CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3446|Reply: 16

Kapten Feri Sewol Korea Selatan Dipenjara 36 Tahun

[Copy link]
Post time 11-11-2014 10:23 PM | Show all posts |Read mode
Kapten Feri Sewol Korea Selatan Dipenjara 36 Tahun
[size=0.688em]Diterbitkan: Selasa, 11 November 2014 3:02 PM
[size=0.75em]Lee dibawa keluar dari mahkamah setelah didapati bersalah cuai ketika menjalankan tugas selaku kapten feri Sewol yang karam April lalu mengorbankan lebih 300 orang penumpang sebahagian besarnya kanak-kanak sekolah.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]SEOUL: Kapten feri Korea Selatan yang dipenuhi dengan pelajar-pelajar sekolah yang karam April lalu telah dihukum penjara 36 tahun setelah didapati bersalah cuai ketika menjalankan tugas.


[size=0.98em]Feri yang dinamakan Sewol itu ketika karam membawa 476 penumpang.
[size=0.98em]Sejumlah 295 penumpang disahkan mati lemas - sebahagian besarnya pelajar sekolah manakala sembilan orang lagi masih hilang.
[size=0.98em]Kapten Lee Joon-seok adalah di 15 anggota krew yang dibicarakan dalam tragedi terburuk maritim negara tersebut.





[size=0.98em]Pendakwaraya memohon agar dia dikenakan hukuman mati atas dakwaan membunuh tanpa niat.


[size=0.98em]Bagaimanapun mahkamah membebaskannya daripada tuduhan tersebut sebaliknya mendapati dia cuai dalam menjalankan tugasnya sebagai kapten kapal.


[size=0.98em]Malah Lee telah didapati meninggalkan kapal yang sedang tenggelam itu ketika para penumpang masih lagi berada di dalam kapal.
[size=0.98em]Selain Lee, ketua jurutera kapal, yang hanya dikenali sebagai Park, turut didapati bersalah dan dihukum penjara 30 tahun.


[size=0.98em]Tiga belas lagi anggota krew dihukum penjara sehingga 20 tahun juga di atas kecuaian ketika menjalankan tugas sehingga membawa kepada kematian penumpang.


[size=0.98em]Malapetaka itu telah mencetuskan perdebatan hangat tentang prosedur keselamatan kapal dan juga operasi menyelamat.
[size=0.98em]Akibat daripada insiden ini, Kerajaan Korea Selatan telah membubarkan Jabatan Pengawal Pantai dan mengantikannya dengan sebuah agensi lain.


[size=0.98em]Kini satu lagi perbicaraan akan berlangsung yang melibatkan kakitangan firma perkapalan yang menguruskan perkhidmatan feri tersebut, iaitu Chonghaejin Marine Co.


[size=0.98em]Pemilik firma perkapalan tersebut yang juga seorang bilionair Korea, Yoo Byung-eun telah menghilangkan diri sebaik sahaja tragedi itu menimpa dan kemudian telah ditemui mati dipercayai membunuh diri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2014 10:41 PM | Show all posts
[size=0.98em]Akibat daripada insiden ini, Kerajaan Korea Selatan telah membubarkan Jabatan Pengawal Pantai dan mengantikannya dengan sebuah agensi lain.


[size=0.98em]Kini satu lagi perbicaraan akan berlangsung yang melibatkan kakitangan firma perkapalan yang menguruskan perkhidmatan feri tersebut, iaitu Chonghaejin Marine Co.


[size=0.98em]Pemilik firma perkapalan tersebut yang juga seorang bilionair Korea, Yoo Byung-eun telah menghilangkan diri sebaik sahaja tragedi itu menimpa dan kemudian telah ditemui mati dipercayai membunuh diri.
punya la serius dorang handle kes ni.. yg kat Malaysia? adeii sedihh!
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2014 02:53 AM | Show all posts
Pergh.. 36tahun penjara..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2014 03:13 AM | Show all posts
hah gitu... mendapatlah ko
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2014 09:10 AM | Show all posts
pdn muka...ingt senang jadi kapten kapal
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2014 09:31 AM | Show all posts
Tapi menteri telah letak jawatan kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2014 11:00 AM | Show all posts
Sebab tu kebanyakan captain terjun sekali dengan kapal kalau kapalnya nak karam, kalau dia selamat takut dikenakan hukuman.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2014 11:48 AM | Show all posts
Sepatutnya hukuman mati. Sebab kapten ni memang dah tahu kapal ni tak boleh diselamatkan lagi, tapi dia selamatkan diri dia dulu tanpa beritahu penumpang2 yang lain. Huhu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2014 11:59 AM | Show all posts
keluar kelak dah tua bangka
tu pon kalau idup lagi
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2014 12:16 PM | Show all posts
ice_sky92 posted on 12-11-2014 11:48 AM
Sepatutnya hukuman mati. Sebab kapten ni memang dah tahu kapal ni tak boleh diselamatkan lagi, tapi  ...

Teruk gila perangai dia
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2014 02:37 PM | Show all posts
lamanye kena penjara
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 07:15 AM | Show all posts
Selayaknya lah...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 08:14 AM | Show all posts
lame gak tu buang ms dlm penjara smpai 36 thn
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 08:51 AM | Show all posts
sikit sangat 36 tahun ni

patutu lama lg

200++ org mati kot, yg hilang lagi x jumpe2 sampai sekarang

sekarang ni lak operasi menyelamat da tutup
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 11:03 AM | Show all posts
dah selamatkan diri pun takde gunanya. menghabiskan sisa sisa hidup dalam penjara pengakhirannya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 11:05 AM | Show all posts
sbb dia tinggalkan kapal ...tu lah akibatnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2014 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
duri_durians posted on 11-11-2014 10:41 PM
punya la serius dorang handle kes ni.. yg kat Malaysia? adeii sedihh!

Apa yg you dpt suggest kita buat...kes ni mmg nampak sangat pihak penyelamat lembap dan kapten tu abandoned the ferry...relate dgn Mas pun jdlah...kapten sekali twrbunuh...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.086960 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list