CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10380|Reply: 10

Gadis kecil yang sangat Tabah

[Copy link]
Post time 12-5-2014 07:54 PM | Show all posts |Read mode
Posting pertama di sini sebab.. saya sgt terharu dengan gadis kecil ini.. Dia buat saya menangis teresak2 .. Semoga Allah lindungi dan berkati hidupnya selalu.. Dia juga buat saya rasa insaf di atas segala keluhan yg saya pernah luahkan. My only wish is i can give her a big hug n a kiss although i do not know where to find her.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2014 08:26 PM | Show all posts
aritu nick vujicic yg oku tu dtg malaysia..dia update status fb dia ttg budak ni..lepas nick buat speech kt mana ntah..dia naik keta dia ngn crew..dia singgah isi minyak..pastu ttb ayah budak ni dtg kt keta bgthu nick anak dia nk jmpa..rupanya ayah dia follow nick dr tmpt yg dia buat speech tu semata2 nk pastikan anak dia jumpa nick n dpt inspirasi dr kisah hidup nick....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2014 08:47 PM | Show all posts
MrsInsp posted on 12-5-2014 12:26 PM
aritu nick vujicic yg oku tu dtg malaysia..dia update status fb dia ttg budak ni..lepas nick buat sp ...

jadi budak ni mmg org Malaysia? tak tahu nak cakap mcm mana.. no wonder dengar dia kata betul betul ho liau..  comel sangat!
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2014 09:02 PM | Show all posts
kurang2 kita da lg yang kekurangan,insaf seketika..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2014 09:10 PM | Show all posts
MrsInsp posted on 12-5-2014 12:26 PM
aritu nick vujicic yg oku tu dtg malaysia..dia update status fb dia ttg budak ni..lepas nick buat sp ...

dari blog Hemi Mokhtar

Adik Damia Irsalina Seronok ke SekolahPOSTED ON 03/01/2014
Damia Irsalina kebanyakan kita tidak mengenali beliau. Si cilik nie bukanlah artis glamer atau finalis bintang kecil, tetapi seorang insan istimewa yang mempunyai semangat yang tinggi.
Adik Damia Irsalina bt. Dr. Daeng Malis 7 tahun berasal dari Kampung Lubuk Batu, Kuala Berang Terengganu merupakan si cilik istimewa yang dilahirkan kudung kedua tangan dan juga kedua kaki, hanya kaki kiri sahaja yang mempunyai tiga jari yang membantu adik Damia melakukan aktiviti harian terutama menulis dan melukis. Damia mula bersekolah pada tahun ini di darjah satu sekolah Kebangsaan Kuala Temelong (SKKT) disini. Minat untuk menimba ilmu dikesan oleh ibunya yang melihat adik Damia sungguh teruja membelek buku dan juga mencuba pakaian sekolah yang dibeli.
Kata adik Damia
“Saya seronok masuk sekolah hari ini, saya mahu belajar bersungguh-sungguh”
Temuramah yang dijalankan bersama ibu Kak Nik (Nama timangan adik Damia Irsalina oleh tabloid tempatan menceritakan saat menambut kelahiran adik Damia.
Mengimbas semula kenangan manis sewaktu melahirkan Kak Nik (nama timangan Nur Damia Irsalina) pada 30 Jun, 2007, Rosnaini berkata semuanya berjalan lancar sepanjang kehamilan. Cuma saya perasan, pergerakan bayi dalam kandungan ketika itu agak perlahan, tiada tendangan yang kuat seperti ketika saya mengandungkan dua lagi kakaknya sebelum itu, kata jururawat itu.“Malah, dua malam sebelum kelahiran Kak Nik, saya bermimpi mendengar suara yang menyatakan saya akan melahirkan anak istimewa, namun bila saya tanya apa dan bagaimana, suara misteri itu hanya menyuruh saya melihat bayi itu sendiri selepas dilahirkan.“Hampir waktu bersalin, doktor memaklumkan saya perlu dibedah kerana kedudukan bayi yang masih songsang, namun sebaik tiba di bilik pembedahan, saya terus berasa sakit dan mampu melahirkan Kak Nik secara normal dengan mudah”, katanya tersenyum apabila mengingati semula detik penuh bermakna dalam kehidupan seorang wanita.“Doktor, bagaimanapun menunggu kehadiran seorang lagi doktor pakar sebelum menyerahkan Kak Nik kepada saya dan apabila disuruh bersabar dan bersyukur terpilih sebagai insan bertanggungjawab memelihara anak istimewa, saya mula berdebar-debar.“Saya tergamam apabila melihat bayi saya ketika itu, namun entah bagaimana datangnya kekuatan, tiada setitik air mata yang berlinang, sebaliknya saya terus mendakap Kak Nik dan mencium wajah comelnya, sama seperti anak lain,” katanya yang hanya mula menangis kesedihan apabila memikirkan masa depan puteri ketiganya itu yang terpaksa hidup sebagai insan kurang upaya.Ketika wanita lain yang menjalani proses berpantang ceria bersama bayi mereka, Rosnaini terus dirundung duka memikirkan masa depan bayinya itu yang terpaksa mengharungi pelbagai cabaran hidup sebagai insan istimewa.Kehadiran si suami yang sentiasa memberi kata-kata semangat dan nasihat sedikit sebanyak mampu merawat duka yang terpendam sehinggalah pada Disember 2007, ketika Kak Nik berusia empat bulan, pasangan ini menonton video mengenai Nick Vujicic yang memaparkan kemampuannya berdikari.Menjadikan Nick Vujicic sebagai idola dan juga pemberi semangat
Vujicic turut dilahirkan tanpa kaki dan tangan tetapi aktif menjalani kehidupan seperti biasa dan sehinggakan beliau memberi motivasi kepada mereka yang lain.Video itu menunjukkan betapa gembiranya Vujicic mempamerkan kehebatannya berenang, meluncur ombak dan bermain segala bentuk jenis sukan dan menikmati hidup sama seperti insan normal lain.“Hanya Tuhan yang tahu betapa gembiranya saya ketika itu dan saya menangis keriangan kerana buat pertama kalinya saya melihat masih ada sinar untuk anak saya di dunia ini.”Sejak itu, saya mula mengikuti perkembangan Vujicic, termasuk kisah peribadinya, kerjayanya dan kecemerlangannya yang menjadi sumber inspirasi kepada kami sekeluarga,” katanya tersenyum. Seiring tumbesaran Kak Nik, saya sentiasa mengingatkan kepadanya agar bersyukur kerana dipilih Allah untuk diuji sebegini.Walaupun ada kalanya Rosnaini yang hampir berputus asa dan setiap kali melihat beliau menangis, Kak Nik pula yang memujuknya agar jangan bersedih dan berjanji akan menjadi insan terbaik dalam hidup ini.


Peluang bertemu dengan Nick Vujicic
Apabila mengetahui Vujicic datang ke Kuala Lumpur pada Ogos lepas, pasangan ini terus ke ibu negara untuk bertemu sendiri dengan idola mereka selama ini.Walau dalam kesamaran, tidak mahir selok-belok jalan raya di ibu kota, dengan berpandukan GPS mereka menghala ke tempat Vujicic menyampaikan ceramahnya.“Malangnya kami tidak dibenarkan masuk ke gereja tempat Vujicic berceramah atas alasan kami orang Islam, namun kami terus menunggu kelibatnya di luar dan berhasrat mahu mengekorinya hingga ke hotel penginapan agar dapat memenuhi hajat kami yang mahu bertentang mata dengannya.“Memang rezeki kami, sebaik Vujicic keluar, kami terus mengekori rapat van yang dinaikinya sehingga van itu berhenti di sebuah stesen minyak dan di situlah kami sekeluarga berlari ke arah van itu untuk menyatakan hasrat kami kepada Vujicic,” katanya yang gembira apabila selebriti itu meluangkan masa untuk meraikan mereka dengan makan malam di hotel.
Vujicic banyak bercerita tentang pengorbanan ibunya kepada Rosnaini di mana segala cabaran yang dilalui adalah sama seperti pengalaman jururawat ini yang akhirnya berjaya menyuntik semangat luar biasa untuk beliau terus melakukan yang terbaik buat Kak Nik.“Mata Kak Nik bersinar-sinar sepanjang pertemuan itu dan kelihatan beliau sangat teruja melihat sendiri idolanya berada di depan mata, umpama mimpi menjadi kenyataan.“Vujicic juga sempat memberi kata-kata semangat untuk Kak Nik yang direkod dalam video dan beliau pesan agar kami menayangkan video itu kepada Kak Nik apabila beliau dewasa kelak,” katanya yang sangat gembira apabila Kak Nik mula menunjukkan perubahan ketara selepas pertemuan itu.
Sesungguhnya kisah Adik Damia Irsalina Daeng Malis ini sungguh memberikan inspirasi yang juga mengingatkan saya betapa kecilnya dugaan yang kita sebagai khalifah dimuka bumi terima berbanding dengan beliau. Sesungguhnya tiada jalan yang lain untuk lari dari masalah selain dari menempuhnya. Jadikan ini sebagai pendorong dan pemberi semangat dalam diri setiap dari kita tidak kira di bangku sekolah mahupun yang dewasa untuk terus berusaha menuju kejayaan.Saya Helmi Mokhtar mendoakan semoga adik Damia Irsalina atau Kak Nik tabah dan dipermudahkan segala urusan harian sekarang dan juga masa hadapan. Berminat untuk bertemu dangan si cilik yang berjiwa besar ini. Insyallah satu hari nanti pasti kita akan bertemu Kak Nik.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2014 09:19 PM | Show all posts
video motivasi dari Nick Vujicic untuk adik Damia Irsalina

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2014 10:00 PM | Show all posts
gambar2 tu la yg nick share kt fb dia wktu dia mlawat malaysia aritu..mmg sya ingat2 sngat2 adik nih..mak nick tu pun nurse..sma mcm adik ni..n yg bes nama diaorg pun sama..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2014 08:59 PM | Show all posts
masa pertama kali tgk video adik ni, i sebak gile.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-6-2014 01:46 AM | Show all posts
matahari8011 posted on 12-6-2014 12:59 PM
masa pertama kali tgk video adik ni, i sebak gile.

kalau nak kata intan terpilih... ni lah dia intan terpilih .. kiut sgt adik ni.. kita yg melihat tak tahu mcm mana nak bantu dia.. saya harapkan sgt dia temui kebahagiaan dunia akhirat insyaa Allah. yg cukup sifat sebenarnya tak layak mengeluh..i hope to meet her someday.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 06:51 PM | Show all posts
memang tabah, semoga dia akan jalan dgn lancar masa depan ye......sayang ye
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2014 06:51 PM | Show all posts
memang tabah, semoga dia akan jalan dgn lancar masa depan ye......sayang ye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 04:50 PM GMT+8 , Processed in 0.043827 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list