View: 3742|Reply: 12
|
Jin di sekolah dan 'daycare'?
[Copy link]
|
|
Salam. Pertama sekali, saya baru kat board misteri ni,selama ni jadik silent reader je. Kedua, saya ni takdelah banyak pengalaman encounter dengan makhluk halus ni, ada la sikit, dan ketiga, mungkin perkongsian saya tak seram mana, tapi tak kira ahh, nak kongsi jugak
Saya bahasakan diri 'aku' yek dalam cerita cerita di bawah
Cerita Satu
Tahun 2002. Aku baru darjah enam, bersekolah di sebuah sekolah di utara tanah air. Memandangkan nak UPSR, cikgu cikgu yg rajin buat la tusyen free. 3 hari seminggu tak silap aku. Satu hari ni, out of the blue aku mintak ayah aku hantar right after solat maghrib, aku dengan sorang kawan aku. Selalunya pukul 8 keatas baru pegi sebab kelas start pukul 8.30 malam. Malam tu entah apa la yg aku eksaited sgt nak pegi awal
Pagar sekolah tu ada dua. Pondok guard pulak berdekatan main gate. Keadaan memang sunyi, dalam pukul 7.40-7.45gitu la. Kami decide nak masuk sekolah guna gate utama. Korang nak tau, depan second gate tu, ada surau dan rumah mayat (tmpt org mandikan mayat). Angker tak? Hehe. Sbb tu kami guna first gate. Jejak je kaki dalam kawasan sekolah,mata kami meliar cari pak guard. Sebab pondok pengawal tu kosong. Dalam hati ada sikit rasa cuak sebab mostly lampu tak dibukak. Gelap je. Dengan tak nampak batang hidung pak guard. Tp memasing buat bodoh, konon berani. Jadi kami pun menapak menuju kelas, bangunan kelas ni mmg hujung sbb bangunan baru, menghala ke arah gate kedua. Lepas drpd pondok guard tu kalau jalan kedepan sikit akn jumpa kolam ikan. Tepi kolam ni ada rimbunan pokok buluh, memang sangat merimbun. Kami pun jalan la, malam tu tak berangin sgt. Tak nampak sorang pun lagi kengkawan, kami agak yg kami org terawal. Tengah berjalan tu, hah! Pokok buluh tu bergoyang sekuat kuatnya mcm digoncang oleh sesuatu. Memang bkn manusia yg goyang sbb perdu pokok buluh tu lg besar dari pemeluk orang dewasa. The whole pokok buluh tu goyang, bukan setakat perdu dia je. Kami apa lagi, tercegat sesaat dua, aku tengok hang, hang tengok aku. Muka memasing pucat tak berdarah dah. Jantung macam nak pecah.Terus patah balik, lari selaju lajunya keluar dari kawasan sekolah. Keluar je dari gate tu, nampak sorang kawan laki ni tengah berjalan menghala ke gate sekolah. Baru datang la tu. Terpinga pinga dia tengok kami berdua yg lari mcm tak cukup tanah. Story serba sedikit kat dia,then kami bertiga pun beriringan jalan masuk balik ke dlm kwsn sekolah. Dan, pak guard pun muncul, rupanya dia pegi beli makanan. Maknanya minutes earlier tu, aku dgn kawan aku je laa yg ada dalam sekolah tu
Moral of the story: Maghrib- maghrib ni waktu syaitan berkeliaran, duduk je dalam rumah. Jangan eksaited terlebih nk pegi tusyen awal ke apa ke.
Last edited by paiayam on 25-7-2014 10:40 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Cerita dua
Ini pun masa tusyen free tu jugak. Ada satu hari ni,aku baru nak mendaki tangga naik ke kelas. Masa ni aku sorang je. Kat kelas kat tingkat dua tu, ada la a few kawan yg datang awal. Masa aku nak jejak kaki kat anak tangga pertama ni, aku ternampak kawan sorang ni melambai lambai (sambil tersengih). Dia berdiri kat hujung blok.Aku hairan dan decide nk pegi kt dia, nak tanya, hang buat apa kt hujung bangunan ni. Sorang sorang pulak tu. Aku pn berjalan la ke arah dia, bayangkan hujung bangunan nak ke hujung bangunan, lebih kurang 100 metre gak la. Once dah sampai ke hujung bangunan tu, eh dia takde. Heran jugak. Aku dgn naifnya pusing la the whole bangunan, sah! mmg takde. Tapi tak pikir apa pun, lantak lah, ingat dia memain. Aku batalkan niat nak naik ke kelas dan aku pn pegi ke tapak perhimpunan , apa motif aku pegi tapak perhimpunan aku pn tak ingat. Masa ni ramai kengkawan yg baru sampai. Dan aku nampak dia. Dia baru sampai. Aiyaaarkk. Jadi, apabenda yg lambai aku td tu..
Last edited by paiayam on 25-7-2014 10:32 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
paiayam posted on 25-7-2014 10:07 PM
Cerita dua
Ini pun masa tusyen free tu jugak. Ada satu hari ni,aku baru nak mendaki tangga naik k ...
Habis dah cerita zaman kanak kanak, ni cerita zaman dewasa pulak. Baru je lagi kejadian ni
Cerita tiga
Aku penah keje kat daycare. Ada enam staf termasuk aku. Kami semua stay kat daycare tu. Ada parents yg akan hantar anak seawal 6:15 pagi, jadi sesama kami ni ada jadual lah, bangun awal ikut turn memasing. Jadi, masa giliran bangun awal tu, kami akan bangun seawal jam 5 lebih,yelah nak mandi, nak tunggu solat subuh, nak bukak gate apa semua. Staf lain selalunya masih tidur.Kebiasaannya aku bangun terus pegi unlock pintu, unlock grill dan unlock gate, then baru aku pegi mandi dan bersiap. Lepas solat subuh baru aku jadik patung cendana kat luar rumah (ada kerusi,meja of course) tunggu anak anak datang.
Kisahnya, satu hari ni, giliran aku bangun awal. Pegi la unlock pintu, pastu nk unlock pintu gril pulak. Masa aku duk cucuk anak kunci kedalam mangga gril tu, tetiba! aku terbau hanyir darah. Kuat sangat baunya. Bau tu macam melintas, menyapa lubang hidung. Aku rasa lain macam dah tapi gagahkan diri keluar, pegi unlock pagar. Sunyi sangat keadaan. Tak masuk waktu subuh lagi. Sudah je aku unlock pintu pagar, cepat cepat aku masuk rumah balik. Siangnya tu, aku cerita la kt staf lain. Dan ….bermula la kisah…..
2-3 hari selepas tu, sorang demi sorang staf terbau bauan yang pelik, ada yang tercium bau bangkai.Termasuk la aku. Bayangkan tengah tidur ni, tetiba mata tercelik, dan bau bangkai menyapa,tengah tidur tu, aihhh. Menusuk baunya. Kami tercari cari jugak la bangkai cicak ke tikus ke, tapi mmg takde. Dan bau tu muncul waktu dinihari je. Bila siang, bau tu takde. Masing masing bertahan, buat tak tau je, nak tengok sampai bila bau tu akan muncul.
Dan kemuncaknya, kami kena kacau waktu tidur malam. Kalau nak tau, semua staf tidur kat living hall, sebab best sambil ngadap tv sambil nak tidur tu kan Living hall memang lapang la, daycare kan,takde perabot kecuali satu rak yg diletakkan kat bawah tangga. Rak ni jadik tempat kami letak barang-barang mcm majalah, charger telefon, earphone, gugusan kunci rumah, dan kadang kadang ada la tersesat mainan anak anak yg dorang bawak darirumah (kete mainan, tedy bear, etc). Pengalaman aku, hmm sewaktu tidur malam tu, selalu akan terjaga sekitar jam 2-3 pagi, terdengar seolah olah barang2 kt tingkat atas dipunggah, mmg bising. Dan kengkadang, terdengar bunyi macam rak kt bawah tangga tu diusik usik, barang diletak secara kasar dan seolah sedang diselongkar kt rak tu. Ada jugak bunyi seolah olah ada yg tolak tarik, tolak tarik gril besi yg dipasang antara living hall dan dapur (gril ni utk elak anak anak ceroboh dapur ). Aku memang keras kejung dh kalau terdengar bunyi bunyi gini, takut dia dtg tarik selimut aku je. Esok paginya, mesti aku soal siasat staf yg lain. Selalunya, kalau salah sorang staf yg terdengar bunyi bunyian tu, staf yg lain mmg tak dengar lgsg, tidur mati. Berselang seli, let say staf A yg terdengar,staf lain tak dengar. Staf B dengar, staf A dan yg lain tak dengar. Tapi boleh dikatakan tetiap malam ada bunyi bunyian tu. Kami semua siap berpakat, kalau ada je bunyi bunyian tu, kami nak text each other ( texting bawah selimut ler),nak buat countdown, nak ambush benda apa yg bising bising tu. Tapi, tak menjadipun plan tu, haha takmo laa, cari pasal namanya tu.
Kami amik keputusan nk bagitauowner daycare, owner pun berikhtiar, cari ustaz mintak tolong ubatkan. Rupanya, ada orang yg hantar sihir. Tujuannya nak bagi staf semua berenti keje. Lepas berubat tu, gangguan pn agak berkurang la. Ustaz tu ada pesan, kalau rasa lain macam(pening, loya, nak pitam), sila bagitau dia, takut sihir tu tertuju kpd sesiapa diantara kami. Dan ustaz tu ada bekalkan air penawar dan limau, dia suruh buat mandi dan minum. Dan ada satu lg kisah, 2-3 hari lepas ustaz tu ubatkan, aku mcm terkena gangguan. Satu maghrib ni, lepas solat biasanya aku takkan tanggalkan telekung,sbb aku terus tunggu masuk isyak. Antara waktu maghrib dan isyak tu, aku pn capai Quran, ngaji. Sorang-sorang kat bilik belakang. Staf lain, lepas solat, dorang pegi lepak kt luar rumah. Masa ngaji tu, tetiba aku rasa lain mcm. Panas, sejuk, panas, sejuk, pening, loya, tak tahu nk describe cemana.tp aku masih terus mengaji. Tak silap aku, aku habiskan 2 surah, as sajadah (my peberet),dgn al waqiah kalau tak salah. Dengar je azan isyak, aku siap siap. Berdiri dan solat. Still rasa seram sejuk. Tapi aku nk solat kan,jadi aku abaikan rasa tu. Masuk je rakaat kedua, berganda pulak rasa seramsejuk tu, semakin pening, semakin loya. Aku mcm terpikir, ini..kalau aku terpejam je mata ni, aku mesti pitam punya. Dan aku dpt rasakan kalau aku pitam, akn ada benda lain yg take over badan aku. Makanya, aku lawan, teruskan jgk solat. Habis je solat, cepat cepat aku recite ayatul kursi. Berulang-ulanga ku baca,adalah dlm 15 minit, sampai aku rasa kuat sikit, baru aku bangun,tanggalkan telekung dan cepat-cepat ke depan. Aku bagitau la kat staf lain,dorang dah cuak, haha, aku pn cuak jugak. Aku tunggu kalau kalau jadi lagi benda macamtu, mmg aku nak pegi berubat, dan Alhamdulillah sekali tu je aku kena, tak pernah dah jadi macamtu sampai sekarang. Aku pikir, mungkin tu hikmah baca mathurat. Masa keje tu, aku mmg jarang sgt la nak tinggal mathurat. Waktu lepas subuh, sambil aku jadi patung cendana tunggu parents hantar anak tu, mmgaku akan baca mathurat. Lepas asar pun, sambil tunggu parents datang jemput anak, aku akan baca. Sekarang ni, hmm bukan liat tapi tak berkesempatan! (alasan) kadangbuat kadang tak. Kene mula balik. Dan aku sangat bersyukur anak anak bawah jagaan aku takdeyang terkena gangguan.
Moral of the story: Cuba selalu amalkan zikir zikir mathuratni. Pendinding. (pesanan untuk saye jugak )
Last edited by paiayam on 25-7-2014 10:35 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
hantu kat sekolah.... eeiii seram...
pastu jahat sgguh yg antar sihir tuh... isk isk |
|
|
|
|
|
|
|
clarizsa posted on 26-7-2014 01:19 AM
hantu kat sekolah.... eeiii seram...
pastu jahat sgguh yg antar sihir tuh... isk isk
clarizsa, sekolah tu dalam kem, orang kata angker, haha taktahu lah. betul betul dpn sekolah tu, macam yg sy ckp, ada surau, tepi surau ada bangunan kecik (tmpt mandi jenazah), penah org ckp nampak keranda terbang lah, itu lah, ini lah, tp tak sure citer betul ke atau sekadar ckp2 org
yg ngantor sihir tu mungkin jeles kot, daycare tu semakin hari semakin ramai masyuk bisnesnya, tau sj la yuran jaga sorang bdk berapa kan, haha tokey kaya, dan mmg tu penyakit masyarakat kita, PHD (some of them) . tak senang duduk bila tgk orang lebih sikit.
|
|
|
|
|
|
|
|
paiayam posted on 25-7-2014 10:21 PM
Habis dah cerita zaman kanak kanak, ni cerita zaman dewasa pulak. Baru je lagi kejadian ni
Cer ...
hebat jugak kejadian masa ngaji dgn solat tu. kalau aku lah.. mesti dah buat2 mati..hish
|
|
|
|
|
|
|
|
apalah dengki sgt sampai nak sihirkan org.. berniaga tu kan ikut rezeki masing2..
sebabkan marah dgn tokey, pekerja pulak yg teraniaya sakit2 seram sejuk semua.. |
|
|
|
|
|
|
|
Setiap sekolah mesti ada cerita kn... |
|
|
|
|
|
|
|
paiayam posted on 25-7-2014 10:21 PM
Habis dah cerita zaman kanak kanak, ni cerita zaman dewasa pulak. Baru je lagi kejadian ni
Cer ...
Kuat jugak tt ni dpt lawan gangguan tu. Kalau aku ntah dah x sedar diri ke ape tah.
Kena amalkan mathurat ni. Lagi2 nak pindah rumah baru ni. Risau jugak kot ada apa2 yg serreemmm..
|
|
|
|
|
|
|
|
skalar posted on 26-7-2014 09:34 AM
hebat jugak kejadian masa ngaji dgn solat tu. kalau aku lah.. mesti dah buat2 mati..hish
haha kalau menjadik aksi buat2 mati tu takpe gak, buatnye keras kejung,terpacak je kt situ, pengsan x, nak larik pn tak boleh, cmne? nk dramatik lg, ade pulak yg menjelma tayang muka tak semenggah tu, nayaa
|
|
|
|
|
|
|
|
CrowneGlory posted on 26-7-2014 03:31 PM
Setiap sekolah mesti ada cerita kn...
absolutely! I bet mana mana tmpt belajar mesti ada. masa belajar kt ipta dulu pn penah terkena jgk
|
|
|
|
|
|
|
| |
|