|
GURU TUNJANG SEKOLAH SEJAHTERA
Golongan pendidik anak bangsa
Usah tewas dengan kata cerca menghina
Realiti kini cabaran kian mencengkam dada
Unggul teruskan agenda bina negara sejahtera
Telah berabad sistem dilaksana
Ulung melahirkan modal insan perkasa
Negarawan yang banyak menabur jasa
Jati diri elok sahsiah terpelihara
Amalan baik sentiasa diperaga
Negara makmur aman sentosa
Gemilang terbilang di persada dunia
Saban tahun bisikan terima kasih cikgu diterima
Emosi lelah terbayar dek ucapan dan ingatan semua
Kemenjadian murid terus jadi aspirasi kerjaya
Onak duri mendidik alah bisa tegal biasa
Laungan tunai tetap kami tunaikan bergema
Akur janji keramat tersemat megah di dada
Hanya ada pada pendidik yang berjiwa
Setiap guru pasti cuba membina
Elak dari membinasa aset negara
Jalan berliku ditempuh sedaya upaya
Andai akhirnya ada yang tercicir jua
Haluan mereka pilih dek tersalah meneka
Terasuk pengaruh asingnya budaya
Ego yang menjajah rasional minda
Ralat memilih haluan bermakna
Akibat yang membawa seribu sengsara.
CNM, 16/5/2022
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ketertinggian Perlembagaan
Semalam melakar satu lagi catatan
di hutan batu pentadbiran
ketertinggian Perlembagaan
kedaulatan undang-undang dipertahan
demi sebuah bangsa merdeka di bumi Tuhan
Hidup ini ada ketetapan
selagi tak bercanggah dengan hukum hakam
siapa pun usah sekali berbuat sewenang
lebih lagi jika kamu di tandu kepimpinan
yang baik jadikan tauladan
yang buruk jadikan sempadan.
Cnm, 24 Ogos 2022. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Goldkey at 12-12-2022 05:12 PM
Tengkujuh Menjengah
..di hati mereka mula ada getar memanah
betapa gelora lautan bagai nanah
jadi duri dalam daging melunas amanah
anak isteri perlu menjamah
dari rezeki yang tidak menjanji ramah
tabahlah duhai pelaut gagah
mudahan rezekimu tetap murah...
Cnm |
|
|
|
|
|
|
|
Jemari Membeku
Setahun nan lalu
jemariku membeku
enggan menarikan kata
terbiar sepi laman karya
hari ini tak semena
entah lagu apa menusuk jiwa
hadir menjengah laman bicara
jemariku masih ada....
Cnm
|
|
|
|
|
|
|
|
OKTOBER
Oktober
...kulihat dunia
pertama kalinya
dalam suram pelita minyah tanah
dan sesekali diterangi lampu gasolin
...tak seindah kini
yang terangi kerdip neon
penuh pancaroba
...tak mungkin kuundur waktu.
Oktober
...ada gementar
menyelinap ke jiwa mereka
bermula tengkujuh menerjah
menepis rezeki yang tak pernah pasti.
Oktober
...mesralah dengan kami
murahkan rezekiMu ya Allah
mekarkan semangat yang kian kusuh
dihakis hiruk pikuk sekitaran.
Oktober
begitu banyak memori terpahat
mudahan ada sinar kedamaian
lenyaplah kesuraman bumi bertuah ini
pergilah awan kelabu bersama sendu
...dan perlahan sinar kembali warnai hari.
Cnm
|
|
|
|
|
|
|
|
wajah pagi
...sebening tampan wajah pagi
moga sejahtera kamu di sana
menjalani hari
bersulam kuntum senyuman
tiada duka menjengah
yang hadir
cuma gelak tawa
hiasi taman hatimu.
Cnm
|
|
|
|
|
|
|
|
Rang Bulan
...kelam seraut wajahmu
terselindung di sebalik selendang awan
dan daku terus merindu
merenung kembaramu sepanjang malam,
ada rezeki kita bertatapan lagi.
...dikau dinanti serata alam
setelah sebulan menhan lapar dahaga
seriwajahmu memeriah suasana
disambut penuh kemeriahan
walau dalam kerisauan
kutunggu wajahmu
tanpa selendang malam
dan tanpa selimut awam,
rindu tak pernah suram.
Indah wajahmu menyeri
kalam malam dibalut dingin
terbit kehangatan antara kita
saling menatap
tanpa bertemu dakap pelukan
izinkan seperti selalu
kumengintai kelibatmu dari jendela rindu.
Cnm
|
|
|
|
|
|
|
|
LEPAS
… dia ingin bebas
maka dia berjuang untuk bebas
walau hak orang dikebas.
…dia mohon dilepas
maka dia bersuara di pentas-pentas
walau seketika hampir lemas.
…dia dilepas tanpa bebas
maka dia mengangkat tangan puas
walau umum tahu cerita di balik canvas.
dia tersenyum malas.
Cnm |
|
|
|
|
|
|
|
Laut Kasih 416
…Melayari bahtera hidup bersamamu
adakala terlambung dek ombak dugaan
namun kitalah pelayar yang menentu dermaga dituju
Jauh sekali diriku dari sempurna
namun kucuba melengkapkan harimu
agar ia jadi indah untuk dikenang tatkala
tiada lagi yang menyayangimu di sini
Limpahan laut kasihmu
bawa kita ke jalan tuju syurgaNya
mudahan ditakdir
kesudahan terindah buat kita
ke alam di sisiNya.
Cnm, 24/7/24. |
|
|
|
|
|
|
|
Laut Kasih 417
…kita sering kali berbeza cara
pun mungkin tak senada dalam kata
namun cinta kita terus mewangi seadanya.
biarlah andai laut kasih bergelora
sabar beri ruang lebih mencapah minda
manis jua akan tertera
dari amarah yang menjerut rasa
banyak masa terbuang tanpa makna.
Moga kasih kita terus berbaja
mekar subur merimbun ke syurga
mudahan kesudahan baik milik kita
dengan reda dan izinNya.
Cnm, 26/7/24 |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|