CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7097|Reply: 14

Makhluk halus pantai kerachut follow balik hostel

[Copy link]
Post time 7-3-2015 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Tahun 2008 aku belaja di usm kampus kejuruteraan. Oleh sebab aku join palapes jadi time cuti mid sem kena pegi training. Kali ni tempat training kitorang di pantai kerachut dalam taman negara penang.

Time ni aku da jadi junior midshipmen jadi ak da ade junior. penatnya manjat bukit2 dari pintu masuk taman negara penang ke pantai kerachut ngn bawak beg tentera dan segala macam kelengkapan Tuhan je tau. Ada 1 pasangan baru kawin  dan 1 pasangan mat saleh bercamping tepi kawasan kitorang.

Malam pertama tido di kawasan perkhemahan xde ape2 berlaku lagi.Semuanya bermula pada malam kedua bila kami buat latihan pertahanan pengkalan. time tu 2 pasangan tu blah sebab kitorang nk wat eksesais. Seluruh kawasan gelap gelita lampu dimatikan. Kami yang senior dikehendaki menyelinap masuk culik ketua junior atau letak bom olok2 lam pengkalan. Junior plak kena pertahankan pengkalan dorang dr kami. oleh kerana aku ni jenis mata terang ley nampak lam gelap, kami cuba membolosi pertahanan junior dari dalam utan belakang kawasan camping. Ak bawak 5 6 orang kawan aku buat jalan kat tepi lereng bukit menuju ke belakang pengkalan junior. Redah2 utan kami pn smpai lah belakang pengkalan junior tuh. Kehadiran kami di sedari oleh junior pompuan tetapi sebab takut dia x berani nak halau kami. Dia ingat binatang liar. Kebetulan aku tersepak akar yang berjuntai dari atas pokok balak sederhana saiz. Aku pn tarik2 la untuk menakutkan minah tu. Smpai bergoyang pokok balak tu.Skali dia bukak lampu, ak senyap nyorok belakang pokok balak. Banyak kali ak buat smpai aku pn penat.

apabila aktiviti habis, kami turun ke dewan terbuka di kawasan bawah dekat pantaI untuk post mortem. ada la persembahan budak2 junior. Time kami dok seronok2 tu pasangan baru kawin yg dok kat kemah dorang dtg turun juga ngn muka macam takut2. Rupanya diorang nampak macam kain putih terbang antara pokok2 kat kawasan kemah.


Apabila kami naik ke kawasan kemah, kecoh kawan aku ternampak lembaga hitam merangkak di tengah2 kawasan kemah yang gelap. sepatutnya selepas aktiviti pertahan pengkalan kitorang patut ade jungle night trekking tapi cancel sebab patung mayat yang jurulatih buat ley lak berpaling muka dan senyum kat jurulatih time bg salam pas solat isyak. 8 org ditugaskan berjaga 4 penjuru secara bergilir2 malam tu.

hari terakhir kami pulang semula ke hostel masing2. bilik ak ade 4 org. Penat toksah cite la. malam tu ak tido awal. Tapi malam tu dirasakan sesuatu yang pelik. Ak terjaga dr tidur, tgk kwn aku x tido lg dok ngadap laptop. Aku tido balik. Terjaga lagi tgk dia kat laptop lg. Terjaga kali ke 3 aku tgk dia da tido. Aku pn rasa ok kot terus nak pejam mata balik. Tiba2 terasa toto aku di tarik2 kat bahagian kaki. Aku gagahkan angkat kepala tgk. Tu dia... makhluk apakah ini...pendek, berkain putih tidak jejak lantai. kepala ada tapi muka xde, dok tarik2 toto aku. Ak macam xley nak gerak. Just pejam balik mata smbil baca ayat ape2 yg patut. Suma berterabur.last2 ak macam pengsan.

Esoknya aku cite kat kawan aku yang tido lambat. Dia cakap dia x sedap hati malam tu dan ssh nak tido. kawan kat bilik sebelah aku pn palapes jgk dan dia pn cakap malam td mmg dia rasa serba x kena dan x sedap hati.rupanya mende tu ikut balik hostel. Huhuhu...  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2015 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kental betul kamoo dik jadik palapes.
Dgn trainingnya dgn mcm2 cobaan dan gangguannya...
Mmg ahkak tabek.

Next stori ada?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2015 11:26 PM | Show all posts
oooo mak..... scarry nya, patung mayat boleh berpaling dan tersenyum
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2015 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
sambung tt :pp
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2015 11:07 AM | Show all posts
patung tu scaryyyyyy..
siap senyummmmm..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2015 01:46 PM | Show all posts
cikpah penah p camping gak kat pantai keracut tu.. best gak.. ombak tinggi waktu tu.. alhamdulillah tak dak apa yang pelik2 jadi... kami p tahun 2009..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2015 11:07 PM | Show all posts
Aku org penang....masa aku kecik...rajin family aku pi berkelah kat keracut ni...sekali tu arwah mak aku ada teman ikot balik..kan ka kena naik turon bukit dalam 7 bukit jugak...masa  balik dah dekat senja..

Arwah Mak aku ni janda. Malam tu dia tidoq tak lena...dia kata ada lembaga itam besaq berbulu dok tepi katil dia..dok perhati dia...tension punya pasai....sampai hilang rasa takot...mak aku tanya, apa lembaga tu nak...

Lembaga tu kata....dia berkenan kat mak aku...,nak berkawan dgn mak aku....mak aku kata tak buleh...mak aku suroh lembaga tu balik.....dia tak mau...kalu nak jugak dia balik....mak aku kena antaq dia balik...so, esok tu, pi laa mak aku ke telok bahang...iaitu pintu masuk taman Negara penang ni....Jalan punya Jalan,.,naik turon bukit...lembaga tu ada kat tepi mak aku...sampai laa satu bukit ni...tetiba mak aku buleh rasa lembaga tu dah tak dak tepi dia...makna kata, lembaga tu dah sampai tempat dia dah....mak aku pon berpatah  laa balik...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2015 11:29 PM | Show all posts
subee replied at 8-3-2015 11:07 PM
Aku org penang....masa aku kecik...rajin family aku pi berkelah kat keracut ni...sekali tu arwah mak ...

giler.. berani betui mak hang ni..

nasib baik dia pi balik tempat dia semula tak ganggu lagi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2015 01:42 AM | Show all posts
tang patung berpaling senyum tu yang skeri
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2015 11:04 AM | Show all posts
seram jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2015 03:17 PM | Show all posts
subee replied at 8-3-2015 11:07 PM
Aku org penang....masa aku kecik...rajin family aku pi berkelah kat keracut ni...sekali tu arwah mak ...

wow...beraninya mak hang...

pantai keracut nie yg ada penyu bertelur tu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2015 10:37 PM | Show all posts
Zameyla : mmg tempat penyu berteloq pon...kami bukan saja sampai kat keracut tu...sampai Muka Head yang ada rumah api ...kena  panjat tangga punyalah tinggi pasai masa tu kan kecik lagi...semua rasa tinggi....

Arwah mak aku mmg hebat...tangkap ulaq saja dia tak berani....dia jadi berani  tu pasai dah tension...lembaga dok ikot dia, perhati dia....sampai dia naik rimas.....tu yang jadi super berani!
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2015 12:29 PM | Show all posts
walaupun aku org penang tp aku x pernah sampai lg kt pantai keracut..tmn negara pernah la pi..tu pun jln sekerat jer...bahaya gak benda tu dok kacau2 org..kalau kacau yg tua2 ni takpa la..kalau budak2 yg kena mmg kesian la..
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2015 12:58 PM | Show all posts
berani giler mak ko... salute laaaah!
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2015 03:49 PM | Show all posts
ada lagi cerita pasal kat Pantai Kerachut atau mana2 pantai lain ni? best pulak membaca
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.250801 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list