CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3083|Reply: 9

Mak Ai.. sanggup dia kumpul duit juta-ju semata-mata nak jadi macam anak patung

[Copy link]
Post time 4-12-2014 05:45 PM | Show all posts |Read mode
Wanita Jepun Ini Berhabisan 10 Juta Yen Serta Telah Menjalani 30 Pembedahan Plastik Kerana Mahu Menyerupai Anak Patung Perancis..


Tokyo: Seorang wanita Jepun menjalani transformasi fizikal yang mengejutkan selepas menjalani 30 pembedahan kosmetik dengan kos 10 juta yen (RM306,368).


Wanita itu yang juga seorang model dikenali sebagai Vanilla Chamu berkata, dia berhasrat untuk menjalani pembedahan hingga mencapai matlamat yang diidamkan - seperti anak patung Perancis.

Foto Vanilla sebelum prosedur pertamanya mendedahkan wajah biasa remaja Jepun itu hampir tidak dapat dikenali berbanding penampilan ala wanita Barat yang dimilikinya sekarang. Sesetengah pembedahan plastik, termasuk pembedahan kelopak mata dan hidung semakin popular di kalangan wanita Asia yang ingin kelihatan seperti wanita Barat.


Vanilla tidak disangkal lagi telah menjalani rawatan itu, tetapi senarai panjang prosedur dijalani turut termasuk penyedutan lemak, implan bulu mata, pembentukan lekuk di dagu dan implan payu dara, lapor BuzzFeed.

Bagaimanapun, penampilannya itu tidak mencukupi buat Vanilla dalam usahanya untuk menjadi anak patung Perancis hidup yang sempurna.


Malah, baru-baru ini dia menjalani implan pembesaran payudara dan prosedur seterusnya yang lebih ekstrim ialah dia bercadang untuk menjalani pembedahan menambah ketinggian.



FOTO menunjukkan wajah Vanilla ketika remaja (kiri) sebelum menjalani pembedahan pertamanya dan wajahnya kini (kanan).





Vanilla menjalani pembedahan plastik yang pertama ketika berusia 19 tahun dan merahsiakan usia sebenarnya. Dia sudah menjadi sebagai selebriti di tanah airnya, membuat penampilan di televisyen tidak terkira banyaknya dan melancarkan karier sebagai bintang pop.


Penampilan luar biasanya tidak diragukan membuatkan dia menyerlah di khalayak ramai, tetapi dia tidak memberikan banyak pandangan luar biasa mengenai bagaimana sepatutnya penampilan anak patung Perancis.


Anak patung Perancis juga dikenali sebagai anak patung porselin, anak patung biska atau anak patung China dan bermakna sebuah boneka dengan sebahagian atau sepenuhnya porselin biska.










Secara tradisional karakternya mempunyai penyelesaian kulit kusam yang realistik dan di ambang populariti antara 1860 dan 1900. Anak patung seperti itu kini adalah barangan koleksi antik dan bernilai beribu-ribu dolar. Dengan bibir yang muncung dan payudara palsu, Vanilla jelas tidak menyerupai permainan klasik kanak-kanak, tetapi tidak dinafikan dia adalah rekaan tersendiri dirinya.




Sumber: Daily Mail

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2014 05:47 PM | Show all posts
Nanti anak dia rupa macam anak patung atau pun macam orang Jepun?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2014 05:50 PM | Show all posts
mattzzx posted on 4-12-2014 05:47 PM
Nanti anak dia rupa macam anak patung atau pun macam orang Jepun?

yang tu kena tengok dia kahwin dengan sape.

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 05:52 PM | Show all posts
Nusantara77 posted on 4-12-2014 05:50 PM
yang tu kena tengok dia kahwin dengan sape.

Kalau kawin dgn orang Jepun?

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 06:44 PM | Show all posts
cantik ke? kite tgk mcm menakutkan je..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 07:42 PM | Show all posts
lainnya muka sebelum n selepas
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2014 09:34 PM | Show all posts
natural lbh cantik...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2014 08:43 AM | Show all posts
ngeri plak tgkkk..make up tebal lak tu



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2014 10:50 AM | Show all posts
cantik la jgk.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2014 12:07 PM | Show all posts
Gigihnya nak cantik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 04:02 PM GMT+8 , Processed in 0.379569 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list