|
masalah tt lebihkurang macam aku masa baru2 kawin. Aku tak faham dan tak berani nak tanya lebih2, aku selalu rasa dia menyesal kawin dengan aku walaupun dia tak pernah cakap. Aku selalu tertanya2, kenapa dia kawin dengan aku kalau tak sayang, kalau tak cinta. 5 tahun pertama sangat2 mencabar, bergaduh, kena marah, kena perli, selalu sangat. Tak dapat perhatian tu dah makanan harian. Sampaikan bila tangan dia tersentuh aku masa berselisih dalam rumah pun hati aku dah berbunga2 sangat, padahal dia sedar pun tak agaknya. Aku selalu menangis dan mengadu pada Allah saja.
Itu, dulu, kini kami dah hampir 20 tahun kawin, dan husband aku makin romantik dan penyanyang.
Cuma satu je, aku tak pernah jumpa ustaz @ bomoh @ perawat apa pun. Perangai manusia boleh berubah kearah kebaikan atau keburukan. Tak perlu orang ketiga sebagai penyebab, mungkin tanpa disedari kitalah sebenarnya penyebab itu. |
|