CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Leafumi

lembaga persis lembaga Nina Bobo n kisah lain (Pocong Famous- 25/01...

[Copy link]
 Author| Post time 22-1-2015 10:26 PM | Show all posts
berrygurl replied at 14-1-2015 08:39 PM
Hmm so kesimpulannya x dpt la dipastikan angkara org @ makhluk lain?

tak.. haha.. jadi tanda tanya sampai skrg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-1-2015 04:07 AM | Show all posts
Edited by Leafumi at 25-1-2015 04:12 AM

Pocong Famous Di Campus

Pocong ni memang antara yang famous di mana2 aje..  di kampus aku pun ada.. memang famous..katanya dah lama dah menetap di situ sebelum kedatangan aku.. maybe memang tempat dia kut.. beberapa kisah pasal pocong ni nak dikongsi  ngan kowang..

Kisah 1 : Pocong menunjukkan dirinya yang kacak kepada Nini & Ain (semester 1)

   Nini ni salah 1 geng aku. Dia ni seorang yang rajin mengaji Quran & menjaga solatnya. Dia jugak seorang yang mudah nampak benda2 halus nie.. mungkin tu ujian untuk dia. Selalunya dia yang akan alert dulu kalau nampak apa2 then akan bagi isyarat kat kitowang supaya diam n buat tak tau. Ada sekali lepas balik meeting malam2 dari fakulti, kami jalan secara rombongan cik kiah balik ke hostel. Dah lewat malam. Selalu meeting mula kul 8-9 n end up kul 11-12 gitu. Pernah dia nampak bebola api terbang2 di pokok2 sana. Padahal kami tak nampak apa pun. Dia cakap diam n jalan cepat2. Kami pun ikut jela. Sampai bilik baru dia cita apa dia nampak.

Pocong telah menunjukkan dirinya kat Nini ketika dia n Ain tengah solat di pusat islam. Time tu dah nak senja. Memang waktu aktif makhluk2 halus nih. Masa tu lak memang ada dorang berdua je kat situ. Masa tu Nini tengah bagi salam lepas solat, dia perasan pocong tu terpacak kat tepi pusat islam. Kira jarak antara dia & pocong tu dalam 4-5 meter. Tak tau sejak bila pocong tu berposing kat situ. Nini terkejut tapi dia cuba control. Dia gagah gak teruskan berdoa. Kalau aku gamak dah bangun lari apa.. ish3.. sambil berdoa tu dia menangis. Dia kata takut sangat2 sebab pocong tu tenung je dia dengan muka bengis. Muka pocong tu jangan cakap la. Memang ‘kacak’. Hitam2 kelabu2 keabuan. Mungkin macam surta khabar. ‘kacak’ kan ?

Settle semua, dia n Ain cepat2 blah dari situ. Tak tau lah dorang magrib kat situ gak ke atau sambung kat bilik lak. Rupa-rupanya bila dah sampai bilik baru masing2 bukak cita. Nini mula dulu. Pastu Ain cakap dia pun nampak jugak. Ain ni budak silat. So dia boleh gak nampak menda2 camtu. Ain bersolat agak ke belakang sikit dari Nini, dia nampak masa dia nak pi simpan telekung kat rak telekung tang dekat gak la ngan tempat pocong tu diri. Lebih kurang3-4 meter. Ain buat taktau sambil baca2 apa yang patut.

Mujur pocong tu tak terus follow dowang sampai bilik. Kalau tak..aku tak tau la apa nak jadi.. huuu


Kisah 2 : Pocong Mengintai2 Di kaki lima (semester 2)
   Antara laluan yang kerap dilalui pocong ni adalah dibelakang fakulti, di tepi pusat islam, meronda2 di blok2 hostel student n berposing di loji2 berdekatan. Kali ni kisah yang di share oleh jiran bilikaku. Aku bagi nama Seri.


Seri cakap masa tu dalam kul 1 pagi lebih, Seri n the geng tengah melepak duduk di court badminton hostel. Tak jauh dari court tu dalam 10 meter, ada laluan kaki lima  berbumbung yang bersambung antara blok ke blok hostel. Kat situ ada 4 blok yangmengelilingi court badminton di tengah2. Boleh imagine kan ?

Disebabkan malam, hanya lampu jalan yang menerangi keadaan. Lama kelamaan Seri perasan ada 1 tiang di antara tiang2 kaki lima tu macam semakin lama posisi dia semakin berubah. Macam dari kiri dia makin ke kanan n ke kanan. Seri peliklah tiang apa nih.. pastu lelama dia baru sedar tu.. pocong ! sebab tak nampak straight macam tiang lain. Seri terus ajak kawan2 blah cepat2.


Kisah 3 : Pocong Menunggu di tepi loji (semester akhir )


   Cita ni di share oleh seorang junior yang rapat dengan aku. Dia cakap kawan dia terserempak dengan pocong ni tengah berdiri sensorang di tepi loji. Kalau tak silap pakcik2 cleaner n tukang kebun suka gak melepak kat situ pagi2 time bekerja.

Masa tu senja jugak kalau tak silap. Kawan junior ni tengah jalan sorang2 nak balik bilik, kena melintas tepi loji tu. Tetiba2 poocng ni pun menampakkan dirinya. Nak tackle agaknya. Kawan junior aku ni terkejut lah. Tunggu apa lagi ? cepat2 blah. Tak tau la pulak kalau2 pocong tu ikut ke tak. Dowang cakap kalau jumpa pocong jangan lari straight. Tapi lari melingkar macam ular tu.


Kisah 4 : Anak saudara kawan mendakwa nampak pocong depan bilik (semester akhir )
   Selain tu, tempat yang gemar dilalui pocong tu gak depan pejabat hep ada jalan tar. Then bertentangan dengan blok hostel student di mana bilik aku dulu kat situ masa semester akhir. Hahaa cuak gak ah memula bila dapat bilik berhadapan dengan jalan tu. Tapi so far nasib baik tak pernah dia tunjukkan diri kat situ. Kat situ lak, orang cakap dia suka lepak2 kat depan pejabat hep tu n berguling2 di jalan tar tu. tak pernah pulak kami nampak di bergolek kat situ walaupun kami duk bukak tingkap siang malam.

1 hari time petang2 biasa, jiran bilik dikunjungi kawan dowang yang dah berhenti study kat situ bawak anak sedara dia sekali umur dalam 5-6 tahun. Saja la nak melawat kengkawan.  Tengah duk borak2, Nini pergi la bergurau dengan budak tu. Pastu Nini ajak dia ke bilik kami di sebelah. Tapi budak tu tak mau n macam takut2. Dia kata ada pocong kat depan bilik. Depan bilik kami tu ada stor. Tapi dikunci. Dia kata dia nampak kat depan pintu stor tu. Tapi kami tak nampak apa2 pun. Ish aku memang duk keluar masuk bilik tak de nya nak nampak apa2 kat situ. Maybe dia ni budak gi so mudah nampak makhluk tu. mana dia tau ada pocong kat situ ? kami tak penah cita kat dia pun. Nasib baik aku tak nampak. Tapi kadang2 pernah gak muncul bau busuk cam bangkai n bau macam tanah tapi tak nampak pun apa2. Aduhh cering bulu roma lak aku tengah taip nih..


Kisah 5 : Pocong main ketuk pintu bila musim exam (semester 4)
   Yang ni diceritakan oleh Ain sebab kawan dia sendiri pernah mengalami. Dia cakap kawan dia duduk di hostel M1. masa tu musim exam. Ramai yang balik umah sebab dah abes exam. Tinggal geng2 yang ada paper last2 je tak balik2 gi. Agak sunyi lah. Kawan  Ain tu lak roommate dia dah balik. Tinggallah dia sorang. Study sampai pukul 3-4 pagi sorang2.


Tiba2 terdengar bunti ketukan di pintu. Tanpa sebarang syak wasangka kawan dia ni pun pi bukak pintu. Buka2 je pintu, nah ! terpacak depan muka. Terus pengsan kawan Ain tu. esok nya tak pi exam. kena repeat lak ! naya !


Kes yang sama berlaku pada sowang girl di blok hostel  M2. Hostel M2 ni dikatakan memang keras dan kerap dilawati pocong. Tempat kegemaran dia di tangga tengah2 blok. Tapi dia juga telah mengetuk pintu bilik girl ni yang keseorangan study. Girl tu pi bukak pintu terkejut n pengsan. Sebab tu bila tiba ja musim exam, kami akan selalu berjaga2 dengan ketukan pintu bila berjaga sampai pagi2 buta.

Tapi masa duk di hostel M4, di mana hostel aku ternampak akak rambut panjang tu, pernah bilik Nini diketuk seseorang time tu kul 4 pagi.Masa tu kami ramai dalam bilik Nini dalam 4-5 orang duk study nak exam esok ada paper. Dia ketuk 3 kali je tu pun nada ketukan yang misteri. Tokk.. tokkk..tokk.. bunyi tak laju tapi bunyi bersahaja.. kami pun kata ‘ masuk la tak kunci!’ tapi tak da yang menyahut.  Lama jugak tunggu orangnya tak masuk2 pun. Lepas tu kami berpandangan sesame sendiri. Siapa??

Tanpa menunggu kami call salah sorang roommate Nini yang kul 11 awal tadi keluar pegi study di bilik kawan dia sebab dowang course lain. Dia cakap dia tak ada datang ketuk pun, n dia tido sana malam tu. Kami pelik n tak kata apa2. Habis sapa yang ketuk kul 4 pagi  tu ? sampai sekarang menjadi tanda tanya.

tamat kisah pocong nie.. dah aku nak pi tido.. takut ah pulak teringat kisah2 ni dah pukul 4 dah ni hah

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 01:35 PM | Show all posts
tebaiklahhh cite tt ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2015 06:24 PM | Show all posts

ye ke.. thread ni krikk krikk je .. tapi x pe.. kalau ada story lagi sy share je mana boleh..
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.035210 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list