CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3733|Reply: 0

Ford Focus 2014…akan datang!

[Copy link]
Post time 25-2-2014 03:12 PM | Show all posts |Read mode
Ford Focus 2014…akan datang!


Ford baru saja mendedahkan imej bagi model Focus yang dinaik taraf serta bakal dipamerkan di Geneva Motor Show ke-84 yang berlangsung dua minggu lagi.

Generasi ketiga Focus ini ditawarkan pada dua varian iaitu hatchback dan turiner. Menariknya, model Focus 2014 ini telah mengadaptasikan rekaan yang diinspirasikan daripada Aston Martin iaitu untuk lampu utama dan bampar hadapan serba baharu.



Manakala bahagian luaran lain tidak ada banyak berbeza melainkan sedikit sentuhan yang lebih segar pada bampar belakang dan lampu belakang.

Walau bagaimana pun, bahagian kabin Focus 2014 ini menerima banyak perubahan termasuk rekaan semula pada konsol tengah dengan penambahan beberapa butang kawalan.



Daripada sudut mekanikal, Focus 2014 ini masih menerima padanan enjin yang sama seperti mana model yang sedia ada. Namun Ford turut merancang untuk menambah enjin 1.5 liter EcoBoost bersama dengan 1.5 liter diesel.

Untuk meningkatkan tahap pelepasan karbon dioksida dan meningkatkan lagi bahan api yang lebih ekonomik, Ford akan menarik tarafkan enjinnya.



Malah Ford turut dilaporkan sedang merancang untuk menghasilkan model Focus yang menggunakan teknologi hibrid seperti mana model C-Max.

Bagi model Focus ST pula, ia hampir sama dengan varian hatchback tetapi imej luarannya bersifat lebih agresif. Bahkan stereng, suspensi dan casis juga dipertingkatkan supaya menjadi lebih sporty dan berprestasi. Enjin 2.0 liter EcoBoost ini mampu menjanakan kuasa maksimum 250hp dan tork 360Nm.

Adakah Focus 2014 ini tersenarai dalam model yang bakal dibawa masuk oleh Ford Malaysia pada tahun ini setelah mengesahkan bakal membawa masuk UV kompak urban EcoSport serba baharu, Fiesta ST dan Ford Fiesta 1.0 EcoBoost?

Nantikan pengumuman Ford Malaysia kelak!









Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.073561 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list