CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2007|Reply: 0

misteri sumpahan jam randik

[Copy link]
Post time 16-12-2014 03:21 PM | Show all posts |Read mode
Misteri Sumpahan Jam Randik Patek Philippe 1933



LONDON - Sebentuk jam randik mewah berharga 15 juta pound (RM79 juta), didakwa memiliki sumpahan apabila tiga individu termasuk pemilik serta insan tersayang mereka meninggal dunia sewaktu jam berkenaan berada dalam simpanan mereka.


Sheikh Saud Bin Mohammed Al-Thani.


Terbaharu, kerabat diraja Qatar, Sheikh Saud Bin Mohammed Al-Thani, 48, meninggal dunia minggu lalu, dua hari sebelum beliau merancang untuk melelong jam jenama 1933 Patek Phillipe itu.

Akhbar Daily Mirror melaporkan, Sheikh Saud yang merupakan pengumpul barangan antik, meninggal dunia akibat komplikasi serangan jantung di kediamannya, di sini.

Jam tersebut dibeli jutawan berkenaan pada 1999 pada harga 7 juta pound (RM36.7 juta).

Pemilik asal jam berkenaan, Henry Graves menempah barangan mewah itu daripada pembuat jam mewah, Patek Phillipe pada 1925.

Tujuh bulan selepas disimpan sebagai koleksi, rakan baik Graves meninggal dunia, diikuti anak lelakinya, George yang maut dalam satu nahas jalan raya.

Kematian tiga individu itu membuatkan banyak pihak mendakwa jam tersebut memiliki sumpahan.

Jam itu dilelong di Geneva minggu lalu kepada seorang pembeli yang tidak didedahkan identitinya pada harga RM15.3 juta pound (RM80.2 juta).-
Agensi

sumber:kisahkisahmisteridunia.blogspot.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.263756 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list