CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8902|Reply: 18

Lagu Riz Zahari ada kisah seram rupanya!

[Copy link]
Post time 3-12-2014 06:21 PM | Show all posts |Read mode

LAGU MISTERI MALAYSIA - BONGKAR KISAH DISEBALIK LAGU RIZ ZAHARI



Lagu Terbaru 2014, Ada kisah disebalik lagu ini.Walaupun nampak agak biasa dan bersahaja,.Klip video amatur ini menyampaikan sebuah lagu yang benar-benar terjadi ataupun secara kebetulan. Sebelum klik pada video marilah sama-sama kita hayati lirik lagu ini :



DENGARKAN (SEBELUM KAU TIDUR) - Riz zahari


DENGARKANSEBELUM KAU TIDUR
LAGU KUSEBAGAI PENGHIBUR
MENGULIK DIRUNTUNRINDU MU
HINGGA LENABERTAMU,

KENANGKANPERTEMUAN ITU,
ZAHIRKAN KELAYAR MIMPI,
KU ALUN KANIRAMA LAGU,
KERNA KUCINTAKAN MU, TIAP WAKTU,
SELAMAT TIDUR,KASIHKU...

USAIKAN RESAH,LERAIKAN LELAH,
HAPUSKANGUNDAH, MIMPIKAN TERINDAH,
HAPUSKAN PILU,KUATKAN RINDU,
MIMPIKANSHAHDU,ANTARA KAU DAN AKU,

ANGANKU,MIMPIMU,
KAN MENYATU,KAN BERSATU,

*(P)
USAHKAN RESAH,LERAIKAN LELAH,
HAPUSKANGUNDAH, MIMPIKAN TERINDAH,
HAPUSKAN PILU,KUATKAN RINDU,
MIMPIKANSHAHDU,ANTARA KAU DAN AKU,

USAHKAN RESAH,LERAIKAN LELAH,
HAPUSKANGUNDAH, MIMPIKAN TERINDAH,
HAPUSKAN PILU,KUATKAN RINDU,
MIMPIKANSHAHDU,ANTARA KAU DAN AKU,

ANGANKU,MIMPIMU,

KAN MENYATU,KAN BERSATU,

Lirik nya agak biasa sahaja.
Penulis lagu adalah seorang yang sentiasa mengikuti hal-hal yang berkaitan dengan paranormal, penulis adalah seorang yang sangat sibuk, Jam menunjukkan pukul 1.30 pagi, penulis bergegas untuk pulang.l, sedang penulis sedang berkemas terdengar mesin photostat di bilik sebelah berbunyi, Penulis berasa agak pelik, maklumlah malam jumaat.

Penulis pun pergilah masuk ke bilik photostat, suis mesin photostat sudah pun dimatikan, di sebalik mesin tersebut ada sekeping kertas gambar wanita, rupa paras cukup cantik, lalu penulis mengambil gambar tersebut. Penulis terasa hairan kenapa tiba-tiba mesin ini berfungsi dan kenapa ada gambar perempuan?.Lalu penulis membuang gambar tersebut ke dalam tong sampah.

Penulis terus pulanglah kerumah, dalam perjalanan penulis banyak perkara yang difikirkan siapa perempuan(yang dicetak hitam putih) itu.Penulis perlu melalui beberapa hutan sebelum sampai kerumah yang berada di Kedai Buloh, Kelantan.Dalam perjalanan pulang penulis ternampak satu kelibat manusia bersimpuh di tengah-tengah jalan sambil menghulurkan tangan. Penulis terkejut, tetapi kelibat tersebut terus hilang, mungkin terlalu mengantuk agaknya fikir penulis.Sekali lagi penulis terkejut ada gambar wanita di sebelah duduk penumpang. disebalik gambar tersebut ada tulisan DENGARKAN LAGU INI SEBELUM KAU TIDUR. berikut adalah lirik asal lagu DENGARKAN SEBELUM KAU TIDUR :

DENGARKAN SEBELUM KU PERGI
UNTUK MU SEBAGAI PENGHIBUR
MENGULIK DI ALAM SANA
HINGGA KITA BERTAMU,

KENANGKAN PERTEMUAN ITU,
ZAHIRKAN IANYA TERJADI,
KU ALUN KAN IRAMASEDIH,
KERNA KU CINTAKAN MU, TIAP WAKTU,
SELAMAT TINGGAL, KEKASIHKU...

JANGAN LAH RESAH, KU MENANTI,
BIARKAN AKU, DI DALAM GELAP,
HAPUSKAN PILU, HAPUSKAN RINDU,
AKAN KU HADIR MENJENGUK MU,

ROH KU DALAM MIMPIMU,
JASAD KU TIADA LAGI,

Lirik yang diingati penulis hampir sama seperti ini.

Tersentak penulis, rupa-rupanya dia masih berada di pejabatnya. Penulis mengalami demam yang teruk selepas kejadian. Penulis dihantar ke hospital namun doktor menasihatkan penulis mendapatkan rawatan tradisional dengan seorang ustaz yang berada di kampung Gunong, Bachok. Ustaz memberitahu ada sesuatu yang menumpang untuk sampaikan mesej kepada seseorang yang dia cintai.

Selepas seminggu penulis kembali sihat seperti biasa, Penulis kembali ke bekerja seperti biasa. Pada hari yang sama, penulis telah mengubah lagu yang dimimpikan untuk dilagukan kepada sesiapa sahaja yang mendengar, mungkin si mati ada kisah disebalik lagu ini.Kemungkinan mesej tersebut sampai kepada yang dia sayang.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2014 07:23 PM | Show all posts
pape pon mamat ni quite hensem


Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2014 10:39 PM | Show all posts
seram jugakkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 07:34 AM | Show all posts
ni riz af tu ker. hmm lirik tuk seram gak tp lom dngar lagi
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 08:35 AM | Show all posts
uittt...seram gak...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 09:14 AM | Show all posts
Halemakkk..serammm seyy!

Mula2 ingatkan si riz af tu jugakk.. org lainn da.. sape ni pon xkenall..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2014 10:44 AM | Show all posts
seram lak nak dengar... cam lagu alda tu pulak kisahnya....
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 03:05 PM | Show all posts
eh sedap jugak lagu ni di telinga ku....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2014 04:58 PM | Show all posts
menarik
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 05:13 PM | Show all posts
misteri nih...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 06:56 PM | Show all posts
nk upkan lagu sendu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2014 07:43 AM | Show all posts
tak berani nak dgr lagu tu. tgk lirik pun dah seram. kang kalau dgr lagu tu terus trngiang2..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2014 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
sedap gak lagu dia..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2014 10:18 AM | Show all posts
Ferr_Remy posted on 4-12-2014 06:56 PM
nk upkan lagu sendu ke?

aku rasalaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2014 05:07 PM | Show all posts
sue07 posted on 4-12-2014 07:34 AM
ni riz af tu ker. hmm lirik tuk seram gak tp lom dngar lagi

riz yg mana ni?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2014 06:13 PM | Show all posts
iznanaziz posted on 5-12-2014 05:07 PM
riz yg mana ni?

af yg mana tak ingt. tapi yg asall perak tu. kalo tak slp
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2014 12:23 AM | Show all posts
seram....??????
apa yg seram.......
gilo ker apo.....
lirik biasa jer....lirik kisahkan boypriend nyayi lagu tidur utk girlfriend.....
ulang2 sampai kesudah........







Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2014 12:25 AM | Show all posts
Bulan tua di sebalik awan
Suasana sungguh mengerikan
Langsuir liar mencari mangsanya
Rupa wajah amat menggerunkan

Rambutnya terhurai mata kemerahan
Pabila menjelma kau kan diserang
Rambutnya terhurai mata kemerahan
Pabila menjelma kau kan diserang

Bila keseorangan berwaspada
Ia menghampiri menakutkan
Dan jika Kau lemah, jadi mangsanya
Jangan takutkan dia jika beriman

Langsuir liar mencari mangsanya
Rupa wajah amat menggerunkan

Rambutnya terhurai mata kemerahan
Pabila menjelma kau kan diserang
Rambutnya terhurai mata kemerahan
Pabila menjelma kau kan diserang

Bila Keseorangan berwaspada
Ia menghampiri menakutkan
Dan jika Kau lemah, jadi mangsanya
Jangan takutkan dia jika beriman


nih yer lagu seram...
kalau tak caya nyanyi lagu nih kat pokok kekabu.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 04:10 PM | Show all posts
ctaz posted on 6-12-2014 12:25 AM
Bulan tua di sebalik awan
Suasana sungguh mengerikan
Langsuir liar mencari mangsanya

lagu ni siap ada sound efek lagi.hehe
mmg power rusty blade
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 07:29 PM GMT+8 , Processed in 0.138641 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list