CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2151|Reply: 3

Belajar untuk ketawa dengan satira, walaupun ketika ia menghina kita

[Copy link]
Post time 28-1-2015 10:47 PM | Show all posts |Read mode



28 Perkongsian
0 Comments
Kongsikan:


[size=0.875]SUARA LANTANG: ‘Je suis Charlie’ telah menjadi tiga perkataan paling terkenal di dunia berikutan pembunuhan kakitangan editorial majalah Charlie Hebdo di Paris pada Rabu, 7 Januari lalu. “Charlie” diambil daripada komikPeanuts dan “Hebdo pula bermaksud Mingguan dalam bahasa Perancis. Ia adalah penerbitan satira mingguan.
[size=0.875]Sejarahnya dihiasi pelbagai perubahan. Ia mula terbit sekitar tahun 1970-an untuk mengambil alih tempat penerbitan satira terdahulu, “Hara Kiri”. Ia mengejek Presiden Perancis ketika itu, Charles (Charlie) de Gaulle. Namun ia terus melangkah ke hadapan.
[size=0.875]Majalah itu juga berhadapan masalah yang berterusan, dengan kakitangan editorialnya meletak jawatan, ada juga yang dipecat. Namun ia dapat bertahan. Penulisan satiranya amat lantang, kartunnya menggambarkan peristiwa dan insiden yang berlaku di seluruh dunia. Ia berpegang teguh dengan prinsip kebebasan bersuara dan budaya Perancis yang dekat dengan satira.
[size=0.875]Ia mengejek semua dan sesiapa sahaja, semua agama terutama Katolik, Yahudi dan Muslim. Apa yang dianggap sebagai tindakan tidak masuk akal oleh golongan ini akan digambarkan dengan cara yang amat provokatif dan sinikal.
[size=0.875]Ramai yang tiada masalah dengan tindakan majalah itu. Namun bukan semua dapat menahannya, terutama golongan Muslim yang merasakan satira seperti itu amat menghina agama mereka. Tiada kemaafan bagi mereka. Mereka sememangnya tidak dapat melihat sisi yang lebih ringan di sebalik satira itu. Maka, reaksinya bersifat amat fatalistik.
[size=0.875]Bagi kebanyakan orang, humor dan satira bukanlah asing. Ramai yang gemar menonton persembahan komedi yang dipersembahkan oleh individu mahu pun kumpulan. Bukankah tawa dikatakan sebagai penawar terbaik?
[size=0.875]Para penghibur akan menumpukan kepada perkara seharian dan kebanyakannya menjadikan politikus sebagai sasaran – politikus memberikan topik terbaik bagi persembahan mereka. Penghibur tidak boleh berlakon dan bercerita di dalam vakum.
[size=0.875]Malaysia juga memiliki penghibur seumpama itu. Dahulu, wujud Teater Instant Café, yang persembahannya sentiasa penuh oleh hadirin.
[size=0.875]Malah, legenda P Ramlee juga menerapkan unsur satira dalam kebanyakan produksi komedinya. Beliau memperolok-olokkan budaya dan kepercayaan pada ketika itu, namun ia dibuat dengan cara halus. Maka, tiada siapa yang tersinggung, malah ramai yang menikmati filem-filemnya.
[size=0.875]Semua satira berdasarkan apa yang berlaku di sekeliling kita setiap hari.
[size=0.875]Dalam kes Charlie Hebdo, mereka menggambarkan apa yang mereka anggap sebagai persetujuan orang Islam berkaitan pembunuh berani mati dan kegiatan pengganas yang lain.
[size=0.875]Tiada usaha bersepadu daripada organisasi Muslim untuk menafikan kepercayaan itu, dan tiada usaha positif yang dilakukan pihak berkuasa Muslim seluruh dunia untuk melawan wabak tersebut. Sesetengah agamawan Islam malah membenarkan kegiatan pengganas ini. Maka Charlie Hebdo mempunyai pilihan topik yang besar untuk dipilih.
[size=0.875]Barat, dan Perancis tentunya, mengamalkan budaya terbuka yang berasaskan kebebasan, kesamaan dan persaudaraan. Manakala dunia Muslim adalah masyarakat yang tidak terbuka. Dan sesetengah Muslim mempunyai minda yang tertutup.
[size=0.875]Kebanyakan satira pasti akan mengandungi unsur penghinaan. Ini bergantung kepada apa yang menjadi sasaran. Tentulah mereka yang menjadi sasaran akan terasa pedasnya. Namun mereka patut melihat kembali tindakan-tindakan mereka yang menjadi bahan kepada penulis dan pelukis satira. Mereka mungkin yakin bahawa setiap tindakan mereka benar, namun pihak lain – terutamanya para satira – mempunyai pandangan berbeza.
[size=0.875]Inilah sebab utama mengapa politikus menjadi sasaran kegemaran pelawak. Semua akan ketawa dan menikmati persembahan mereka.
[size=0.875]Cerita teladan Singapura Dilanggar Todak adalah satira untuk menunjukkan tiada siapa pun lebih bijak daripada raja. Apabila Hang Nadim mencadangkan agar orang ramai menanam batang pisang agar mereka boleh membunuh ikan todak ketika ia menyerang, beliau telah menghina kebijaksanaan raja yang pada mulanya mencadangkan orang ramai menahan betis mereka untuk berhadapan dengan serangan itu. Reaksi raja terhadap cadangan Hang Nadim adalah agar beliau dibunuh.
[size=0.875]Orang ramai gembira dengan cadangan Hang Nadim, tetapi raja pula sebaliknya.
[size=0.875]Satira dan penghinaan boleh mengundang reaksi yang pelbagai. Ada yang suka dan ada yang benci. Dan tentulah, ada yang langsung tidak peduli.
[size=0.875]Namun kejadian di Paris tanggal 7 Januari tidak sepatutnya berlaku lagi.
[size=0.875]  
[size=0.875]Ahmad Mustapha Hassan adalah bekas setiausaha akhbar Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan juga penulis buku, “The Unmaking of Malaysia”.
[size=0.875]



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2015 03:02 PM | Show all posts
bukan ke satira menegur dgn cara lawak?
kita terasa tapi still gelak dan angguk kepala tanda setuju
kalau majority tak rasa lawak mungkin perkara yg disampaikan terlalu sensitif dan cara penyampaian tidak kelakar?
dan tak semua lapisan masyarakat boleh faham satira, tak terasa pun kena sarcasm
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2015 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Sinis dalam berlawak pada kedunguan orang secara terang masih boleh diterima logik dan kefahaman kerana xsemua manusia sempurna. Ada mesej yang nak disampaikan, namun saluran lawak tidaklah tepat kerana ia menggangu sensitiviti manusia di kalangan yg berketurunan atau satu aliran.

Besar pula jurang perbezaan bila sentuh bab agama kerana ia subjek yang suci, sesekali jangan disentuh. Sinis berlawak pada agama, mencari padah.


Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2024 02:00 AM | Show all posts
[AceHand SPECTaceLAR]

Kalau melampau sangat tak boleh jugak...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.048475 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list