CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: aerolz

Cerita Macam-Macam dari Aerolz

[Copy link]
 Author| Post time 30-12-2014 03:52 PM | Show all posts
GANGGUAN DI RUMAH

Ini pula kisah tentang gangguan di rumah yang aku duduk sekarang time study.  Aku selalu sorang-sorang dalam rumah ni. Tapi nak kata takut tu, jarang la rasa takut tu.  TApi rasa macam ada orang lain dalam rumah sama-sama, yes selalu.

Kalau malam-malam rumah ni mesti ada dengar orang tarik kerusi perabot bagai. Bunyi dia of course la dari tingkat atas. Tapi yang jadi persoalan, sebab rumah ni penthouse. memang tingkat atas sekali. So, agak annoying la kalau malam-malam jam 2-3 pagi time orang nak tidur dorang nak berpindah randah pulak. Tak takut. Cuma agak stress sebab tak boleh tidur. So, sound je la. "Hoi.. dah malam ni. Orang lain nak tidur. Esok je lah pindah barang-barang tu. Bisinggggg..!!!" Dan beradab sopan lah mereka terus senyap....


Satu lagi kisah. Yang ini aku tak sure pandangan mata aku ke apa. Sebab masa aku nampak ni, aku tengah mamai dalam tidur dan jaga. Aku suka tidur dekat coach luar hall. And exactly sebelah sliding door balcony. Satu malam tu, aku tidur atas coach. Menghadap luar balcony. Tetiba aku terbangun. Terpisat-pisat la kot orang cakap. Terkejut lihat something macam burung bertenggek kat luar balcony. Aku sekejap-sekejap kecik besar kecik besar kan mata.. Nak tengok apa yang aku tengok ni. Bila aku bangun dari baring untuk duduk, terbang lah makhluk itu. Burung warna hitam. Aku kata burung sebab bersayap. Tapi badan nya besar. Agak besar. Seperti bentuk badan manusia yang tengah duduk bertenggek. Boleh imagine. Begitulah. Sejak tu tak nampak dah. Hehehehe.. Kekal misteri. Mimpi aku kah halusinasikah atau apakah aku pun tak tahu. Lantak engkau lah.


Emmm.. Another one, kisah.... Aku nak keluar malam tu. pakai tudung. Tapi malas nak masuk bilik tengok cermin. So aku guna je la sliding door luar untuk kemaskan tudung. Bila aku pandang je dalam cermin untuk kemaskan tudung, aku terkejut sebab ada lelaki di belakang aku. Ketinggian, agak tinggi sikit dari aku. MEmang exactly belakang aku. Dalam kurang dari sedepa. Bajunya macam baju orang lama dulu. MAcam pahlawan pahlawan punya style. Dan tangannya memegang lembing atau tombak panjang. Entah lah. Aku terkejut terus serta merta berpusing 360 darjah. Takde orang! Tengok lagi dalam cermin. Hehehe. Of course lah dah takde kan. Siapakah itu. Agak scary. Tapi not scarier la. Cuma aku rasa macam lelaki tu lah yang aku selalu dengar mundar mandir dalam rumah ni. Aku ni telinga peka sikit. Even tapak kaki orang yang berjalan atas jubin pun aku boleh dengar. So bila aku sorang sorang dalam rumah, memang aku selalu dengar macam orang mundar mandir kat living room ni. Even kucing aku pun suka pandang kat satu tempat. Choiii betul.



Oh, pasal kucing aku. Si American Curl. Aku tak tahu kenapa kucing jantan sekor ni macam gilos sedikit. Dia ni agak nakal dan lasak. Tapi kali ni rasanya dia tengah on heat. TApi kucing betina aku dah umur mak nenek. 9 tahun dah. plus dah dikasi. Kena rogol pun dia marahkan yang jantan tu.

Malam tu, masukkan dorang dalam cage. cage pulak kat luar balcony. Esoknya aku bangun,,, dengar bunyi ngiau ngiau. Cek2 tengok si jantan tu takde. Aku jenguk kat seberang balcony.... Aikkkk macam mana ko boleh pegi ke seberang tu ngiau.. Aku cakap, memang tak logik untuk kucing boleh melompat ke seberang tu, dan macam mana dorang boleh keluar dari cage? Kenapa aku cakap tak logik dia nak lompat ke seberang? Sebab jarak antara balcony dengan tiang melintang kat seberang tu (actually kat tengah-tengah antara balcony ngan tiang melintang tu ada lubang sejauh i gues 50 meter?) bapak jauhhhhhh la... NAk lompat pun tak lepas, lagi-lagi pada ketinggian tingkat 13. Oiiiiii.. Pening kepala aku pagi tu macam mana nak ambik dia bagai. LEtak tangga pun tak lepas. Tangga pendek atau jarak dia dengan balcony terlampau jauh. LEpastu hari panas, kucing aku dah start dehydrate. Aku letak lagi kayu papan bagi dia lintas. pun dia taknak. Aku dah cuak dah.. Last-last panggil bomba. Abang bomba pun pelik cane dia boleh lompat ke seberang sana. Alhamdulillah selamat. Sekarang beliau tengah kena hukuman tak boleh keluar dari cage selagi tanpa dipantau.

Tak misteri. Cuma pelik macam mana dorang boleh keluar cage dan yang sekor tu boleh terjun ke seberang nun jauh di sana? Aishhhh..



Itu je lah dulu kot. Sekian. Hehehehe.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-12-2014 03:52 PM | Show all posts
halimi78 replied at 29-12-2014 09:42 PM
dah dkt kol seploh nih... cite mana cite???

Hehe baru update bang mie. Sorry.. Semalam busy nau.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2014 03:56 PM | Show all posts
non.sari replied at 26-12-2014 03:54 PM
cerita ko tak penah mengecewakan aku...

share lagi.....

Terima kasih menyokong saya.. TErima kasih terima kasih

Dah ada jajan baru. Jemput makan. Lunch kita skip ye. Dinner nanti iols bagi.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 05:13 PM | Show all posts
aerolz replied at 30-12-2014 03:52 PM
Hehe baru update bang mie. Sorry.. Semalam busy nau.

no sori2 kalo xde seploh cite lain tepek wat ganti...
sila tambah lagi.......................................................!
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2014 01:20 AM | Show all posts
aerolz replied at 30-12-2014 03:31 PM
Smoked house? Hehehe tak tau. Sebenarnya tak tahu smoked house tu cane. hahahah..

Sat lagi tepe ...

guest house dia mmg design englishman
bukan ke?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.045783 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list