CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8229|Reply: 18

MAT KILAU PAHLAWAN PAHANG

 Close [Copy link]
rodriguez This user has been deleted
Post time 19-12-2003 05:53 PM | Show all posts |Read mode
berdasarkan kepada topik aku yang serupa di board history.

MAT KILAU PAHLAWAN PAHANG

tentu korang pernah dengar tentang mat kilau ni.beliau adalah pahlawan pahang yang paling terkenal selain tok gajah(ayahnya) dan tok bahaman dalam menentang penjajahan inggeris di negeri pahang.sebut pasal mat kilau ni..aku sendiri dilahirkan di kg mat kilau jerantut pahang tapi takde lansung kaitan sanak saudara dengannya.( hanya kaitan persaudaraan dalam islam)..cucu mat kilau adalah rakan sekelas masa kat sekolah rendah dulu..skang mungkin dah dipinang orang.

  mat kilau dilahirkan pada tahun 1865@1866 di kampung pulau tawar jerantut pahang (kampung tersebut masih wujud sampai sekarang).beliau adalah anak kepada Imam rasu@ tok gajah seorang pembesar dan pahlawan terbilang sultan pahang pada waktu itu.ilmu kepahlawanannya dipelajari daripada ayahnya sendiri dan beberapa orang yang lain.pernah diberitakan..mat kilau sempat menuntut ilmu agama daripada wali Allah iaitu tukku paloh seorang ulama terbilang di terengganu semasa berlindung diri daripada pihak inggeris.

mat kilau menunjukkan ciri ciri kepimpinan dimana hugh clifford sendiri berunding dengan beliau.semasa pertempuran dengan pihak british..adakalanya beliau menang dan adakalanya beliau kalah.(salah satu kubur anak kepada pegawai british yang terbunuh semasa pertempuran di jeram ampai dijumpai di kebun bunga kat sekolah aku).

dalam satu pertempuran sengit..beliau telah mendapat luka parah dan pihak british telah mengandaikan beliau mati dalam pertempuran.waktu itu pula datuk bahaman telah ditangkap oleh kerajaan siam pada tahun 1895.berita kematian mat kilau telah disiarkan oleh the free press yang berpusat di singapore.

oleh kerana dicop penderhaka oleh british,beliau telah terpaksa bersembunyi dan berpindah randah..sehingga akhirnya menetap di gambang kuantan dan memakai nama mat siam.

pada hari jumaat 26 disember 1969,mat kilau telah menggemparkan seluruh malaysia dengan membuat pengumuman dirinya di hadapan jemaah di kampung pulau tawar jerantut pahang,kampung kelahirannya.ini memaksa kerajaan pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa khas menyiasat dakwaannya,,,akhirnya pada pukul 10.30 pagi hari Khamis,6 Ogos 1970,Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang. empat hari selepas pengiktirafan itu,,beliau telah kembali ke rahmatullah tatkala berusia 122 tahun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2003 05:57 PM | Show all posts
Teringat lagi gambar yg keluar kat paper BACARIA (kalau tak silap aku) thn 80an dulu. Kononnya, lelaki dlm gambar tu ilah Mat Kilau yg sebenarnya blm mati.
Reply

Use magic Report

rodriguez This user has been deleted
 Author| Post time 19-12-2003 05:59 PM | Show all posts
aik tenko..ada orang lain claim mat kilau pulak dah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2003 06:06 PM | Show all posts
Originally posted by rodriguez at 2003-12-19 17:59:
aik tenko..ada orang lain claim mat kilau pulak dah ke?

Tak ingat dah berita tu camner but lbh kurang gitu la kot!
Reply

Use magic Report

rodriguez This user has been deleted
 Author| Post time 19-12-2003 06:13 PM | Show all posts
dalam bacaria tu memacam ceria ada tenko weih..aku pernah baca...

1. orang claim dia Imam mahdi.
2. orang claim dia ada minyak dagu pastu calit kat perempuan..perempuan jadi cair
3. segala macam claim lagi

pasal mat kilau ni..kerajaan pahang siap buat satu jawatankuasa khas nak siasat allahyarham ni..sebab dia ni aset berharga kerajaan negeri...herm tapi zaman tu tak wujud lagi kajian dna kot..tak canggih cam sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2003 11:14 PM | Show all posts
Mat kilau mmg pahlawan terbilang..tapi sebab dia bukan UMNO...namanya agak dilupakan berbanding onn jaafar(pengasas UMNO) yg dipuja sebagai penentang inggeris

ps: dimanakan keadilann:cool:
Reply

Use magic Report

Follow Us
rodriguez This user has been deleted
 Author| Post time 19-12-2003 11:26 PM | Show all posts
peyno... ramai jugak pejuang kemerdekaan yang dilupakan..contohnya puak puak berhaluan kiri(bukan komunis)..yang terpenjara dek british masa menuntut kemerdekaan dulu..
dan aku pernah baca kat thread di board opinion tuh..pasal kisah anggota polis bukit kepong yang terselamat masa serangan komunis tu...yusof rono...macam terabai jer.
Reply

Use magic Report

Pak su This user has been deleted
Post time 22-12-2003 10:50 AM | Show all posts
Kamu penah pergi kekuburnya?

Tak sampai hati jika menlihatnya jika benar itu kubur  MAT KILAU
dikampung Pulau Tawar Jerantut. Datang dan lihatlah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2003 10:17 AM | Show all posts
kubur tu kat kampung Pulau Tawar..dekat la ngan tmpt saya pak su..kubur arwah tu pernah tgk dr jauh ajer ...bawah pokok kalau tak silap..kalau tak di jaga skrang nie..mau nye bersemak samun..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2003 02:01 PM | Show all posts
Originally posted by rodriguez at 2003-12-19 11:26 PM:
peyno... ramai jugak pejuang kemerdekaan yang dilupakan..contohnya puak puak berhaluan kiri(bukan komunis)..yang terpenjara dek british masa menuntut kemerdekaan dulu..
dan aku pernah baca kat thr ...



betul tu...
kebanyakan puak2 berhaluan kiri ni asalnya dari temerloh atau lanchang..
musa ahmad dan samah yang masih idup kat kg. perdamaian thailand..
aku pernah ziarah rumah samah kat mempateh dan masih ada kesan peluru tembakan askar didinding rumahnya...
masa tu mereka dicop komunis!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2004 10:12 AM | Show all posts
Originally posted by Pak su at 22-12-2003 10:50:
Kamu penah pergi kekuburnya?

Tak sampai hati jika menlihatnya jika benar itu kubur  MAT KILAU
dikampung Pulau Tawar Jerantut. Datang dan lihatlah...


kubur dia kat kg kedondong Pulau Tawar..dengan ngan kubur arwah

aki dan tok ako...
Reply

Use magic Report

Pak su This user has been deleted
Post time 8-1-2004 11:59 AM | Show all posts
Originally posted by sitoYoL at 2004-1-8 10:12 AM:
kubur dia kat kg kedondong Pulau Tawar..dengan ngan kubur arwah

aki dan tok ako...



Laa DI orang pulau tawa khaba? pedahak betul Di kaba...kash selalu juga kesane tu ke kampung KUBANG SEKENDAL....
Reply

Use magic Report

Pak su This user has been deleted
Post time 8-1-2004 12:15 PM | Show all posts
Originally posted by peYno at 2003-12-19 11:14 PM:
Mat kilau mmg pahlawan terbilang..tapi sebab dia bukan UMNO...namanya agak dilupakan berbanding onn jaafar(pengasas UMNO) yg dipuja sebagai penentang inggeris

ps: dimanakan keadilann:cool:


Hai... sini pun citer bab politk...
Paksu kadang pun tersasul jugak dengan politiknya...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2004 12:17 PM | Show all posts
Originally posted by Pak su at 8-1-2004 11:59:
Laa DI orang pulau tawa khaba? pedahak betul Di kaba...kash selalu juga kesane tu ke kampung KUBANG SEKENDAL....



masa kecik kecik dulu selalu arrr balik pulau tawar...masa arwah aki dan

tok ada..sekarang nie masa rayer jer gie sana..tu pun nengok kubur

dan beraya umah ayah sedara..

Pulau Tawar ada nama kg Kubang Sekendal??:stp: tak tau pun..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2004 12:19 PM | Show all posts
Originally posted by Pak su at 8-1-2004 12:15:
Hai... sini pun citer bab politk...
Paksu kadang pun tersasul jugak dengan politiknya...



biasalah kat sini citer politik..org pahang pun dah jadi TPM..
Reply

Use magic Report

Pak su This user has been deleted
Post time 8-1-2004 12:24 PM | Show all posts
Originally posted by sitoYoL at 2004-1-8 12:17 PM:
masa kecik kecik dulu selalu arrr balik pulau tawar...masa arwah aki dan

tok ada..sekarang nie masa rayer jer gie sana..tu pun nengok kubur

dan beraya umah ayah sedara..

Pulau Tawar ada na ...



Apa laa kamu nei...kat P. Tawar tu byk nama kampungnya...kg. masjid, kg. Bandar, Bukit rang, kubang sekendal, bukit nikmat...nanti balik tanya orang tua yaa...tapi tak lawan jalannya banyak sangat tahi lembu...


~ dulu pak su ada kenal seorang pangkat aki laa bekas Polis   Sarjan Abdullah namanya dah meninngal dah tapi dia memang orang Pulau Tawar, paksu baik dengan dia  - al Fatihah...

[ Last edited by Pak su on 8-1-2004 at 12:28 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2004 12:28 PM | Show all posts
Originally posted by Pak su at 8-1-2004 12:24:
Apa laa kamu nei...kat P. Tawar tu byk nama kampungnya...kg. masjid, kg. Bandar, Bukit rang, kubang sekendal, bukit nikmat...nanti balik tanya orang tua yaa...tapi tak lawan jalannya banyak sangat  ...



tu la pasal..setiap kali beraya ke Pulau Tawar..pasti ako basuh balik tayar

keta ako..wakakakaaa..

ermmm..kalo bukit nikmat..bukit rang dan kg masjid ako tau la...

maybe kubang sekendal tak glemer kot..
Reply

Use magic Report

Pak su This user has been deleted
Post time 8-1-2004 12:30 PM | Show all posts
Originally posted by sitoYoL at 2004-1-8 12:28 PM:
tu la pasal..setiap kali beraya ke Pulau Tawar..pasti ako basuh balik tayar

keta ako..wakakakaaa..

ermmm..kalo bukit nikmat..bukit rang dan kg masjid ako tau la...

maybe kubang seke ...


Heheheh..nanti balik cuba cari nama kg Kubang Sekendal....
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2006 02:15 PM | Show all posts
Dipetik dari berita harian online

PAHLAWAN terbilang Melayu, Mat Kilau tidak hanya berjuang menentang penjajah di negeri kelahirannya, Pahang malah turut sama menyemarakkan semangat perjuangan bagi menebus maruah bangsa dan agama di negeri jiran iaitu Terengganu dan Kelantan.

Anak kelahiran Kampung Masjid Pulau Tawar, Jerantut itu adalah anak kepada orang besar Pahang, Imam Rasu yang turut dikenali sebagai Tok Gajah.

Sekitar 1890-an, berlaku pemberontakan rakyat di Pahang yang marah dengan tindakan British mengambil alih tugas memungut cukai dan hasil daripada pembesar negeri yang dilantik.

Antara yang menerima akibat daripada campur tangan pentadbiran British di Pahang adalah pembesar negeri iaitu Tok Gajah dan Datuk Bahaman.

Kesan daripada itu, bermula siri pemberontakan di kalangan pembesar negeri hingga mengakibatkan mereka diburu British kerana menentang penjajah.

Rentetan daripada peristiwa itu, British mengisytiharkan perang terhadap beberapa pembesar Pahang dan mengarahkan mereka ditangkap serta dihukum.

Bagaimanapun, Mat Kilau dan beberapa pembesar lain berjaya melarikan diri dan menyebarkan semangat perjuangan menentang penjajahan di negeri jiran iaitu Kelantan dan Terengganu.

Perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu daripada dua tokoh ternama kedua-dua negeri iaitu ulama terkenal Terengganu, Tokku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Kelantan.

Melalui kerjasama dan sokongan padu yang diberikan, Mat Kilau yang agak mahir dengan ilmu hutan menyusup masuk ke Terengganu dan Kelantan melalui beberapa laluan khusus yang hingga ke hari ini laluannya masih tetap digunakan khususnya pencari gaharu.

Dipercayai, terdapat tiga laluan yang digunakan Mat Kilau untuk ke Terengganu dan Kelantan bagi mendapatkan sokongan penduduk di kedua-dua negeri itu.

Antaranya, laluan dari Kampung Bantal di Jerantut ke Kampung Pasir Raja di Dungun, laluan dari Jerantut ke Pasir Nering, Hulu Terengganu dan laluan dari Jerantut ke Gua Musang Kelantan.

Bagaimanapun, laluan yang kerap digunakan Mat Kilau dan pengikutnya bagi mengelakkan diri daripada British adalah laluan antara Kampung Bantal ke Kampung Pasir Raja.

Penentangan Mat Kilau yang berterusan terhadap British menyebabkan dia menjadi orang buruan yang paling dikehendaki dan dicop sebagai penderhaka oleh Inggeris menyebabkan beliau mengasingkan diri dan hidup berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat.

Pada Oktober 1895, laporan akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura, iaitu The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka, iaitu Datuk Bahaman ditahan pemerintahan Siam. The Free Press pula menyatakan Mat Kilau yang melawan ketika ditangkap cedera pada muka dan kepala. Kecederaannya dikatakan parah dan dia mati dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan darah yang banyak.

Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka tamatlah riwayat pahlawan Melayu itu.

Bagaimanapun, apa yang sebenarnya berlaku tidak diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa Awang Mat (Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain.

Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris, maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang. Sejak 1930, Mat Kilau terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.

Pada Disember 1969, Tuhan menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim, memperkenalkan dirinya yang sebenar. Untuk mengelakkan dirinya daripada menjadi tumpuan ramai, Mat Kilau bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya.

Atas daya usaha Omar Mat Kilau, pahlawan Melayu itu dibawa ke kampung asalnya iaitu Kampung Masjid, Pulau Tawar.

Pada Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau pergi ke masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau membaca Quran dan kemudian mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.

Pengisytiharan itu menggemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan, pada jam 10.30 pagi Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd Seh.

Setelah empat hari pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana uzur. Usianya ketika itu dipercayai 122 tahun. Dengan kematiannya itu, beliau tidak sempat menceritakan kisah perjuangannya lebih lanjut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.130451 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list