View: 2726|Reply: 15
|
Wanita cantik penyumbang statistik merokok
[Copy link]
|
|
Wanita cantik gagalkan usaha berhenti merokok
Taipei: Satu kajian yang dilakukan baru-baru ini menunjukkan lelaki yang cuba berhenti merokok semakin banyak menghisap rokok sebaik melihat gambar wanita cantik.
Menurut penyelidik dari Taiwan itu, wajah wanita cantik merangsang pemikiran lelaki untuk menganggap keadaan semasa lebih penting berbanding masa akan datang atau dengan perkataan lain, pengaruh nikotin lebih diperlukan daripada kesihatan - menyebabkan impian mereka untuk berhenti merokok, musnah.
Kajian itu dilakukan dengan membabitkan 76 responden lelaki yang dalam proses berhenti merokok.
Responden dibahagi kepada dua kumpulan. Separuh daripadanya diberikan gambar wanita cantik berpakaian seksi. Manakala yang lain diberikan gambar wanita berwajah sederhana.
Semua responden kemudian diberikan ujian penilaian daya tumpuan dan didapati, pemikiran mereka yang melihat wanita cantik mudah terganggu.
Ujian terakhir dilakukan dengan membawa responden ke sebuah bilik merokok. Mereka dibenarkan menghisap rokok sambil mengisi borang kaji selidik.
Hasil kajian mendapati, responden yang ditunjukkan gambar wanita cantik mudah tergoda malah menghisap rokok dua kali ganda lebih banyak.
Penyelidik dari Univerisiti Perubatan Kaohsiung itu merumuskan, gambar wanita cantik dapat mengurangi daya kawalan minda untuk menahan daripada merokok dan tidak semuanya yang cantik itu baik. - Agensi
|
|
|
|
|
|
|
|
apsal lemah sgt org lelaki ni?
pic wanita cantik jer pun  |
|
|
|
|
|
|
|
adakah sy hodoh?
sebab itu laki sy tidak merokok? 
|
|
|
|
|
|
|
|
patutla saya selalu terserempak dengan wanita wanita cantik dan sexay  |
|
|
|
|
|
|
|
ni apa punya kajian laaa hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
bellaa posted on 26-11-2014 01:13 PM 
lepas baca thread ini, sy kemurungan serta merta.
suruh laki ko merokok....serta merta anda akan menjadi yang paling jelita 
|
|
|
|
|
|
|
|
kajian macam nie pon hada.. |
|
|
|
|
|
|
|
bellaa posted on 26-11-2014 11:51 AM 
adakah sy hodoh?
sebab itu laki sy tidak merokok?
Mungkin tidak.....
|
|
|
|
|
|
|
|
mattzzx posted on 26-11-2014 06:24 PM
Mungkin tidak.....
Awk sorang kata tidak.
Awk pernah tengok sy ke? |
|
|
|
|
|
|
|
bellaa posted on 26-11-2014 11:52 PM 
Awk sorang kata tidak.
Awk pernah tengok sy ke?
Tak pernah...
Mungkin dalam mimpi....
|
|
|
|
|
|
|
|
mattzzx posted on 27-11-2014 01:00 PM
Tak pernah...
Mungkin dalam mimpi....
Ouh. Ok.
Bayi yg pandai berkata-kata |
|
|
|
|
|
|
|
bellaa posted on 27-11-2014 01:02 PM 
Ouh. Ok.
Bayi yg pandai berkata-kata
Ye...pandai u..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|