|
Pada saya, walaupun orang Vietnam adalah komunis, diorang mempertahankan negara diorang daripada dijajah oleh si jahanam US. US punya perangai asyik nak ganggu tempat orang je.
Saya pernah pergi melawat ke Ho Chi Minh City dulu, pergi ke War Museum. Sesiapa yang ada kesempatan, memang patut melawat War Museum tu, sebab kat situ diorang tunjuk gambar-gambar sebenar yg US tak tunjuk pada dunia.
US ni bila diorang rasa diorang tak boleh nak menang, diorang buat dajal, tabur Agent Orange kat dalam saluran air. Agent Orang ni bahan kimia yang boleh mutate gene kita. Kita yg dah dewasa tak kena, tapi anak-anak yg bakal lahir jadi mangsa. Sampai sekarang pun kesan Agent Orange ni masih ada kat Vietnam. Even anak-anak askar US yang berperang kat Vietnam dulu pun, ada yang terkena kesan Agent Orange ni. Macam tu la jahatnya US ni.
Tu belum lagi Iraq, Afghanistan, Libya, dan negara-negara lain yang diorang dah serang. Semua negara yg diorang hancurkan ni dulu elok je, aman je. Iraq tu antara negara yg ekonominya kukuh, tapi US pandai guna psikologi je. Hasut rakyat, rakyat pulak mudah terpedaya, then hancurkan negara sendiri. Now, tengok apa jadi.
Kalau kita taknak jadi mangsa macam negara-negara terbabit, kita kena kuatkan emosi dan mental kita dulu. Apa semua tindakan kita bermula daripada emosi. Gagal kawal emosi, hancurlah kita semua. |
|