Perkembangan banjir di Sabah.Seramai 4,118 orang mangsa masih ditempatkan di 19 pusat pemindahan dalam tempoh empat hari bencana melanda.Tiga kawasan terjejas ialah Tenom, Keningau dan Beaufort.Beaufort antara daerah yang masih kritikal dan dilapor memerlukan bantuan tambahan.Semua agensi kerajaan termasuk Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan pasukan Smart diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dan bersiap sedia bagi membantu mangsa banjir dan menghadapi sebarang kemungkinan.Sehingga tengah hari tadi, seramai 1,165 keluarga terjejas akibat banjir.