinggi dari anda.

Seorang perempuan akan lebih cenderung untuk menggunakan emosinya dalam berbagai situasi dalam kehidupannya, sama ada dia masih kanak-kanak, anak dara atau sudahpun bersuami ataupun sudah tua.

Emosi, keperluan atau kehendak ini secara umumnya adalah normal dan baik.

Tidak wajar untuk kita katakan bahawa emosi itu jahat dan akal itu baik.

Kedua-duanya ada kelebihannya yang tersendiri.

Sebenarnya emosi yang digunakan oleh perempuan dalam kehidupannya sehari-hari mempunyai kelebihan-kelebihannya yang tersendiri.

Secara umum ianya adalah baik, kerana dengan inilah seorang isteri mampu mencurahkan kasih sayang dan mendidik anak-anak mereka menjadi insan yang berjaya lagi berguna.

Hakikatnya ialah perempuan itu dijadikan mempunyai dorongan emosi yang lebih kuat dan keperluan yang lebih tinggi kepada banyak perkara.

Kerana itu juga lelaki sebagai suami harus memainkan peranannya membentuk dan memandu emosi perempuan agar melakukan segala perkara yang baik-baik dan ini amat bermanfaat dalam membentuk generasi yang lebih cemerlang di masa akan datang.

Perempuan ibarat 'tulang rusuk kiri yang bengkok' dapat menjelaskan lagi mengenai emosi atau nafsu perempuan.

Kerana itu juga, perempuan harus dilayani dengan cara yang lemah-lembut dan bijaksana.

Sekiranya anda terlalu keras dan kasar, hati perempuan akan mudah patah, dia akan menangis dan merajuk (lagi manifestasi emosi) ke tahap yang mungkin tidak dapat dipujuk lagi.

Sebaliknya jika anda membiarkannya, dia akan terus 'bengkok' dan semakin lama semakin sukarlah untuk anda 'meluruskannya'.

Rahsia 'meluruskan yang bengkok' ialah belaian dengan penuh kesabaran dan kebijaksanaan.

"Belaian" bukan semata-mata bererti belaian di atas ranjang.

Belaian ini adalah belaian yang menyeluruh dalam kehidupan sehari-hari.

Belaian ini juga bukanlah hanya seperti anda membelai seekor kucing (mungkin akan merimaskan isteri anda), tapi ia bermaksud belaian kepada emosinya atau kepada nafsunya sepanjang anda berada bersamanya atau tidak berada bersamanya.

Apakah bentuk manifestasi belaian itu?

Paling penting ialah komunikasi yang baik dengan cara 'membelai' emosinya.

Tunjukkan padanya dan katakan padanya anda pentingkan dirinya, ambil tahu tentang dirinya, sayang padanya.

Contoh dialog dari anda

"Sayang dah makan?" atau

"Abang rasa rindu sangat kat ayang, macam setahun tak jumpa (bila anda berjauhan darinya, sebenarnya anda baru sehari berada di kejauhan..)" atau

"Ayang ni semakin hari semakin mengancam".

Emosi perempuan gemar pada sesuatu yang mempunyai unsur humor atau jenaka (tapi jangan keterlaluan).

Emosi perempuan juga lebih gemar jika anda bertanya atau berkata atau berjenaka dengannya mengenai keperluan asas (basic needs) seperti hal makan, hal pakaian, hal perhiasan dan make-up (pada perempuan ini keperluan asas mereka walaupun harganya mahal), hal kecantikannya, hal keperluan anak-anak dan yang seperti itu.

Jalan masuk kepada membelai emosi perempuan ialah telinganya.

Itu adalah 'kelemahan' perempuan.

Kelemahan lelaki pula ialah pada matanya.

Jadi jangan hairan jika anda mudah tertarik kepada kecantikan perempuan terlebih dahulu, kemudian barulah anda berminat untuk lebih mengenalinya, menyelidik latar-belakang agamanya, statusnya dalam masyarakat dan hartanya.

Perempuan tidak mudah dibelai matanya, sebab yang dipentingkan oleh perempuan ialah budibahasa yang 'tangkap lentuk'.

Kerana itu, perempuan tidak memandang pada rupa paras lelaki dan lebih tertarik kepada lelaki yang mengambil berat kepada dirinya (perempuan itu).

Bagaimana dengan belaian yang sebenar?

Yang ini semua lelaki tahu.

Sentuh sana, usap sini, belai rambut (macam cerita Hindustan, dicampur nyanyi-nyanyi sedikit).

Masalahnya ialah, hal ini dilakukan sebelum berumahtangga (ini hal yang patut dielakkan) dan dilupakan bila sudah berumahtangga (yang ini sepatutnya dilakukan setiap hari).

Walaupun ini dapat 'mencairkan' perempuan (isteri anda), namun ini saja tidak cukup jika anda tidak membelai telinganya (dengan kata-kata pujian, kata-kata yang manis dan pujuk rayu) sebab perempuan tidak begitu gemar belaian dari suami yang 'bisu' (jika benar anda bisu tidak mengapa kerana dia sudah faham).

Kenapa?

Perempuan itu dijadikan dengan sifat meluahkan apa yang ada di fikirannya, itulah sebabnya perempuan lebih banyak bercakap (terutamanya bila dia marah).

Lelaki pula dijadikan dengan keadaan mulutnya diletakkan di fikirannya, kerana itu lelaki selalunya banyak berfikir dan bila marah selalunya akan diam.

Bila lelaki diam, perempuan berada dalam keadaan 'suspens', bila lelaki berkata-kata, perempuan akan merasa lega sebab barulah dia tahu apa yang ada dalam fikiran lelaki itu.

Maka ketenangan dan kestabilan emosi (nafsu) amatlah penting bagi seseorang perempuan (isteri anda).

Kerana itulah lelaki diwajibkan memberi nafkah batin kepada isterinya.

Wanita mudah tergugat emosinya dan lebih mudah sampai ke tahap sukar mengawal emosinya.

Bila ini berlaku, banyak hal yang buruk boleh terjadi.

Nafkah batin bukan cerita ranjang semata-mata.

Ia adalah keseluruhan layanan anda terhadap isteri anda.

Adakah anda melayaninya dengan baik?

Antara pesanan akhir junjungan kita Rasulullah s.a.w. kepada umat kesayangan baginda ialah agar suami melayani isteri dengan baik.

Semua lelaki patut sedar bahawa isterinya adalah manusia dan bukan objek seks.

Mempraktikkan nafkah batin dengan baik bermula dari memahami apakah sebenarnya yang diperlukan oleh seorang perempuan.

Seorang isteri mungkin rimas dengan seks tapi gembira bila anda memahami dan mementingkan kehendaknya.

Pada pendapat ramai perempuan, ramai lelaki sebenarnya mementingkan diri sendiri dan tidak faham hati perempuan.

Jika anda telah melaksanakan tanggungjawab anda membelai emosinya, maka isteri anda akan melayani pula anda dengan baik, insyaAllah.

Semua lelaki patut sedar bahawa layanan yang baik seorang isteri bermula dari dirinya sendiri sebagai suami.

Jika seorang lelaki menceraikan isterinya atas alasan isterinya tidak melayaninya dengan baik, mungkin ada silapnya dan mungkin berpunca dari lelaki itu sendiri yang tidak melayani isterinya dengan baik.

Sebagai suami, anda akan belajar seni melayani isteri ini menerusi pengalaman (setelah tahu teorinya).

Kerana itu jugalah Allah yang Maha Bijaksana meletakkan hak melafazkan cerai pada lelaki, jika hak lafaz cerai itu diberikan pada perempuan, alamatnya ramailah lelaki yang jadi duda kerana tidak pandai melayani kehendak dan keperluan (nafsu) isteri..

Sejak dari zaman dahulukala lagi telah diketahui bahawa perempuan (yang dijadikan dengan nisbah sembilan nafsu satu akal) itu nafsunya bersifat ibarat air.

Lelaki pula (dijadikan dengan nisbah sembilan akal dan satu nafsu) punya nafsu ibarat api.

Nafsu lelaki seperti api, cepat marak dan cepat pula padam.

Kerana ini selalunya lelaki mudah naik syahwat bila memandang perempuan (terutamanya mereka yang tidak menutup aurat).

Dinasihatkan kepada lelaki agar bila ternampak perempuan yang tidak menutup aurat, alihkan pandangan ke tempat lain.

Ini kerana api (cara menghidupkan api di zaman dahulu) hanya akan menyala jika ditiupkan angin ke arah yang sama sambil anda ulang-ulang menggosok-gosok di tempat yang sama.

Hal ini berbeza pada nafsu perempuan.

Nafsu perempuan seperti air, lambat hangat, lambat panas, lambat menggelegak.

Untuk sejuk kembali akan memakan masa yang lama juga.

Kerana sifat api dan air ini, berlakulah banyak perbezaan pada nafsu perempuan dan perbezaan ini perlu diketahui oleh golongan lelaki agar mereka dapat melayani isteri dengan baik.

SIFAT YANG LAMBAT

Nafsu perempuan itu lambat bangkit, dan ia sukar bangkit hasil pandangan matanya atau bila dia menyentuh.

Kerana ini perempuan lebih sesuai untuk mengasuh kanak-kanak walaupun kanak-kanak itu lelaki.

Ia agak berbeza dari lelaki.

Nafsu lelaki cepat bangkit dan ia boleh bangkit dari pandangan mata.

Bila nafsu lelaki bangkit, ia agak mendadak, menyebabkan dia boleh kehilangan akal secara mendadak juga.

Dinasihatkan agar dalam keluarga, jika ada anak-anak perempuan, nasihatkan agar berpakaian sopan walaupun di rumah, dan sediakan bilik tidur yang khas untuk mereka.

Elakkan anak-anak perempuan ini dari tidur bergelimpangan di ruang-ruang terbuka bagi mengelakkan terdedah aurat ketika tidur.

Perlu diketahui bahawa kerana sifat air yang lambat hangat dan lambat sejuk ini, perempuan lebih dapat bersabar tetapi bila dia marah atau merajuk akan lambatlah reda.

Bila isteri marah atau merajuk, dia sebenarnya perlukan si suami memujuknya.

Namun begitu, jika dia berada dalam keadaan masih panas, sebaik-baiknya berada jauh sedikit darinya.

Ibarat pepatah: 'Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan'.

JEMPUT NAFSU DENGAN KASIH SAYANG

Perempuan perlukan masa untuk reda dari kemarahan atau merajuk.

Tanda dia mula reda ialah bila dia menunjukkan sayangnya kepada sesuatu yang lain, contohnya dia mencium anaknya, membelai kucing dan sebagainya.

Bila masa itu sudah sampai, si suami eloklah mencari saat dan tempat yang sesuai untuk memujuknya, dan jangan lupa, sentuh tubuhnya sambil berkata-kata.

Sifat nafsu perempuan yang lambat bangkit ini menyebabkan isteri perlukan rangsangan yang secukupnya dari pihak suami apabila mahu melakukan hubungan kelamin.

Masa yang diperlukan ialah kira-kira 20 minit.

Ketika itu suami patut melakukan berbagai bentuk rangsangan yang diketahuinya dan yang digemari oleh isterinya.

Kepuasan isteri banyak bergantung pada kesabaran suami untuk melayaninya sebelum jima'.

Nafsu isteri perlu dipanggil dengan kasih sayang dan dihantar pulang dengan kasih sayang.

HANTAR KEMBALI DENGAN KASIH SAYANG

Sebagaimana yang telah dicatatkan di atas, nafsu perempuan lambat reda.

Sekiranya suami tewas (sampai dahulu sebelum isteri), hendaknya janganlah suami cepat-cepat menamatkan pertarungan.

Nafsu isteri yang sedang menggelegak itu perlu dibantu untuk sampai ke kemuncaknya dengan melakukan rangsangan-rangsangan yang sesuai.

Apabila telah selesai jima', suami perlu tahu bahawa sepatutnya nafsu isteri reda dalam keadaan kasih-sayang.

Apa yang perlu dilakukan selepas jima' ialah merangkulnya, mencium, mengusap rambutnya, mengurut-urut belakangnya, memicit-micit lembut tubuhnya untuk menghantar kembali nafsu ghairahnya dalam suasana kasih-sayang.

Bila isteri dapat menikmati kasih-sayang peringkat ini, dia akan merasa puas.

Dia akan 'teringat' kenangan manis itu apabila dia disentuh oleh suami di masa yang lain.

Sebaliknya jika jima' diakhiri dengan keadaan suami seolah-olah mementingkan diri sendiri, ini akan menimbulkan rasa tidak gemar atau rasa muak di pihak isteri.

Maka jangan salahkan isteri semata-mata jika dia menolak jima' di kesempatan yang lain.

LELAKI TULEN PERLU SABAR

Untuk melayani isteri dan membangkitkan rasa bahagia di jiwanya, suami perlu banyak bersabar dengan kerenah isterinya dan bersabar melayani nafsu isterinya.

Inilah sikap asas lelaki tulen.

Gambaran lelaki tulen bukan yang berbadan besar, otot berbonjol-bonjol atau rambut macam Tarzan atau Samson.

Lelaki tulen ialah yang pandai melayani dan memuaskan hati isterinya.

Perkataan Inggeris yang popular untuk menggelarkan lelaki tulen ialah 'gentleman'.

Istilah itu dengan sendirinya membayangkan betapa lelaki itu patut berlemah-lembut dengan perempuan.

Perempuan itu perasaannya halus dan mudah terusik dan menangis.

Bijak pandai ada menyatakan bahawa sikap perempuan itu mirip sikap kanak-kanak.

Suka bermain-main, bergurau, bergaduh, marah-marah, merajuk dan menangis.

AIR AKAN CAIR

Lelaki perlu sabar.

Nafsu (emosi) perempuan itu hebat.

Jika anda tidak percaya, lihatlah bagaimana keadaannya perempuan bila bertengkar dengan lelaki.

Bagi suami, pengetahuan mengenai hal ini penting untuk mengekalkan keharmonian dan kebahagiaan rumahtangga.

Mudah-mudahan, dengan cara ini anda akan dapat 'mencairkan' isteri anda walaupun dia terkenal garang, bengis atau tidak mahu kalah (hati batu).

Anda sendiri tahu bila masanya dia akan 'cair' kerana anda sudah tahu bahawa sifat perempuan adalah ibarat air.

Bimbinglah isteri anda agar menjadi isteri solehah.

Ilmu pengetahuan mengenai hal ini penting untuk mengekalkan keharmonian dan kebahagiaan rumahtangga bersama.

InsyaAllah, semoga ilmu ini bermanafaat untuk kita semua dalam menjaga keharmonian rumahtangga bersama...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2013 01:06 AM | Show all posts
Peh...terbaik la post ni...10/10

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.054729 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list