CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: billionaire

Kumpulan Diskusi billionaire

[Copy link]
 Author| Post time 27-1-2006 02:48 PM | Show all posts
Originally posted by nawazihussin at 26-1-2006 10:35 PM


saya sahut saranan grave..
mari kita lihat quran mengikut pandangan syiah berdasarkan kitab2 mereka

Sayyid Hashim al-Bahrani seorang ahli tafsir Syi抋h yang besar di dalam muqaddimah tafsir ...


bercakap dengan kami isu tahrif Quran adalah sia-sia. Telah kami khabarkan bahawa Syiah tidak meyakini Tahrif al-Quran, dan hadis2 berkenaan tahrif dianggap lemah. Kalau Sunni kata dalam al-Quran ada tambahan ayat misalnya, apakah ia menjejaskan fahaman Sunni bahawa al-Quran tidak berubah? Jika tidak, begitu juga Syiah. Maka persoalan ini telah selesai dan telah dijawab berkali2 banyaknya.


Dan menolak Pengumpul al-Quran tidak bermakna menolak al-Quran. Dan menolak orang2 yang mengarahkan pengumpulannya juga tidak boleh dijadikan alasan untuk menuduh Syiah menolak al-Quran.

[ Last edited by billionaire at 27-1-2006 02:54 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2006 12:58 PM | Show all posts
Originally posted by nawazihussin at 26-1-2006 10:35 PM


saya sahut saranan grave..
mari kita lihat quran mengikut pandangan syiah berdasarkan kitab2 mereka

Sayyid Hashim al-Bahrani seorang ahli tafsir Syi抋h yang besar di dalam muqaddimah tafsir ...


Terima kasih kerana mengemukakan pandangan terhadap al-Quran oleh ulama syiah namun rasanya ia tak terhenti di situ saja kerana telah pun ada jawapan penjelasan dari mereka. Orang Syiah dakwa Quran yang digunapakai sekarang inilah sebenarnya mushaf Fatimah as sedangkan kalau dalam hadis-hadis orang Sunni beratus banyaknya yang meragukan tentang kandungan quran sekarang inilah. Sekadar nak memetik satu hadis tentang Quran dari mazhab sunni.....

"Ayat Quran mengenai hukuman rejam sampai mati untuk penzina telah ditulis tetapi telah hilang kerana ia dimakan oleh kambing"
(Ibni Majah 36/1944; Ibn Hanbal 3/61; 5/131, 132, 183; 6/269)
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2006 09:24 PM | Show all posts
grave ni orangnya banyak pengetahuan. saya melihat grave ni lebih dekat kepada syiah berbanding sunni. grave percaya bhw syiah percaya kpd al-Qur'an yg duk ada sekarang. saya menerimanya bila grave menyatakan begitu.  walau bagaimanapun saya  nak tanya jugak beberapa soalan ttg tahrif al-Qur'an.

soalan saya ialah betul ke kitab Faslul Kitab (yg dlmnya ada banyak hadis2 syiah yg mengatakan berlaku tahrif pada al-Qur'an oleh para sahabat Nab) dikarang oleh al-Tabrasi?i
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2006 01:18 PM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 3-2-2006 09:24 PM
grave ni orangnya banyak pengetahuan. saya melihat grave ni lebih dekat kepada syiah berbanding sunni. grave percaya bhw syiah percaya kpd al-Qur'an yg duk ada sekarang. saya menerimanya bila grave ...


Janganlah ustaz berkata gitu pada saya kerana apalah yang ada pada saya selain ingin mencari kebenaran saja. Kalau nak kata saya lebih dekat pada syiah mungkin ada kebenarannya kerana saya lebih tertarik pada hujjah-hujjah syiah yang lebih kukuh lagi fakta-fakta yang diberikan. Telah begitu lama syiah diserang di sini tanpa memberi peluang kepada mereka untuk membela diri namun akhir-akhir ini baru timbul banyak penulisan-penulisan dari sumber-sumber syiah sendiri malah mudah mendapat buku-buku atau kitab-kitab yang telah diterjemahkan ke BM. Alhamdulillah saya dah  buat perbandingannya.

Saya pernah lama mengikuti fahaman wahabi malah pernah mengaji quran serta terjemahannya secara harfiah dari seorang ustaz yang mengasaskan ittiba'us Sunnah serta begitu kuat penentangannya terhadap fahaman Syiah. Alhamdulillah penentangannya juga terhadap fahaman ASWJ serta nasihatnya supaya membuat perbandingan antara hadis-hadis yang digunakan dalam mazhab yang empat membuatkan saya terbuka pada hadis-hadis ahlul-bait juga.

Saya tak buat penilaian terhadap syiah melalui pembacaan saja tapi saya merujuk terus pada ustaz-ustaz sama ada dari Syiah atau Sunnah sendiri.(Disiplin saya bukan dalam bidang Pengajian Agama)  Saya berjumpa terus dengan ustaz-ustaz tersebut jika ada persoalan-persoalan yang timbul. Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin misalnya pernah saya jumpa dan dari pandangannya melihatkan beliau seorang yang positif terhadap fahaman Syiah ini. Begitu juga dengan Dr.Aziz Hanapi dari Perlis yang disangka Wahabi tapi rupa-rupanya beliau seorang ASWJ yang begitu kuat pegangannya dan yang terakhir ini telah memberi amaran kepada Asri supaya jangan menyebarkan fahaman wahabi jika tidak mahu siapa Asri sebenarnya didedahkan beliau. (Doakan lah untuk Dr. Aziz Hanafi yang sedang sakit sekarang ini).

Nak kata saya Syiah katakanlah....dan saya berbangga menjadi Syiah jika menjadi Pencinta Ahlul-Bait dan ingin mengenali mereka dengan lebih dekat lagi berbanding ASWJ yang mengatakan juga cinta pada mereka tapi tidak mengetahui siapa mereka. Alhamdulillah...yang terakhir ini keyakinan saya pada Syiah lebih kuat lagi setelah huraian yang mereka berikan tentang mengenali ketuhanan lebih meyakinkan daripada fahaman wahabi yang tuhan mereka disamakan seperti makhluk...ada mata dan ada kaki.

Tentang soalan ustaz tu....maaf ya, reserve kan dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2006 01:38 PM | Show all posts

mencelah...

Dr. Aziz Hanafi... :hmm: ... ya, sama2 doakan utk beliau...
beliau tuju kepada Asri Yusuf ataupun Asri Zainul Abidin? ... rasa2nya beliau ada pernah menyentuh "sedikit" mengenai Asri Yusuf.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2006 01:44 PM | Show all posts
Originally posted by pipi at 4-2-2006 01:38 PM
Dr. Aziz Hanafi... :hmm: ... ya, sama2 doakan utk beliau...
beliau tuju kepada Asri Yusuf ataupun Asri Zainul Abidin? ... rasa2nya beliau ada pernah menyentuh "sedikit" mengenai Asri Yusuf.


Asri Zainul Abidin yang mengaku pakar hadis sedangkan beliau sebenarnya bukan berlatarbelakangkan pendidikan agama majoring Hadis.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2006 01:52 PM | Show all posts
jadi, adakah beliau (asri zainul abidin) masuk bakul angkat sendiri? ataupun beliau menjadi seperti sebuah group ni yang mana pengikut2nya mengagung2kan beliau?. Ataupun ada udang disebalik batu sebab musabab penentangan beliau terhadap syiah. Sehingga geng2nya menganjurkan Sidang Bahaya Syiah?.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2006 04:58 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 4-2-2006 01:18 PM
Saya pernah lama mengikuti fahaman wahabi malah pernah mengaji quran serta terjemahannya secara harfiah dari seorang ustaz yang mengasaskan ittiba'us Sunnah serta begitu kuat penentangannya terhadap fahaman Syiah. Alhamdulillah penentangannya juga terhadap fahaman ASWJ serta nasihatnya supaya membuat perbandingan antara hadis-hadis yang digunakan dalam mazhab yang empat membuatkan saya terbuka pada hadis-hadis ahlul-bait juga.

Saya tak buat penilaian terhadap syiah melalui pembacaan saja tapi saya merujuk terus pada ustaz-ustaz sama ada dari Syiah atau Sunnah sendiri.(Disiplin saya bukan dalam bidang Pengajian Agama)  Saya berjumpa terus dengan ustaz-ustaz tersebut jika ada persoalan-persoalan yang timbul. Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin misalnya pernah saya jumpa dan dari pandangannya melihatkan beliau seorang yang positif terhadap fahaman Syiah ini. Begitu juga dengan Dr.Aziz Hanapi dari Perlis yang disangka Wahabi tapi rupa-rupanya beliau seorang ASWJ yang begitu kuat pegangannya dan yang terakhir ini telah memberi amaran kepada Asri supaya jangan menyebarkan fahaman wahabi jika tidak mahu siapa Asri sebenarnya didedahkan beliau. (Doakan lah untuk Dr. Aziz Hanafi yang sedang sakit sekarang ini).


Kebanyakan yang mengkaji fahaman syiah secara berguru insha-allah akan dibukakan hatinya untuk menerima fahaman itu. Teman banyak sahabat yg sebegitu di kalangan ulama ASWJ yg alhamdulillah diberi hidayah. Ini mungkin kerana hujah syiah kadang-kadang perlukan penerangan yg lebih bagi ASWJ (selain dari yg dapat dari kitab-kitab syiah kerana cara pembelajaran dan basic yg berlainan). Kadang-kadang cukup dgn melihat akhlak ulama syiah pun boleh terpengaruh... lebih-lebih lagi jika melihat hujah mereka yg solid... ask them, they will answer you...

Manakala yg belajar syiah tapi tidak berguru dengan ulama syiah, sekadar baca kitab-kitab syiah kemudian rasa tahu... biasanya tak pergi ke mana walaupun bertahun-tahun buat kajian secara rapi, ramai yg begini... mungkin mencari-cari kesalahan syiah yg sedikit dalam kitab-kitab syiah sedangkan kebenaran yg besar diketepikan...  Mungkin mengkaji fahaman lain tanpa berguru tidak sesuai kerana gurunya adalah SYAITAN, sbb tu tidak nampak kebenaran... (iyalah berguru dgn syaitan, tentu dipesongkan dan ditutup hati kpd kebenaran). Kalau ikut imam al-Ghazali, berguru itu sgt penting malah nak melawan hujah pun tak leh, punya penting guru.. he3x

Senang jer nak tahu samada pro-syiah atau anti-syiah, tanya dia siapa guru syiah yg dia ambil ilmu ttg syiah? kalau takder.. tahulahlah, tak pergi kemana... sbb syaitan mungkin dah jadi cengkenit di hati mereka... he3x (cakap berdasarkan pengalaman)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2006 05:08 PM | Show all posts
Originally posted by pipi at 4-2-2006 01:52 PM
jadi, adakah beliau (asri zainul abidin) masuk bakul angkat sendiri? ataupun beliau menjadi seperti sebuah group ni yang mana pengikut2nya mengagung2kan beliau?. Ataupun ada udang disebalik batu se ...


Raser-raser nyer begitu ler dan di agungkan pula oleh pengikut-pengikut nyer. Mereka perlu ada idola yang boleh di sanjung-sanjung.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2006 05:38 PM | Show all posts
Originally posted by ProteaMerah at 4-2-2006 04:58 PM


Kebanyakan yang mengkaji fahaman syiah secara berguru insha-allah akan dibukakan hatinya untuk menerima fahaman itu. Teman banyak sahabat yg sebegitu di kalangan ulama ASWJ yg alhamdulillah dib ...


Saya setuju dengan anda cik Protea....Sekarang ini tak ada masaalah untuk berguru tentang Syiah dan Husseiniyah pun banyak terdapat di sini. Keadaan sekarang mengizinkan untuk ustaz-ustaz yang berfahaman Syiah memberi penerangan tentang ajaran Syiah dan rupanya ramai ustaz-ustaz yang berpendidikan tinggi bersama mereka yang bukan sahaja dari Al-Azhar malah dari Qom pun ada. Ingatkan juga ustaz-ustaz yang kena ISA dulu sudah kena KO semasa dalam tahanan tapi rupa-rupanya mereka yang beri KO kepada mereka yang menahan termasuk Asri juga.

Kepada mereka yang berfahaman wahabi, alangkah baiknya kalau mereka boleh terus cari Ustaz-ustaz ini dan bertanya terus pada mereka sebagaimana saya pun pernah ikuti pengajian-pengajian di masjid wahabi Sg.Besi dengan ustaz-ustaz pengikut Abdullah Yassin. Kan elok kalau buat perbandingan terus dari sumber primernya daripada dengar cakap saja.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2006 05:52 PM | Show all posts
teringat kepada seorang ustaz yang hampir 2 tahun kena ISA. ustaz ni mesti grave kenal (agaknya kot) sebab beliau berasal dari kedah. hehe... ada juga beliau menceritakan pengalaman2 beliau ketika dalam tahanan. rasanya tidak sesuai dipost dalam cari forum ni. kerana ramai yang geng2 wahabi. heh33x. tak geng wahabi pun ada... tp disebabkan nak lawan dengan syiah, mereka "jadi geng". kemudian yang geng2 wahabi plak ada yang sebahagian mengkafirkan syiah, sebahagian tidak... tapi... masih geng lagi..

betul tu wahai proteamerah.. hehe.. gaya anda mengingatkan sahabat pipi yang nun berada di luar negara. aritu adalah dia balik. tapi agaknya mungkin dia terlupa nak "call" pipi. tapi, cara pipi mungkin berbeza daripada yang lain2. jalan pipi jalan gila2. rasa2nya pun tidak sesuai diceritakan di sini.

heh33x. bila masanya yang sesuai, pipi pun tak tau. mungkin masa terdekat kot. tengoklah dulu... tunggu pipi tapis2 ke.. :D



p/s: heran pipi dengan sorang nie.. katanya takut... tapi sempat pulak jelir2 lidah...

[ Last edited by pipi at 4-2-2006 05:53 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2006 06:39 PM | Show all posts
p/s: heran pipi dengan sorang nie.. katanya takut... tapi sempat pulak jelir2 lidah...


he he he

memang takut sungguh pipi ... pipi takpalah sbb dah kenal. confirm tak mati jahiliyah. nasib kami mcm mana nih ... geng2 saya habis semua mati jahiliyah sbb tak kenal... mati jahiliyah ni sama mcm mati kafir ke pipi?

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2006 06:41 PM | Show all posts

heh heh

tak apa lar ustaz... tak kisah pun..

kan ustaz belajar2 tinggi, baca kitab2 syiah yang arab2.. join forum2 arab, masuk sana masuk sini. bicaramuslim.com (even pendapat di sana dan di sini berbeza2), dan lain2. mesti banyak pengalaman. berdasarkan pengamatan ustaz... kalau mati jahiliyyah... mati kafir ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2006 06:56 PM | Show all posts
Originally posted by ProteaMerah at 4-2-2006 04:58 PM


Kebanyakan yang mengkaji fahaman syiah secara berguru insha-allah akan dibukakan hatinya untuk menerima fahaman itu. Teman banyak sahabat yg sebegitu di kalangan ulama ASWJ yg alhamdulillah dib ...


saya memang tak berguru dgn mana2 ulama' syiah protea. saya baca dan buat kajian sendiri. saya baca hujah syiah, saya baca hujah sunni. saya ikuti debat sunni syiah. saya baca tulisan ulama'2 syiah yg masih kekal dlm syiah, dan jugak ulama'2 syiah yg pindah ke ASWJ. saya jugak baca kitab al-Tijani al-Samawi dan artikel2 di laman web al-mawaddah. pendek kata, saya hanya membaca shj, tidak berguru. jadi betullah apa yg protea kata. oleh kerana saya tahu syiah melalui pembacaan shj, tidak pernah ke iran, tidak pernah hidup dlm komuniti syiah, tak ada kawan2 syiah kat luar forum, yg ada kawan2 syiah di sini termasuk protea maka bolehlah protea berikan contact syiah di terengganu ini utk saya bertanya. betullah mcm protea kata, saya rasa tak lengkap kalau kita tak boleh tanya berdepan. protea atau saper2 boleh PM saya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2006 07:02 PM | Show all posts
Originally posted by pipi at 4-2-2006 06:41 PM
tak apa lar ustaz... tak kisah pun..

kan ustaz belajar2 tinggi, baca kitab2 syiah yang arab2.. join forum2 arab, masuk sana masuk sini. bicaramuslim.com (even pendapat di sana dan di sini berbe ...


saya hanya membaca shj. tidak berguru. jadi saya tidak tahu. apa salahnya pipi bgtau supaya jelas. kalau org lain tak nak bgtau secara terbuka, pipi tak kan tak boleh.

ni lah saya pelik ngan pipi. pipi di sini hanya pandai mencelah shj tapi kalau saya tanya pipi lari... pipi memang tak berani berterus terang ...

tak nak jwb sudah ... lgpun saya pun ada kata dulu: jwb ke tak jwb ikut suka hati org yg ditanya ... ini kan forum. tak nak jwb buat derk jer lah

heh heh heh
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2006 11:46 PM | Show all posts
heh heh...

tak de lari kemananya ustaz.... soalan tu berbalik kepada ustaz. tepuk dada tanya selera.

tak de mencelah pun. ustaz berbincang di thread lain, pipi berbincang di thread lain, kemudian ustaz masuk. lalu mengatakan pipi mencelah?. wah, aneh.... umpama konsep "mencuri tanah fadak" diadaptasikan di sini. bagus. satu pencapaian yang cemerlang, gemilang dan terbilang. teringat pipi akan gelombang biru di terengganu, heh heh.

kalau ustaz mahukan contact, boleh pipi berikan. tetapi di kelantan. "tanah tumpah" ehem2...

tapi, pipi bersyukur. di sini, berbeza dengan bicaramuslim.com (iklan sket, heh heh [tiru gaya gelak nahzaluz]). ya, benar seperti apa yang anda katakan. cari.com tak sama seperti bicaramuslim.com. mungkin apabila pipi di sana, abis kena rojak. heh heh.

pipi pula, tidak memiliki latar belakang yang menarik. lihat saja info pipi. "gagal" dalam semua pelajaran. :cak: . adakah layak bagi diri ini? berbanding anda, wahai nahzaluz. pelajaran tinggi, belajar arabnya, dan alhamdulillah kini anda telahpun belajar hadis.

pipi rasa, kalau diberikan lanjutan kisah2... mungkin anda boleh terima.. tetapi anda pasti akan pergi lebih jauh, dan jauh dan terlalu jauh mengikut geng2 anda daripada kami. kerana, perihal yang sedikit telahpun anda menolaknya. jadi, tidak mungkin yang lebih dalam daripada itu akan anda perinci. dan ditambah pula, anda sudah mula mengatakan perkara ini berpusing2. sedangkan sebenarnya lebih jauh. ataupun anda hanya dihadkan dengan  "permainan" rollercoaster? yang hanya berpusingan di landasan yang sama? dan ini yang anda mengatakan kami bertaqiyah? berselindung? merahsiakan?.

murid darjah enam terlalu sukar untuk mempelajari subjek kimia tingkatan 4. tambahan pula jika belajar/tuisyen dengan guru-guru yang hanya mengambil matapelajaran kimia setakat SPM dapat 8E. kemudian semasa di maktab perguruan tidak menuntut matapelajaran tersebut. heh heh. tapi murid tadi sibuk melonjak2 nakkan belajar kimia tingkatan 4. ditambah pula sekarang ni kerajaan sibuk gunakan bahasa inggeris. kebetulan pula murid tersebut fasih bahasa inggeris. mungkin pengaruh ayah dan ibunya yang 24jam speaking di rumah. kemudian eksyen pandai BI. kononnya bijak sangat, yakin boleh catchup kimia. heh heh. nak pula sebut ethana, butana, metana, heksana, oktana.. ha... kan dah berterabur sebutan... :kant: kemudian fadeup. dah mula tutup buku kimia. dan seterusnya canang sana, canang sini, mengatakan matapelajaran kimia susah. teruk. busuk. bosan. pening. dan sebagainya.

jawapannya bergantung kepada anda. tidak guna anda bertanya kepada pipi, kepada grave, kepada bill, kepada celik_akal dan sesiapa sahaja. ya, tiada gunanya. pipi yakin, Allah telahpun memberikan anda peluang, tetapi tidak digunakan sebaik mungkin. apa yang ada hanyalah khayalan diri anda sendiri. berkhayal dengan segala keindahan ketertinggian ilmu-ilmu yang telah anda pelajari. kerana pipi lihat, tidak ada keikhlasan tulen dalam dirimu. yang ada hanyalah keikhlasan mencari kesalahan-kesalahan syiah.

tambahan pula, anda mempermain-mainkan kami, ahlulbait, Rasullah s.a.w. dan Allah SWT. terpulang kepada anda.

p/s: maafkan pipi sekiranya gelak tawamu dicuri. sungguh bulan ini bukan bulan gelak tawa bagiku. malah tiadanya riang tawa lagi.

pps: tiada hujah di dalam teksku ini. tetapi, hujah ada di dalam diriku sendiri.

selamat berbahagia wahai insan yang gelarannya ustaz arab. pergunakanlah ilmu tersebut. perlahan2 kaji. selamat maju jaya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2006 12:57 PM | Show all posts

wah pjg nyer pipi tulih ... saya nak respon lah jugak ...

heh heh...

tak de lari kemananya ustaz.... soalan tu berbalik kepada ustaz. tepuk dada tanya selera.


lari tu maksudnya mengelak tak mahu jwb. sbbnya ada mcm-mcm lah. sbb apa saya tak tahu, pipi sorang jer tahu. bila pipi kata tepuk dada tanya selera maka sahlah tu mati jahiliyah ikut syiah maknanya mati kafir. wal'iyazubillah.

tak de mencelah pun. ustaz berbincang di thread lain, pipi berbincang di thread lain, kemudian ustaz masuk. lalu mengatakan pipi mencelah?. wah, aneh....


bukan isu ni yg saya maksudkan dgn mencelah. saya perasan memang perangai pipi tu lagu tu. pipi sendiri tulih: tumpang lalu dsbnya. mencelahlah tu. bukanlah maksud saya mencelah tak boleh tapi kalau ada org tanya balk apa salahnya kita jwb setakat yg kita tahu. kalau tak tahu kata tak tahu. no problem.

betul kita nih kat thread lain tapi kata2 pipi tuju kat saper kalau bukan kat saya? kenapa tak respon terus kat sana? kalau nak menyampuk buatlah berani. kalau cakap jauh2 mcm nih tak aci lah pipi heh heh

umpama konsep "mencuri tanah fadak" diadaptasikan di sini. bagus. satu pencapaian yang cemerlang, gemilang dan terbilang. teringat pipi akan gelombang biru di terengganu, heh heh.


mmm tak ada benda lain. point utk menyalahkan dan mengutuk org nih jugak ler yg pipi nampak.

kalau ustaz mahukan contact, boleh pipi berikan. tetapi di kelantan. "tanah tumpah" ehem2...


takpa sebab saya balik kelantan sebulan sekali. kelantan jugak tanah tumpah saya. pipi boleh berikan contactnya. insya Allah kalau saya ada kemusykilan saya boleh contact dia.

tapi, pipi bersyukur. di sini, berbeza dengan bicaramuslim.com (iklan sket, heh heh [tiru gaya gelak nahzaluz]). ya, benar seperti apa yang anda katakan. cari.com tak sama seperti bicaramuslim.com. mungkin apabila pipi di sana, abis kena rojak. heh heh.


lain tokey lainlah gayanya. kat sini antihadis boleh tapi kat sana dulu ada skrg rasanya dah tak ada. kat sini pipi bebas melaknat dan memaki org tapi kat sana tak bolehlah heh heh

pipi pula, tidak memiliki latar belakang yang menarik. lihat saja info pipi. "gagal" dalam semua pelajaran.  . adakah layak bagi diri ini? berbanding anda, wahai nahzaluz. pelajaran tinggi, belajar arabnya, dan alhamdulillah kini anda telahpun belajar hadis.


ke situ pulak dah. kita skrg nih di thread mazhab, sekitar isu sunni-syiah. tak ada kaitan belajar rendah ke belajat tinggi.

pipi rasa, kalau diberikan lanjutan kisah2... mungkin anda boleh terima.. tetapi anda pasti akan pergi lebih jauh, dan jauh dan terlalu jauh mengikut geng2 anda daripada kami. kerana, perihal yang sedikit telahpun anda menolaknya. jadi, tidak mungkin yang lebih dalam daripada itu akan anda perinci. dan ditambah pula, anda sudah mula mengatakan perkara ini berpusing2. sedangkan sebenarnya lebih jauh. ataupun anda hanya dihadkan dengan  "permainan" rollercoaster? yang hanya berpusingan di landasan yang sama? dan ini yang anda mengatakan kami bertaqiyah? berselindung? merahsiakan?.


kalau pipi dah rasa mcm tu awal2 lagi saya nak kata apa...

murid darjah enam terlalu sukar untuk mempelajari subjek kimia tingkatan 4. tambahan pula jika belajar/tuisyen dengan guru-guru yang hanya mengambil matapelajaran kimia setakat SPM dapat 8E. kemudian semasa di maktab perguruan tidak menuntut matapelajaran tersebut. heh heh. tapi murid tadi sibuk melonjak2 nakkan belajar kimia tingkatan 4. ditambah pula sekarang ni kerajaan sibuk gunakan bahasa inggeris. kebetulan pula murid tersebut fasih bahasa inggeris. mungkin pengaruh ayah dan ibunya yang 24jam speaking di rumah. kemudian eksyen pandai BI. kononnya bijak sangat, yakin boleh catchup kimia. heh heh. nak pula sebut ethana, butana, metana, heksana, oktana.. ha... kan dah berterabur sebutan...  kemudian fadeup. dah mula tutup buku kimia. dan seterusnya canang sana, canang sini, mengatakan matapelajaran kimia susah. teruk. busuk. bosan. pening. dan sebagainya.


saya faham apa yg pipi nak sampaikan.

jawapannya bergantung kepada anda. tidak guna anda bertanya kepada pipi, kepada grave, kepada bill, kepada celik_akal dan sesiapa sahaja. ya, tiada gunanya. pipi yakin, Allah telahpun memberikan anda peluang, tetapi tidak digunakan sebaik mungkin. apa yang ada hanyalah khayalan diri anda sendiri. berkhayal dengan segala keindahan ketertinggian ilmu-ilmu yang telah anda pelajari. kerana pipi lihat, tidak ada keikhlasan tulen dalam dirimu. yang ada hanyalah keikhlasan mencari kesalahan-kesalahan syiah.


kalau dah tak ada guna, maka bermula dari saat ini saya tak akan tanya lagi. ikut pandai pipilah. pipi nak buat apa kat subboard nih. saya nak teruskan dgn pembacaan  dan kajian saya. kalau 10 muharram nanti pipi nak melaknat org ker apa ker ikut pandai pipi lah.

tambahan pula, anda mempermain-mainkan kami, ahlulbait, Rasullah s.a.w. dan Allah SWT. terpulang kepada anda.


saya ahlussunnah tidak mempermainkan ahlulbait, Rasulullah s.a.w dan Allah SWT. saya hanya mahu pipi check betul ke apa yg diriwayatkan oleh syiah ttg ahlulbait. saya mahu pipi confirmkan betul ke apa yg ulama' syiah sebut ttg maklumat2 dlm kitab sunni. saya mahu pipi berfikir dgn akal yg waras adakah betul apa yg ada dlm al-Kafi ttg kedudukan para Imam dsbnya. saya mahu kalau boleh pipi baca apa yg ulama' syiah tulis ttg ilmu hadis dan jarh wa ta'dil syiah. isu sunni syiah nih bukan setakat tanah fadak, hadis thaqalain, fatwa syaltut, hadis manzilah dll. ia satu mazhab yg lama dan besar, yg dalamnya ada kepercayaan2 yg dinisbahkan kpd ahlulbait.

saya tidak mempermainkan pipi atau saper2 tapi saya mahu kita sama fikir, betul ke apa yg dinisbahkan kpd ahlulbait tu? kalau guru pipi bgtau something, pipi tanyalah balik betul ke? tok guru ambik kat mana? dlm kitab mana? hadis no berapa? saper rawinya? kalau tok guru kata hadis ni sahih sebab apa? sbb rawinya kah atau matannya yg tidak bercanggah dgn al-Qur'an? dll ... pipi tanyalah sepatah, jgn duk main terima sajer...

p/s: maafkan pipi sekiranya gelak tawamu dicuri. sungguh bulan ini bukan bulan gelak tawa bagiku. malah tiadanya riang tawa lagi.


saranan suruh berpuasa pd 10 Muharram mari dari Nabi, maknanya mari dari Allah. Allah dah tahu bhw S. Husain akan dibunuh pada hari tersebut. Allah dah takdirkan begitu. maka kami berpuasa kerana beramal dgn sunnah Nabi dan pada masa yg sama kami bersedih di atas pembunuhan cucu Nabi. tapi kami bersedih bukan dgn melakukan ma'tam smpi berdarah2 dsbnya.

pps: tiada hujah di dalam teksku ini. tetapi, hujah ada di dalam diriku sendiri.

selamat berbahagia wahai insan yang gelarannya ustaz arab. pergunakanlah ilmu tersebut. perlahan2 kaji. selamat maju jaya.  


rupa2nya pipi ni orgnya lagu nih. tak apalah. cuma satu pesan saya. setiap kali pipi mencelah kat mana2 thread samada di bhgn utama nun atau kat sub nih selalulah ingat saya tgh tersenyum sambil membaca celahan pipi. jgn lupa angkat tgn kat saya dan kata: hai ustaz arab ...

heh heh

selamat tinggal pipi... jgn lupa PM saya contact no tu. bye bye. nak jelir sikit
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2006 06:47 PM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 5-2-2006 12:57 PM
selamat tinggal pipi... jgn lupa PM saya contact no tu. bye bye. nak jelir sikit   


Nak balik Kelantan ke ustaz?? Betul ker dengar dari sahabat-sahabat PAS mengatakan mazhab TG Nik Aziz tu tak sama dengan mazhab Ustaz Daud Iraqi dan cuma politik saja yang menyatukan mereka?? Kesian TG la ni kena tikam dari belakang puak-puak satu lagi tu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2006 01:34 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 5-2-2006 06:47 PM


Nak balik Kelantan ke ustaz?? Betul ker dengar dari sahabat-sahabat PAS mengatakan mazhab TG Nik Aziz tu tak sama dengan mazhab Ustaz Daud Iraqi dan cuma politik saja yang menyat ...


ooo yer ke? tak tahu lah saya. saya balik kelantan sebulan sekali lebih kurang. saya tak ada byk maklumat. cuma time balik kalau smpt saya pergilah solat kat Pulau Melaka tu.

mazhab tak sama tu maksudnya Ustaz Daud tu syiah ke? ke maksud grave dia kaum tua?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2006 11:08 AM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 7-2-2006 01:34 PM

mazhab tak sama tu maksudnya Ustaz Daud tu syiah ke? ke maksud grave dia kaum tua?


Dak aihh....saya cuma dengar depa ada kata Ustaz Daud tu seorang yang berfahaman kaum muda atau wahabi serta tegas dalam pendiriannya....tapi itu pun dengar cakap jer. Orang Kelantan mungkin boleh confirmkan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.131935 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list