|
Edited by Raline at 21-1-2015 12:35 PM
sejauh manakah kebenaran mengenai tanda-tanda kematian
saya ingin bertanya..
sejauh manakah kebenaran mengenai tanda-tanda kematian yang disebarkan oleh sesetengah orang melalui emel dan sebagainya? ada juga dinyatakan dalam majalah wanita baru-baru ini? adakah ini benar-benar betul?seperti yang dinyatakan tanda 100 hari sblm meninggal adalah rasa seluruh badan speerti bergegar..40 hari sebelum pusat terasa berdenyut-denyut, 7 hari sebelum tengah dahi akan terasa berdenyut-denyut dan seterunya hinggalah sehari sebelum meninggal..
adakah ini benar?atau jika tidak benar,apakah hukumnya jika seseorang mempercayainya?adakah berdosa?
sekian..wassalam..
Jawapan:
Saya mencari maklumat yang dimaksudkan dari enjin carian google, lalu saya mendapati sememangnya ada artikel yang ditulis tentang tanda-tanda yang akan dialami oleh orang Islam apabila ajalnya hampir sampai. Artikel ini antaranya boleh didapati di sini: http://tranungkite.net/teladan/teladan266.htm
Artikel tersebut mendakwa kononnya seseorang muslim akan dapat merasai tanda-tanda sebelum kematian bermula pada hari yang ke 100 sebelum kematian, 40 hari, 7 hari, 3 hari, sehinggalah 1 hari sebelum ajal seseorang muslim itu datang, bahkan beberapa detik sebelum ajalnya datang juga dia akan dapati tandanya. Ini bermakna orang muslim akan mengetahu bilakah dia akan menemui ajalnya.
Dakwaan artikel ini jelas menyanggahi kefahaman yang sahih, dan sebahagian maklumat yang dinyatakannya juga jelas mengandungi kesalahan dan kekeliruan. Kekeliruan yang saya maksudkan ialah apabila sipenulis mendakwa abang kepada al-Imam al-Ghazali R.H. ialah al-Imam Ahmad bin Hambal… bagaimana dakwaan ini boleh berlaku?
Abang kepada al-Imam al-Ghazali sebenarnya bukanlah Imam Ahmad bin Hambal, akan tetapi namanya ialah Abu al-Fattah Ahmad bin Muhammad bin Muhammad al-Ghazali al-Tusiy yang mendapat gelaran Majd al-Din. Imam Ahmad bin Hambal pula ialah pemuka mazhab Hambali yang hidup beratus-ratus tahun sebelum kelahiran al-Imam al-Ghazali. Al-Imam Ahmad R.H. meninggal pada tahun 241H, manakala al-Imam al-Ghazali R.H. pula lahir pada 450H dan meninggal pada 505H. ini bermakna al-Imam al-Ghazali tidak lahir melainkan setelah lebih 2 ratus tahun kewafatan al-Imam Ahmad bin Hambal. Selain itu bapa mereka juga tidak sama namanya di mana Imam Ahmad berbinkan Hambal sedangkan Imam al-Ghazali berbinkan Muhammad.
Sebenarnya persoalan bila, dimana dan bagaimana kematian berlaku ke atas diri setiap individu muslim adalah termasuk perkara ghaib yang hanya ada di dalam pengetahuan Allah S.W.T. sahaja. Di dalam al-Quran Allah S.W.T. berfirman:
إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْحَامِ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Maksudnya: “Sesungguhnya hanya di sisi Allahlah pengetahuan tentang hari kiamat, Dialah (Allah) yang menurunkan hujan dan hanya Dialah (Allah) yang mengetahui apa yang ada di dalam rahim. Dan tidak ada seorangpun yang akan dapat mengetahui secara pasti apakah akan dia usahakannya esok, dan tidak ada seorangpun yang akan mengetahui dibumi manakah dia akan mati, sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha mengenal.” (Luqman: 34)
Al-Imam Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat ini berkata: “…(sesuatu jiwa tidak dapat mengetahui apakah) dinegeri tinggalnya atau dinegeri lain dia akan mati, tidak ada seorangpun yang dapat mengetahui perkara itu…”
Cuma Allah S.W.T. hanya mendatangkan tanda-tanda yang umum sebagai peringatan dan sebagai sunnatullah seperti sakit dan tua atau yang seumpamanya. Namun tanda-tanda ini tidak semestinya disusuli dengan kematian. Berapa ramai yang mengalami sakit yang teruk, setiap org yang menziarahinya menyangka dia akan mati, tetapi dia disembuhkan oleh Allah semula.
Lalu bagaimana pula penulis artikel tersebut boleh mendakwa setiap muslim akan mendapat tanda sehingga beberapa ketika sebelum kematiannya??? Ini bermakna mereka tahu waktu dan tempat mati mereka, ini jelas bertentangan dengan ayat al-Quran di atas.
Kepada orang yang telah mempercayai artikel tersebut, kita nasihatkan supaya dia meninggalkan kepercayaannya itu… wallahu a’lam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mempercayai petanda tertentu yang membawa nasib buruk ialah syirik !
Sebelum kedatangan Islam, orang arab Jahiliyyah mempunyai pelbagai kepercayaan dan khurafat yang menyelubungi mereka. Antaranya ialah mempercayai gerak hati atau petanda nasib yang akan menimpa diri mereka. Hal ini disebut sebagai at-tiyarah sempena amalan orang musyrikin Mekah yang mengambil burung sebagai ramalan nasib mereka. Apabila mereka hendak melakukan musafir maka mereka pun akan menangkap seekor burung dan melepaskannya untuk melihat arah terbangnya. Jika burung itu terbang ke kanan maka mereka pun akan menganggap bahawa nasib mereka adalah baik dan ia merupakan petanda yang bagus manakala jika burung itu terbang ke kiri maka ianya dianggap sebagai nasib buruk dan petanda yang tidak baik.
Apabila hal ini ditanyakan kepada nabi salallahualaihiwassalam maka baginda pun bersabda : “الطيرة شرك” yang bermaksud “Melihat petanda dari burung itu ialah perbuatan syirik.”[Hadith riwayat Ahmad]
Kini sebahagian daripada amalan dan budaya jahiliyyah itu masih kekal wujud dalam kehidupan masyarakat hari ini apabila masih ada orang ramai yang percaya kepada tanda-tanda tertentu dan ramalan nasib yang konon-kononnya menjadi sebab atau petanda kepada kejadian buruk atau baik yang akan berlaku.
Di kaca TV masih ada drama atau filem yang diarahkan oleh pengarah dan penerbit yang beragama Islam yang memaparkan adegan gerak hati atau petanda buruk yang akan menimpa seseorang dengan mengaitkannya melalui ‘cawan pecah, gelas menjadi retak atau sumbing dan sebagainya’ sebagai isyarat atau petanda konon-kononnya telah berlaku sesuatu yang tidak diingini. Hal semacam itu boleh mengundang syirik dan membatalkan iman jika tidak diawasi kerana yang mengetahui apa yang akan berlaku atau perkara ghaib hanyalah Allah SWT dan syaitan atau jin sekalipun tidak berkuasa untuk mengetahui apa yang akan terjadi sementara segala macam petanda atau ramalan yang dirasai itu sebenarnya ialah gerak hati manusia yang telah dipermainkan oleh syaitan.
Meninggalkan sesuatu perbuatan kerana mempercayai ramalan nasib atau petanda buruk ialah syirik
Adalah mejadi adat dan budaya orang Melayu suatu ketika dahulu apabila mereka akan meninggalkan musafir atau mengelak daripada berjalan jauh apabila biawak atau binatang yang berwarna hitam melintas di hadapan mereka. Sesetengahnya pula percaya bahawa jika ada burung tertentu bersiul dihadapan rumah maka akan berlaku kebakaran dan kematian. Ada pula yang mempercayai bahawa jika mata kita berkenyit-kenyit maka itu petanda ada orang jauh yang sedang merindui kita. Apa yang pasti semuanya itu adalah dusta dan tidak ada asas yang boleh dipercayai daripada agama dan bahkan berbahaya terhadap aqidah dan keimanan seseorang Muslim.
Ini berdasarkan hadith daripada Abdullah bin Amr ra yang menyebut bahawa rasulullah salallahualaihiwassalam pernah bersabda : “من ردته الطيرة من حاجة فقد أشرك قالوا يا رسول الله ما كفارة ذلك قال أن يقول أحدهم: " اللهم لا خير إلا خيرك ولا طير إلا طيرك ولا إله غيرك” yang bermaksud “Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu perbuatan kerana sesuatu pertanda buruk maka dia telah syirik.” Lalu para sahabat ra pun bertanya “Ya Rasulullah, apakah kafarrah bagi hal tersebut ? Lalu baginda pun menjawab, “Hendaklah orang yang melakukannya mengatakan bahawa ; Ya Allah, tiadalah kebaikan melainkan apa yang datang daripada Engkau dan tiadalah perkara buruk kecuali keburukan yang datang daripada Engkau dan tiada tuhan yang berhak disembah selain Engkau.” [Hadith Riwayat Ahmad, disahihkan oleh Syeikh Albani]
Syaitan tidak mudah menyerah kalah di dalam menggoda anak Adam apabila di zaman moden hari ini syaitan pun menggunakan tipu helah yang baru, method yang terkini dan lebih unik bagi memerangkap manusia ke dalam perangkap syirik. Contohnya kepercayaan sebahagian orang ramai terhadap amalan ‘Feng Shui, rahsia tarikh lahir, rahsia tahi lalat, membaca tapak tangan dan pelbagai lagi ramalan sia-sia yang bercambah bagaikan cendawan selepas hujan dengan pelbagai bentuk dan pendekatan baru yang bertujuan untuk menyesatkan manusia daripada keyakinan dan penyerahan terhadap Allah SWT.
Semoga Allah melindungi kita semua ! |
|
|
|
|
|
|
|
macam aku dulu aku penah mimpi..
first, masa tue aku awal2 kawen dalam ujung tahun 2011..aku mimpi gigi paksu aku patah..time tue aku da penah dengar kalo kata gigi patah ade kematian..then aku bitau kat adek aku, adek aku kata aku ngarot..so aku biar jelar..
second, aku mimpi aku gado ngan mak aku..aku bentak2 dalam mimpi tue..sampai nak lari dari umah..tapi arwah ayah aku tenangkan aku..dia cakap,"along sabar banyak2..ayah ade"..aku tak dulik..aku bentak2 jugak..then sedar2 dari tido jer aku rasa aku kuar air mata..at the same time, aku stil rasa sedih lg sama macam yg aku rasa dalam mimpi td..so, aku taknak laki aku tau aku nangis aku g bilik air n mandi..peliknya, rasa sedih n air mata aku stil taknak benti..aku rasa sayu sangat2..aku nangis teruk..aku pon tak tau nape..
tak lama pastue, dlm beberapa bulan pas aku mimpi..dlm bln 5 2012 arwah ayah aku meninggal..dia sakit tak lama..pagi masuk spital, malam pas maghrib dia meninggal..aku rasa ralat sangat takde kat sisi dia masa dia menghembuskan nafas terakhir tue..
n tak lama pas arwah ayh aku meninggal..bini paksu aku lak meninggal..da lama tue baru aku teringat pasal mimpi2 aku tue..tapi aku cuma pikir itu kebetulan aje..n pasal mimpi yang kedua tue aku tak crita kat sape2 pon termasuk kat laki aku..
sekadar berkongsi cerita..al-fatihah.. |
|
|
|
|
|
|
|
tak ader satu pun makhluk tuhan dlm dunia ni yg tahu bila dia nk mati atau bila org lain akan mati ... apa yg berlaku sekadar kebetulan ...
fenomena melihat angka yg sama pada jam hampir berlaku pd semua org ... 4:44, 1:11, 2:22 & so on ... sekadar kebetulan & hanya berlaku pd digital clock shj bukan?? mungkin berkait rapat jg dgn sistem otak manusia ... tak perlu ambil serius ... |
|
|
|
|
|
|
|
haaa ... logic ... could be biological clock kan? ... hihihih |
|
|
|
|
|
|
|
aku sendiri ade pengalaman.
Dah banyak kali jadi.. semua saudara terdekat yg arwah dalam sehari dua lepas berlaku.
First ngan second time jadi, aku anggap kebetulan je. Tapi bila dah masuk ke 3 dan seterusnya... iols dah rasa tak selesa.
Walau dah pindah rumah, petanda itu ikut iols.
Petanda dia... awal pagi lepas Subuh(masih dlm samar2 gelap beransur nak terang ade cahaya2 jingga tu)..
dalam 2-3 ekor burung pipit akan hinggap kt balkoni rumah iols dan berbunyik bising (mcm tgh bercerita dan bergaduh...chip chip chip)...
ade laa dalam 5minit pipit2 ni akan bertenggek dgn bising sgt. Kalo xde kematian, xde plak pipit2 ni datang tenggek.
kalo iols dpt begini.. iols akan mengucap panjang dan mula laa risau dan dok doa takde ape2...
Yang tak bestnya Ade je lepas tu saudara iols yg pergi mengadap Illahi...
Sampai skang iols masih harap ianya kebetulan sahaja.
Tapi mmg tak suka laa bila dpt camtuh... buat kita tak keruan dan terfikir-fikir siapakah gerangan...atau adekah diri sendiri...
|
|
|
|
|
|
|
|
maybe setiap orang dpt "petanda" berbeza kan?
so my friend not that "weird" la ... hihihi
|
|
|
|
|
|
|
|
ekceli aku pun ade jgk petanda tu. selalu nye betul . petanda aku akan dapat rase bila area muka aku akan bergerak2 sediri. selalunya pipi aku akan bergerak dulu pastu dekat kening pulak ,n kadang2 dekat dahi. bila bergerak je aku akan tfikir siapa yg akan meninggal..2-3 hari nnti dpt la berita. Benda ni dah selalu jadi n aku pun dah yakin sgt. |
|
|
|
|
|
|
|
owh ..... scary tak? ....
sbb my friend punya the only uncle sebelah mak tu sakit ....
bila dapat bnda mcm tu mesti dia risau ....
turn out orang lain ....
tapi lately dia dah ok sikit
dia kata ... sapa pun yang meninggal mmang dah smpai waktunya ... sbb mcm mana pun semua org akan mati ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by angahsmart at 22-1-2015 12:51 PM
dulu masa sekolah pernah ada belajar pasal benda2 camni. di kira khurafat da tuh. huhuhu.
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau nak citer pasal tanda kematian ni, dulu angah ada jugak kawan sekolah cerita, kawan dia macam boleh nampak tanda2 kat muka orang yg bakal meninggal tu. antaranya ialah hidung dan telinga macam jatuh. beberapa masa kemudiannya dia akan meninggal.
kat majalah mastika dulu pon ada cite, tapi yang ni tanda2 dia, akan ada lalat warna ijau bkilat yang singgah bdekatan dengan dia. yang tukang cerita tu pula adalah penggali kubur.
tapi yang paling best masa tahun 2013 la. awal febuari aritu nenek angah (sebelah mak) meninggal. pastu dlm beberapa bulan tu angah di bengkel moto. borak2 la dengan pomen cakap pasal arwah nenek angah. kebetulan masa tu makcik (kakak kepada ayah) baru meninggal sebab cancer. pomen tu cakap, kalau da jadi macam tu, akan ada sorang lagi yang meninggal, tapi jarak hubungan kekeluargaan tu tak bape dekat (bau-bau bacang gitu).
tak lama kemudiannya, dalam tahun yang sama ada sorang sepupu kepada mak angah meninggal pulak. tak tau sama ada memang mulut dia masin ke camne. |
|
|
|
|
|
|
|
hidung jatuh tu mcm mana rupa dia tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
tak bape pasti la camne ropenyerrrrr. tapi macam ke bawah sikit kot camtu agaknye.
|
|
|
|
|
|
|
|
Boleh tanya suami.. duration masa bunyi tu lama mana. Dulu-dulu aku pun selalu dengar bunyi nyaring ni...... Dulu... and memang ada org meninggal atau kecelakaan.. Selalunya bunyi nyaring yang aku dengar tu macam tetiba yang boleh buat terkejut. Bunyi dia tak jugak seperti di sekeliling tidak jugak di dalam telinga. Tapi nyata. entahlah cane nak describe. Kurang dari 30 saat. Tapi sekarang tak lagi. Instead of rasa hilang something somekind of kelebihan, aku lebih rasa sedih,,, sebab nampak sangat makin banyak dosa....
And bab petanda org meninggal ni,,, bukan tu je. aku byk dpt vision. yg jugak vision secara mengejut. org mati ke eksiden ke. kenal ke tak kenal ke. dulu ye aku amik kisah. sekarang aku dah tak peduli. bila dpt vision mcm tu, aku terus istighfar dan berdoa utk diri aku, family dan org2 yg aku sayang. tu je. penat melayan semua ni. sbb hati kita terbeban. tp aku sentiasa fikir itu sekadar kebetulan walaupun byk kali jadi. Aku akan terus letak keyakinan bahawa tiada makhluk allah yg tahu masa hadapan dan kematian selain allah itu sendiri. sampai bila2. sebab tu aku tak nak fikir sgt... nanti gila jadinya.
Bila arwah abang aku meninggal. Aku dah dapat rasa abg aku buang tabiat sebulan sebelum dia meninggal. Aku menangis sepanjang hari. Sebab aku asyik memikirkan pasal kematian. Aku rasa macam aku nak mati. Aku cakap dia bakal pergi tinggalkan aku. Aku tulis dalam blog umpama abg aku akan pergi padahal tak meninggal lagi. Aku luangkan masa dengan dia sbb aku dapat rasa dia nak pergi. tp mulut aku berat nak kongsi dgn sesiapa. aku tahu takde siapa percaya. seminggu sebelum abg meninggal. aku bagitau adik.. abg tiada harapan. masuk icu 6hari dan terus pergi. sehari sebelum dia meninggal. abg muncul dalam mimpi.. dalam keadaan sihat. bagitau dia sakit kena cucuk sana sini. dalam senyum, dia bagitau. dia nak pulang sebab dia dah sihat. bila aku bukak mata, aku menangis sebab aku tahu, abg aku nak bagitau dia dah nak pergi...... sebenarnya saat itu aku dah redha dah pemergian dia. ibarat batu teralih dari dada aku. Sekarang, bila aku rasa macam aku nak mati... aku tepis jauh2.. sebab aku takut org yg aku sayang yang meninggal, bukan aku... Kadang-kadang yang baik itu, ada pelajarannya, yang tak baik itu ada hikmahnya.
Arwah atuk aku pula, bila ada org nak meninggal. dia akan bercakap seorang diri masa tidur dia (pandangan kita) tp dia sebenarnya bercakap dengan org yg bakal meninggal tu. Bila bangun dia cakap si anu ni nak meninggal. Dan esoknya ye betul org tu meninggal. aku penah nampak dgn mata sendiri. byk kali mcm tu.. Tp entahlah.. Aku rasa itu mungkin roh org meninggal tu dtg kat dia kot. Selalunya yg dtg tu mesti pegi mintak maaf pesan apa2 je kat dia. Tapi atuk aku jenis tak byk cakap. byk diam je.. Yg tahu nenek aku je.. pastu nenek aku citer... Al-fatihah buat arwah atuk dan abg aku.
|
|
|
|
|
|
|
|
dah tanya suami...dia cakap , takde la lama lebih kurang cam ko gak kot..
cuma beberapa saat je..
tapi beberapa saat tu pun, boleh mengundang stress & sedih..
sebab mengenangkan dah terlampau ramai ahli keluarga dia meninggal, tapi nak buat camne kan..
istighfar je la dia banyak2, & redha je dengan qada' & qadar ALLAH..
*baru2 ni dia dengar bunyi tu 2 kali, & sumenya kuat2.. buatkan aku & dia diselubungi ketakutan gak la, mengenangkan ada ahli keluarga yang tak berapa sihat.. tapi Wallahu'alam, apa2 pun boleh terjadi...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|